Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Sektor Perladangan

Program Nurseri Sawit Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, salah satu pelan utama yang perlu diberi perhatian adalah penubuhan nurseri sawit koperasi. Pelan ini merupakan program yang dirangka untuk membangunkan koperasi yang terlibat dalam aktiviti semaian sawit dengan sokongan pihak mentor iaitu Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad.

Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, koperasi yang menjalankan projek tapak semaian sawit koperasi wajib menguruskannya sendiri dan bukan bergantung kepada kontrak upahan kerana selain mendapat ilmu tentang amalan pengurusan pertanian yang baik, koperasi juga mendapat keuntungan sepenuhnya daripada hasil komoditi yang dihasilkan. Daripada 728 buah nurseri sawit di Malaysia, hanya 10 daripadanya dimiliki oleh koperasi. Namun dengan adanya program mentor-mentee sebegini diharap dapat meningkatkan bilangan koperasi yang terlibat dalam program nurseri sawit di masa akan datang,” katanya. Tambahnya, berdasarkan statistik, jumlah keluasan tanaman sawit di Malaysia melebihi 5.8 juta hektar keseluruhannya dengan pecahan keluasan tanamannya di Semenanjung hampir 2.6 juta hektar, di Sabah hampir 1.5 juta hektar dan di Sarawak dengan keluasan hampir 1.7 juta hektar.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkesempatan memeriksa anak pokok kelapa sawit sewaktu menjayakan sesi lawatan dan taklimat Projek Nurseri Sawit Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Limau Nipis Merchang Terengganu Berhad

26 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease