Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Mengukuhkan Perniagaan Antarabangsa Koperasi

Oleh : HAJI NASIR KHAN YAHAYA Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA

Gerakankoperasitelahdikenalpastipalingberupayadanberkesanbagimencapaimatlamat‘Sustainable Development Goals’ (SDGs). Sebagai sebuah organisasi yang berpaksikan kepada anggota, koperasi telah memainkan peranan penting menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan produktiviti di bidang ekonomi. Dengan sikapnya yang mementingkan kebersamaan ( inclusiveness ), koperasi berusaha menyediakan peluang yang saksama kepada petani-petani kecil, penjual dan peniaga melalui penggemblengan sumber-sumber dalam kalangan mereka bagi mewujudkan perniagaan skala besar. Menerusi kebersamaan usaha ini, peluang untuk memperoleh input, modal kewangan, teknologi dan pasaran menjadi lebih besar. Secara berpadu, suara pengeluar dapat didengar dan lebih berkuasa di semua peringkat rantaian pengeluaran.

Di serata dunia koperasi-koperasi pengeluar dan pengguna pada umumnya telah menjalinkan kerjasama untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan memendekkan rantaian nilai (value chain) dalam usaha memastikan harga yang berpatutan dan peluang pekerjaan yang menjamin pertumbuhan ekonomi anggota. Banyak inisiatif yang sedang dilaksanakan melibatkan kerjasama ‘ Coop to Coop ’ atau C2C. Produk-produk yang dikeluarkan oleh koperasi-koperasi dari negara Afrika, Amerika Latin dan Asia umpamanya diimport oleh Itali dan diedarkan ke serata negara Eropah. Kopi yang dikeluarkan oleh koperasi-koperasi di Kenya dijual di pasaran runcit di Denmark. ACFMC, koperasi terbesar di China menyediakan pasaran digital kepada koperasi- koperasi dari seluruh negara untuk mempromosi produk-produk mereka kepada pengguna-pengguna di negara tersebut. Sebenarnya konsep C2C bukanlah pendekatan yang baru muncul di Malaysia. ANGKASA sendiri pada tahun 80-an telah terlibat mempelopori ‘ Inter-Coop Trade ’ dalam kalangan negara- negara serantau. Malangnya usaha tersebut gagal mendatangkan hasil yang diharapkan ekoran minat dan keupayaan yang rendah dalam kalangan negara terlibat.

HAJI NASIR KHAN YAHAYA Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA

42 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease