Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

• Strategi Program ‘ Out Reach ’ melalui program- program dalaman ANGKASA. Program-program dalaman melalui seminar, bengkel dan kursus serta penglibatan langsung Perhubungan ANGKASA Negeri di seluruh negara. Promosi-promosi akan menggunakan peralatan pemasaran seperti bunting, flyers, banner , katalog-katalog dan papan tanda iklan. KESIMPULAN PKU CDC atau dengan nama lain yang akan ditentukan merupakan projek CEP yang akan memberi kesan besar kepada gerakan koperasi. Ini kerana setiap pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan ( supply chain ) akan memainkan peranan dan mendapat faedah sosioekonomi. Melalui projek ini, ANGKASA benar-benar memainkan peranan penting bagi memastikan setiap koperasi yang terlibat dalam projek ini mendapat faedah. PKU CDC akan mengambil kira inisiatif pemantauan dan pengawalan supaya operasi dalam rantaian pembekalan ini berjalan lancar. Apabila kesemuanya berjalan dengan baik iaitu dalam rantaian, faedah akan dinikmati bersama.

c. Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu:

• Strategi Media (Elektronik, Massa, Internet) Strategi ini melibatkan saluran-saluran media secara dalaman dan luaran ANGKASA iaitu

majalah PELANCAR ANGKASA, akhbar harian utama, media sosial, saluran radio utama dan lain-lain yang berkaitan.

Strategi Promosi Melibatkan program-program promosi dan

‘merchandising ’ (latihan akan diberikan kepada kakitangan PKU Negeri) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keberadaan produk koperasi di outlet-outlet yang terlibat. Melalui strategi ini, PKU CDC akan memperuntukkan bajet untuk tujuan tersebut termasuk penyediaan produk- produk persampelan dan alat-alat promosi seperti ‘ sampling booth ’, pakaian untuk promoter dan peralatan aktiviti persampelan.

» Dato’ Haji Kamarudin (tengah) bergambar bersama peserta Bengkel Khas Pembangunan SKU di ibu pejabat ANGKASA baru-baru ini. Turut hadir adalah Ahli Jawatankuasa Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA. Dato’ Haji Ibrahim Abdullah (paling kanan) dan Tuan Haji Mansor Ab Rahman (empat dari kiri).

Mei 2018 PELANCAR

35

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease