Sektor Pemborongan dan Peruncitan
MENTRANSFORMASI PUSAT KHIDMAT USAHAWAN ANGKASA: USAHA DAN KOMITMEN YANG BERTERUSAN
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA
Sektor Pemborongan dan Peruncitan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan pesat pada tahun lalu, disokong pelbagai dasar dan inisiatif berkesan yang dilaksanakan sektor awam dan swasta dalam membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga komoditi global. Pelaburan berterusan dalam sektor berkaitan memberi manfaat dengan peruncitan dan pemborongan yang berkembang 10 peratus sejak permulaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Oleh yang demikian, sudah sampai masanya untuk Pusat Khidmat Usahawan (PKU) dijenamakan semula agar ia seiring dengan hasrat kerajaan dan ANGKASA dalam merangsang perkembangan sektor pemborongan dan peruncitan. Pusat Khidmat Usahawan (PKU) mula menjalankan operasi dengan aktif pada 2014. PKU memainkan peranan secara aktif dalam aktiviti promosi dan pemasaran apabila Projek 100 Champion dimulakan pada tahun yang sama. Sebanyak 46 jenis produk (SKU) ‘100 Product Champion’ dan 32 SKU Pra ‘100 Product Champion’ telah dibangunkan dan dipromosikan melalui program-program dalaman dan luar ANGKASA, di samping kerjasama dengan agensi-agensi pemasaran yang berkaitan. Selain itu, PKU juga terlibat dalam ekspo, karnival dan juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam program misi dagang ke luar negara. Sehinggakan aktiviti ini dapat membuahkan hasil apabila ANGKASA melalui PKU berjaya mengeksport pelbagai jenis produk koperasi ke Brunei Darussalam pada Julai 2016.
32 PELANCAR Mei 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease