Dalam usaha menyatukan semua koperasi di Malaysia, ANGKASA telah menyasarkan 85 peratus koperasi di Malaysia menjadi ahlinya. Dengan kekuatan lebih dari 10,000 buah koperasi dan jumlah anggota seramai lapan juta orang, kekuatan dalam kelompok ekosistem gerakan koperasi itu sendiri merupakan satu jaringan persepaduan yang mantap dalam mengatur sebarang strategi pelaksanaan. Antaranya jaringan kerjasama antara koperasi sama ada dalam bentuk kekuatan ekonomi yang akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jalinan simbiotik melalui ekosistem yang lebih mantap di antara koperasi, sistem tadbir urus koperasi yang efisien dan mewujudkan koperasi yang berinovasi akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah menjelang 2020. Pelan tindakan dan pelan pelaksanaan telah dirangka melangkaui 2017 – 2050 bagi mencapai visi dan misi ANGKASA berdasarkan kepada Dasar Ekonomi Baru, Dasar Koperasi Negara II, Deklarasi Putrajaya dan juga mengambil kira konsep Transformasi Nasional 50 yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. ANGKASA mengambil inisiatif dengan membangunkan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dalam usaha memperkasakan misi ANGKASA sebagai APEKS gerakan koperasi yang efektif seiring dengan peredaran masa. Bagi memastikan ANGKASA sentiasa fokus dalam tindakannya, perspektif fokus strategik ANGKASA telah dibahagikan kepada dua iaitu 1. Fokus Dalaman iaitu memberi keutamaan kepada pemerkasaan dan pemantapan dalaman ANGKASA • Pengawalan dan langkah penjimatan dalam perbelanjaan angkasa yang lebih cekap bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi impak kepada kecekapan penggunaan. • Jaringan kerjasama yang strategik untuk menjana pelaburan dan pulangan kewangan yang mampan. • Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan ANGKASA. • Perluaskan pasaran produk dan perkhidmatan ANGKASA kepada semua koperasi. • Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan ANGKASA. • Pengurusan risiko, integriti dan pematuhan yang terbaik. • Pembangunan modal insan ANGKASA. 2. Fokus Luaran iaitu memberi keutamaan kepada pemerkasaan dan pemantapan Ahli ANGKASA • Membangunkan kepelbagaian perniagaan koperasi untuk meningkatkan pendapatan pergerakan koperasi sebagai penjana pendapatan negara (KDNK). • Memperluaskan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi. • Meningkatkan kecekapan tadbir urus koperasi. • Pembangunan pelan strategik dan sistem tadbir urus perniagaan. • Mengemaskini data maklumat terkini koperasi. • Meningkatkan kompetensi komuniti koperasi melalui penganjuran program latihan/bengkel. Pada tahun 2018, bertepatan dengan visi dan misi ANGKASA untuk melahirkan koperasi yang berimpak tinggi, berdaya maju dan berpendapatan tinggi, ANGKASA menerusi lapan peneraju sektor telah merangka dan membentuk Pelan Perniagaan ANGKASA menerusi beberapa projek yang berimpak tinggi. CEP atau “ Cooperative Empowerment Project ” telah dirangka dan akan dilaksanakan sesegera yang mungkin setelah risiko-risiko yang dikenal pasti dapat diatasi sewajarnya supaya ANGKASA dan koperasi boleh terlibat secara total dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan tahap perolehan koperasi. Projek-projek yang dirangka akan melibatkan kolaborasi yang terancang di antara lapan sektor supaya ianya akan memberi impak secara keseluruhannya, ANGKASA akan memberi fokus kepada lima projek utama menerusi CEP 1 Sektor yang dikenal pasti akan memberi impak yang tinggi kepada kelestarian ANGKASA khususnya di samping memperkasa sosio-ekonomi gerakan koperasi yang menjadi tonggak kemantapan. Melalui Bahagian Pengurusan Strategik, dengan bantuan perunding yang dilantik dan sokongan pengurusan ANGKASA, peranan dan fungsi bagi setiap sektor sedang dirangka dan disusun untuk memastikan jaringan kerjasama antara sektor saling melengkapi dan tidak bergerak secara silo.
Mei 2018 PELANCAR
37
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease