pahala yang dijanjikan di samping menjanjikan keberkatan kepada harta yang berbaki. 4. Merealisasikan konsep solidariti (ukhuwwah), kesatuan dan perpaduan ummah yang menjadi tunggak kejayaan dan kekuatan suatu bangsa. 5. Merealisasikan konsep al-Wahdah dalam Islam iaitu: a. Wahdatul niat (Kesatuan Hati). b. Wahdatul fikri (Kesatuan Minda, Fikiran dan Paradigma). c. Wahdatul hadaf (Kesatuan Matlamat, visi, misi dan objektif).
d. Wahdatul amal (Kesatuan tindakan). e. Wahdatul masir (Kesatuan Destinasi).
MANFAAT SUMBANGAN Manfaat atau faedah daripada Infaq Lil-Waqf ANGKASA ini boleh dinikmati oleh masyarakat umum. Ia akan digunakan untuk pelbagai projek/program yang tidak bercanggah dengan hukum syara’. ANGKASA akan memanfaatkan faedah dan hasil program ini bagi tujuan projek/program seperti berikut: 1. Menubuhkan pusat penjagaan dan perlindungan seperti Pusat Penjagaan Darul Sakinah (PJDS). 2. Mewujudkan perkhidmatan kesihatan seperti Pusat Dialisis dan Klinik Wakaf. 3. Membina pusat perniagaan koperasi. 4. Mewujudkan perkhidmatan penginapan/rumah rehat. 5. Menubuhkan institusi pendidikan KAEDAH SUMBANGAN INFAQ LIL-WAQF ANGKASA Bagi memudahkan urusan sumbangan, penyumbang boleh menggunakan perkhidmatan seperti berikut: 1. Potongan gaji (majikan/BPA). 2. Tunai atau cek. 3. Wang pos. 4. Sumbangan melalui CIMB Cares. 5. Langganan Majalah bersama Telaga Biru Sdn Bhd. 6. Lain-lain. SOKONGAN KOPERASI Tuntutan kepada sumbangan kebajikan yang diajukan Islam perlu mendapat sokongan dan dorongan yang kuat oleh seluruh warga koperasi. Program seumpama ini juga dapat membuka ruang dan peluang bagi seluruh warga koperasi untuk bersama-sama menyemarakkan hasrat murni ini di samping meningkatkan kebajikan demi kepentingan ummah. Infaq Lil-Waqf ANGKASA jelas mampu melahirkan masyarakat sejahtera dan prihatin, kerana ia membangunkan hati nurani dan iman pewakaf serta kecenderungan ke arah kebaikan dan kebajikan kerana segala manfaat dan hasilnya akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan memberi ganjaran pahala yang berganda serta keberkatan dalam kehidupan dan hartanya. Kita perlu bersama-sama berganding bahu, bersatu padu dan bersatu hati merealisasikan usaha murni bagi membudayakan amalan kebajikan infaq dan wakaf yang dituntut oleh Islam demi kebaikan dunia dan akhirat.
» Datuk Mohamad Ali Hasan (kanan) dan Haji Muslim Md. Shah (kiri) melekatkan tanda sumbangan Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA pada salah sebuah mesin dialisis yang disumbangkan.
7.
Meningkatkan : a. Taraf pendidikan dan pembelajaran masyarakat. b. Taraf sosioekonomi. c. Taraf kesihatan.
d. Usaha ke arah perpaduan, kesatuan dan kesejahteraan ummah dalam kalangan anggota koperasi dan masyarakat umum. 8. Meningkatkan maruah Umat Islam, dan institusi Islam 9. Meningkatkan maruah organisasi (ANGKASA) dan ahli-ahlinya. 10. Memberi peluang dan ruang masyarakat umum untuk melibatkan diri dalam fardhu kifayah ini iaitu ibadah wakaf. Memberi ruang dan peluang kepada semua individu termasuk golongan berpendapatan rendah untuk terlibat secara aktif dalam ibadah wakaf yang menjanjikan pahala dan ganjaran yang berterusan walaupun dengan kadar yang minimum. 2. KEPENTINGAN INFAQ LIL-WAQF ANGKASA 1. Wakaf dahulu hanya boleh dilakukan oleh orang kaya dan berkemampuan sahaja, sebagai contoh hanya mereka yang mempunyai harta seperti tanah dan bangunan sahaja boleh berwakaf, tetapi dengan program ini boleh memberi peluang kepada orang miskin juga untuk berwakaf dan mendapat pahala amal jariah yang berkekalan. 3. Semua pihak dapat melaksana dan merealisasikan tuntutan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima” juga dapat meraih
Mei 2018 PELANCAR
41
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease