Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Portal Komuniti Koperasi MAYA2U telah melalui proses penambahbaikan dan penjenamaan semula imej sebagai ”myMAYA.Asia” dengan hasrat memperluaskan skop capaian kepada koperasi di seluruh rantau Asia. Selain menjadi platform untuk koperator berinteraksi sama seperti media sosial Facebook, ia juga menyediakan intergrasi dengan portal e-Dagang atau ”marketplace” seperti HelloMall dan CoopShoppe yang dikendalikan oleh koperasi. Adalah menjadi harapan ANGKASA, supaya semua koperasi mengalakkan anggota mereka untuk menggunakan platform ini untuk manfaat bersama. Pengguna hanya perlu mendaftar secara PERCUMA mengikut kategori organisasi dan koperasi yang mereka menjadi ahli.

» Platform media sosial untuk Komuniti Koperasi bersosial, berinteraksi dan berkolaborasi menerusi Internet.

Sektor Inovasi dan Teknologi juga terlibat dengan projek teknologi hijau, apabila MyANGKASA Services Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik penuh ANGKASA telah mendapat lesen dari Suruhanjaya Tenaga untuk menjana tenaga eletrik dari ladang solar dengan kapasiti 1 megawatt dan menjual kepada TNB bagi tempoh selama 21 tahun. Projek ladang solar dibuat di atas sebidang tanah dengan keluasan 3.5 ekar di Sg. Tiang, Pendang Kedah dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 juta. Kos ini termasuk dengan pembinaan pencawang baru “TNB SOLAR SG. TIANG” yang dibuat berdekatan dengan pencawang TNB Pendang yang lama. Jumlah perolehan melalui projek teknologi hijau ini dijangka mencapai RM1.3 juta setahun dan jika diteruskan untuk tempoh 21 tahun mampu memberi perolehan hampir RM27 juta. » Semua koperasi ahli ANGKASA telah disediakan webpage asas untuk digunakan sebagai portal komunikasi “coop-2-coop”.

» Lawatan Dato’ Abdul Fattah; YB Dato’ Suraya Yaacob, ADUN Sg. Tiang dan pengurusan ANGKASA ke tapak projek solar di Sg. Tiang, Pendang, Kedah.

» Ladang solar photo-voltaic (PV) berkapasiti 1 Megawatt di atas tanah seluas 3.5 ekar dalam kawasan ADUN Sg. Tiang, Pendang, Kedah.

30 PELANCAR Mei 2018 30 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease