INFO SEMASA
3
Wadah
NOVEMBER 2025
Presiden ANGKASA Sokong Titah Al-Sultan Abdullah Perkukuh Integriti Pengurusan Koperasi Kariah
Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
pada saiznya, malah pada amanah, ketelusan dan profesionalisme pengurusannya. Koperasi kariah masjid perlu menjadi model terbaik kepada masyarakat dalam mempraktikkan nilai syariah dalam ekonomi,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian. Beliau turut menyambut baik fokus konvensyen terhadap penyatuan komuniti melalui aktiviti ekonomi berimpak tinggi, selaras peranan masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat. “KKM mempunyai kelebihan unik kerana dekat dengan komuniti, memahami keperluan setempat dan boleh menjadi pemangkin kesejahteraan sosial. Menerusi rangka tindakan yang lebih tersusun, saya percaya koperasi masjid boleh berkembang menjadi pemacu ekonomi lokal yang mampan,” tambahnya. Mengulas perkembangan positif jumlah KKM di seluruh negara, beliau menyifatkan pencapaian 578 koperasi dengan aset lebih RM41 juta sebagai bukti bahawa masyarakat semakin yakin terhadap model ekonomi koperasi. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut memuji inisiatif penganjur yang menyediakan ruang
dialog dan perkongsian amalan terbaik antara koperasi, yang menurutnya penting dalam mempercepat pertumbuhan sektor tersebut. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada koperasi yang menerima anugerah pada majlis berkenaan, sambil mengingatkan bahawa pengiktirafan itu sewajarnya menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan inovasi pengurusan koperasi di seluruh negara. “ANGKASA komited untuk terus bekerjasama rapat dengan SKM dan KUSKOP bagi memastikan KKM diberikan sokongan yang diperlukan untuk terus maju. Kita mahu lihat lebih banyak KKM muncul sebagai pemain ekonomi yang disegani, bukan sahaja di peringkat negeri malah juga di peringkat nasional,” ujarnya. Beliau menutup kenyataannya dengan menyatakan keyakinan bahawa konvensyen tersebut akan menjadi pencetus transformasi lebih besar dalam mengangkat KKM sebagai institusi ekonomi mapan yang mampu menjana manfaat untuk seluruh ummah.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, menyifatkan penganjuran Konvensyen Koperasi Kariah Masjid (KKM) Peringkat Kebangsaan 2025 sebagai momentum penting dalam memperkukuh ekosistem koperasi berteraskan masjid, seiring aspirasi Ekonomi MADANI. Menurut beliau, kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis perasmian bukan sahaja memberi penghormatan besar kepada gerakan koperasi, malah memperkukuh keyakinan bahawa KKM mampu menjadi antara teras pembangunan ekonomi ummah. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menegaskan bahawa titah baginda mengenai kecekapan dan integriti pengurusan koperasi perlu dijadikan asas utama dalam menggerakkan KKM ke tahap yang lebih strategik. “Titah baginda memberi peringatan jelas bahawa kekuatan koperasi bukan hanya
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat beberapa reruai pameran pada Majlis Perasmian Konvensyen KKM Peringkat Kebangsaan 2025.
Dari Meja Presiden
Seiring dengan tekad dan usaha untuk terus memajukan sosioekonomi anggota koperasi serta kariah setempat melalui Koperasi Kariah Masjid (KKM), ANGKASA sangat menitikberatkan soal keberkesanan menerusi penganjuran program serta aktiviti perniagaan yang berkualiti dan bersesuaian. Antaranya seperti menganjurkan Bengkel Pemantapan Perniagaan KKM dengan objektif utamanya untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran koperator dalam pengurusan serta pengendalian perniagaan yang dijalankan. Selain dapat memberikan sokongan bantuan termasuk pendedahan mengenai strategi pemasaran, kewangan dan tadbir urus baik untuk meningkatkan daya saing KKM, ANGKASA juga mahu
menggalakkan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara KKM yang berjaya. Pendekatan yang lebih profesional dan terkini juga perlu diberi keutamaan seiring dengan perkembangan sosioekonomi semasa sekali gus memastikan KKM sentiasa berada pada tahap daya saing ekonomi yang lebih seimbang. ANGKASA melalui Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid optimis bahawa usaha berterusan dalam merangka inisiatif perniagaan menerusi program pembangunan boleh membuahkan hasil dan matlamat seperti yang dihasratkan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease