Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

» Majlis Pewakafan dan Penyerahan Bangunan Wakaf di Bandar Baru Uda, Johor Bahru kepada Majlis Agama Islam Johor.

Infaq Lil-Waqf ANGKASA: Nikmat Berkat Rezeki Berganda

Oleh : DATO’ HAJI NOOH BIN GADOT Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Penasihat Agama Kepada DYMM Sultan Johor, Pengerusi Jawatankuasa Hisbah, Infaq Lil-Waqf ANGKASA

MUKADIMAH Dalam usaha melahirkan sikap dan sifat prihatin kepada masyarakat, terutamanya yang memerlukan bantuan, pertolongan, bimbingan dan latihan, maka diwujudkan program Infaq Lil-Waqf ANGKASA, yang merupakan satu instrumen khusus bagi merealisasikan hasrat masyarakat penyayang dan prihatin.

Kewujudan program ini selaras dengan prinsip koperasi kelima iaitu pendidikan, latihan dan maklumat serta prinsip koperasi ketujuh iaitu prihatin terhadap masyarakat. Program ini dapat menjadikan ANGKASA sebagai wadah dalam memberi maklumat kepada masyarakat terutamanya di sisi ahli ANGKASA, di samping usaha ke arah memberi kesedaran dan melibatkan diri dalam program ini.

faedah yang terhasil daripada wakaf tersebut, akan disalurkan sebagaimana yang termaktub di dalam hujah wakaf.

OBJEKTIF INFAQ LIL-WAQF ANGKASA 1. Menghidup dan menyuburkan semangat dan amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam. 2. Menggalakkan masyarakat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam. 3. Menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwwah Islamiah yang lestari dan semangat taawun dalam Islam. 4. Memperbanyakkan lagi pegangan aset harta umat Islam hasil daripada pengumpulan tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama Islam dan pembangunan masyarakat Islam. 5. Menguruskan aset wakaf dengan cara yang sistematik dan profesional. 6. Mengoptimumkan penggunaan teknologi moden dengan sistematik dan profesional.

TAKRIF INFAQ LIL-WAQF ANGKASA

Sumbangan secara kolektif atau pengumpulan dana yang juga merupakan satu perkongsian bijak, lestari dan berhikmah untuk melaksanakan amalan dan ibadah wakaf dalam merealisasikan tuntutan hablumminallah dan hablumminannas dan ke arah membasmi empat musuh utama Islam, iaitu: i. Kejahilan dan buta huruf. ii. Kemiskinan dan kemelaratan hidup. iii. Penyakit. iv. Perseteruan, permusuhan dan perpecahan. Pada akhirnya, harta wakaf yang terkumpul daripada dana tersebut yang asalnya adalah milik individu akan menjadi milik Allah dalam bentuk ain mauquf yang mana manfaat dan

40 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease