Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Strategi Kelestarian ANGKASA Serta Pemerkasaan

Gerakan Koperasi sentiasa sistematik dan komprehensif sejajar dengan kedudukan ANGKASA sebagai badan APEKS gerakan koperasi di Malaysia. Pengiktirafan yang diterima dari kerajaan sebagai koperasi APEKS yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di bawah Seksyen 4(3) dan Seksyen 57(3) Akta Koperasi berpaksikan matlamatnya yang jelas seperti berikut : 1. Menyatukan semua koperasi dalam Malaysia; 2. Mewakili Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; 3. Memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan koperasi ahli khususnya dan Gerakan Koperasi amnya 4. Memudahkan operasi koperasi ahli.

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA

Pengurusan strategik seringkali dikaitkan dengan tiga komponen iaitu memformulasikan strategi, pelaksanaan strategik dan penilaian strategik. Menformulasikan strategi pula didasarkan kepada misi, visi, objektif dan strategi yang dijanakan daripada pengimbasan luaran dan dalaman organisasi. Dalam pelaksanaan strategik pula, program, bajet dan prosedur akan membantu organisasi bertindak dalam arah seperti yang dihasratkan oleh organisasi tersebut.

Sementara penilaian strategik merupakan satu kemestian dalam mengukur sejauh manakah organisasi berjaya mencapai tahap yang ditetapkan. Semasa proses pelakasanaan strategik dan penilaian strategik, imbasan persekitaran tetap dilakukan dalam usaha mewujudkan hasil paling baik seperti yang dikehendaki. Pada tahun 2017, ANGKASA telah membuat penyusunan semula Pelan Strategiknya dengan mengambil kira beberapa pendekatan yang signifikan bagi merelisasikan visinya iaitu “Menjadi Badan APEKS Pemangkin Pembangunan Koperasi Terunggul di ASEAN menjelang 2020”. Berlandaskan misi yang digalas iaitu “Menyediakan Produk dan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi serta Melindungi Kepentingan dan Memperjuangkan Hak Gerakan Koperasi Melalui Pengurusan Yang Profesional”, ANGKASA menyusun strategi bagi memastikan hala tuju yang disasarkan

36 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease