Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Sektor Inovasi Dan Teknologi

Aktiviti Pembangunan Koperasi Melalui INOVASI & TEKNOLOGI

Oleh : MOHD SOFIAN OSMAN Ketua Pegawai Teknologi ANGKASA

Sektor Inovasi dan Teknologi ANGKASA juga komited untuk merangsang serta membangunkan perniagaan koperasi melalui program yang berteras kepada inovasi dan teknologi.

Antara peranan ANGKASA sebagai peneraju Pembangunan Inovasi adalah untuk: 1. Menyediakan prasarana dan perkhidmatan IT terbaik kepada komuniti koperasi. 2. Menyediakan kemudahan asas e-Dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi. 3. Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat. 4. Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, “inovasi” membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Dalam erti kata lain, ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat. Idea-idea tersebut boleh diperoleh dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi atau perubahan kepada amalan sedia ada. Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses dan juga teknologi.

28 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease