Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Saiz pasaran dan permintaan dalam gerakan koperasi menjadi antara faktor PKU memilih untuk bertindak dengan lebih berani iaitu melaksanakan urusniaga ‘trading ’ bermula 2015. Aktiviti ini dilaksanakan secara kecil-kecilan melalui 20 outlet koperasi sekolah di dalam Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan utara Johor. Di samping itu, aktiviti ini berjalan dengan sokongan pengedar koperasi yang mempunyai kemudahan logistik dan pasaran outlet sekolah yang koperasi berkhidmat. Pada awal tahun 2107, PKU mengambil inisiatif untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk ke-50 outlet koperasi yang mana 20 buah outlet runcit koperasi dewasa adalah di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan dan Cyberjaya. Impak daripada inisiatif tersebut adalah:

» Sampel pembungkusan yang dipamerkan di bawah Program Projek Khas Pembangunan SKU

• Produk-produk koperasi dapat ditempatkan secara tetap di 50 outlet tersebut.

mestilah memainkan peranan membantu dan menyokong antara satu sama lain. Peranan ini bermula dari Pembekal, PKUCDC, PKU Negeri, Outlet seterusnya Pelanggan. Jenama ini akan disokong sepenuhnya oleh ANGKASA sebagai badan yang bersifat bertanggungjawab dan prihatin terhadap gerakan koperasi dan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat koperasi. b. Program Produk ‘House Brand’ Program ini bertujuan mewujudkan produk-produk jenama sendiri yang akan menjadi milik ANGKASA bagi mengurangkan kos produk dijual apabila dikilang dengan kapasiti yang besar serta dapat dijual dengan harga yang lebih rendah dari produk-produk yang sama jenis dari jenama sediada. Antara kategori produk yang dicadangkan adalah:

• Peningkatan jualan produk-produk koperasi yang secara tidak langsung meningkatkan pendapatan koperasi.

• Masyarakat telah menerima produk-produk koperasi (walaupun jumlah sku adalah kecil).

Pendekatan PKU pada tahun 2018 akan lebih agresif dengan sokongan gerakan koperasi dan program pengembangan yang sedang dirancang ANGKASA. Untuk itu adalah penting untuk menentukan halatuju PKU dengan menetapkan visi, misi, objektif dan perancangan jangka panjang.

Strategi Pembangunan

a. Penjenamaan semula PKU atau Pusat Khidmat Usahawan adalah

nama yang sinonim dengan khidmat keusahawanan yang bersifat bukan keuntungan iaitu lebih menjurus kepada aktiviti pendidikan, kesedaran dan khidmat masyarakat dan lain-lain maksud yang seangkatan dengannya. Nama ini diberikan atas fungsi dahulu (sebelum 2014) yang lebih berperanan kepada program-program keusahawanan koperasi. Unsur tanggungjawab sosial amat ditekankan dengan penggunaan nama ini. Untuk bergerak lebih agresif dan bersifat komersil, penjenamaan semula PKU amat penting kerana ia akan berorientasikan keuntungan dan dalam masa yang sama masih memainkan peranan tanggungjawab sosial. Sehubungan dengan itu, nama komersil adalah yang telah diluluskan adalah “COOP 100”. “COOP 100” terbit dari sejarah 100 Champion yang menekankan pembangunan sosioekonomi masyarakat koperasi. “COOP 100” melambangkan kesatuan dan kerjasama dalam setiap elemen rantaian pembekalan yang mempunyai matlamat dan hasrat yang sama iaitu untuk kemajuan pencapaian sosioekonomi masyarakat koperasi yang lebih baik. Setiap elemen yang terlibat dalam rantaian pembekalan dan pengedaran mempunyai unsur tanggungjawab sosial dan mengambil berat antara satu sama lain. Untuk memastikan rantaian pembekalan itu berjaya, setiap pihak yang ada

• Barangan pengguna seperti produk pencuci dan produk penjagaan diri.

• Barangan pengguna (barang kawalan) seperti minyak masak satu kilogram, gula dan beras.

• Produk-produk koperasi berpotensi dari kategori Ready to Eat (RTE) dan Ready to Drink (RTD).

c. Pembangunan Sistem ACRES (ANGKASA Cloud System Retail Solutions) Sistem ACRES telah dimulakan pada Mei 2016 sebaik mendapat kelulusan MJKK BIL.4/2016 dengan kerjasama dari Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Izzudin



Shah Ipoh Berhad (Perunding Sistem). ACRES menggunakan perisian sistem “iPOS Cloud Solution” bagi merangsang aktiviti peruncitan koperasi. Tujuan penggunaan ACRES adalah :

• Menaiktaraf operasi kedai runcit koperasi supaya lebih mesra peruncit, pengedar dan pelanggan. • Meningkatkan kualiti pengurusan inventori dan prestasi jualan kedai termasuk pelaporan “ real-time ”. • Bekerjasama antara koperasi yang terlibat dalam rantaian pembekalan seperti berikut : • Pembekal → PKU → Pusat Pengedaran → Kedai Runcit

Mei 2018 PELANCAR

33

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease