Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Statistik tersebut jelas menunjukkan potensi besar yang boleh direbut oleh koperasi khususnya dalam aspek penubuhan tapak semaian sawit ini. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Lawatan dan Taklimat Projek Nurseri Sawit Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Limau Nipis Merchang Terengganu Berhad. Menurut Dato’ Abdul Fattah lagi, beliau berharap lebih banyak koperasi melibatkan diri dengan projek-projek berimpak tinggi sebegini dan berani mengambil risiko untuk mencuba bidang perniagaan baharu seperti yang dijalankan oleh Koperasi Peserta-Peserta FELCRA ini. Terdahulu, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Pengerusi Sektor Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Kamarudin Ismail sewaktu merasmikan Majlis Penyerahan Projek Nurseri Sawit Kepada Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail (empat dari kiri) dan Pengerusi Koperasi Peserta- Peserta Rancangan FELCRA Kampung Rasau Slim River Berhad, Encik Mohd Shafie Hamid (tiga dari kanan) memegang dokumen perjanjian Program Mentor Mentee Penubuhan Nurseri Sawit antara Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad dan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Kampung Rasau Slim River Berhad sambil disaksikan oleh Pengurus Besar, Pengurusan Institusi FELCRA Berhad, Haji Zainul Anzaid Haji Seman (empat dari kanan) dan Pengurus Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad, Haji Madzaki Ghani (dua dari kiri).

Dari aspek bantuan kewangan serta insentif, pelbagai pihak boleh dirujuk untuk mendapatkan khidmat berkenaan. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) misalnya ada menyediakan dana-dana tertentu seperti Tabung Modal Pusingan untuk membantu koperasi-koperasi dan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) turut menyediakan dana pinjaman kepada koperasi untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Jabatan Pertanian dan lain-lain agensi turut menyediakan pelbagai insentif bagi membantu koperasi yang ingin menceburkan diri serta mengembangkan aktiviti perniagaan khususnya dalam industri komoditi sawit ini. Fokus ANGKASA adalah selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya dalam memacu perkembangan industri komoditi sawit di Malaysia. Galakan dan dorongan sentiasa akan diberikan kepada koperasi-koperasi supaya dapat merebut peluang-peluang yang terbuka luas dalam industri ini.

Kampung Rasau Slim River Berhad di Slim River, Perak berkata, program sebegini dijangka dapat memberi impak pendapatan yang berterusan kepada koperasi sekaligus membantu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Program ini juga bertujuan untuk memastikan benih sawit yang dikeluarkan datang daripada sumber yang berkualiti dan terjamin bagi tujuan penanaman semula pokok sawit yang telah matang. Katanya, dengan kerjasama FELCRA, tiada masalah untuk Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Kampung Rasau Slim River Berhad memasarkan produk mereka kerana sudah mengikat perjanjian pembelian semua dengan pihak FELCRA Agro Indusri Sdn Bhd. Tambahnya, Membangunkan sesuatu aktiviti perniagaan memerlukan pengetahuan melalui latihan dan juga dari aspek bantuan kewangan serta insentif daripada pihak-pihak berkaitan. Peranan ANGKASA adalah dalam mengadakan program- program latihan sama ada secara teori atau langsung di lapangan kepada anggota-anggota koperasi dengan harapan ilmu dan maklumat diperolehi digunakan untuk kemajuan koperasi.

» Gambar hiasan

Mei 2018 PELANCAR Mei 2018

27

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease