Usaha menggerakkan semula kerjasama di antara negara serantau khususnya dalam bidang perniagaan diambil oleh ANGKASA apabila pejabat operasi Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia dan Pasifik (ICA-AP) dipindahkan ke Malaysia dari Singapura pada tahun 2013 dan dikenali sebagai ICA-AP Malaysia Business Office (MBO). Usaha berterusan ANGKASA itu disokong oleh ICA-AP dan akhirnya menghasilkan penubuhan Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ( Trade and Business Committee ) ICA-AP. Jawatankuasa yang secara mutlaknya dipertanggungjawabkan untuk menggiatkan kerjasama perniagaan di antara negara- negara rantau Asia dan Pasifik ini dipengerusikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan dianggotai oleh wakil-wakil dari negara Malaysia, Iran, Filipina, Korea, Jepun, China dan Nepal. Pada 2015, peranan Malaysia diperkukuhkan lagi apabila kepimpinan ASEAN Co-operative Organization (ACO) juga diserahkan kepada ANGKASA Malaysia (sebelum itu DEKOPIN Indonesia). ACO di bawah Dato’ Abdul Fattah Abdullah sebagai Presiden telah memberi nafas baru kepada organisasi tersebut dengan menetapkan hala tuju yang jelas dan berimpak tinggi. Usaha penubuhan ASEAN Co-operative Bank, penganjuran ASEAN Co-operative Trade and Exposition (ACOTEX), galakan penubuhan koperasi sekolah dan masjid di Kambodia, pengurusan hutang pekerja-pekerja asing di Malaysia dan perluasan pemasaran produk koperasi-koperasi Malaysia di negara China, Brunei, Thailand dan Singapura merupakan inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang diusahakan oleh ANGKASA menerusi MBO dan ACO. Kemuncak kerjasama semasa adalah di antara ANGKASA dan National Agriculture Co- operative Federation, Korea (NACF) dalam bidang pembangunan baka dan pengeluaran lembu tenusu melibatkan koperasi- koperasi ahli ANGKASA dari negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, usaha-usaha menggerakkan C2C sebenarnya sering berhadapan dengan masalah yang sehingga kini belum dapat diatasi sepenuhnya. Hakikatnya (sebagai contoh) sebagaimana yang dilaporkan oleh WTO, walaupun nilai pengeluaran koperasi dalam sektor pertanian adalah sebanyak USD600 bilion (2012), perniagaan sesama koperasi melibatkan keluaran berkenaan hanyalah sekitar USD12 bilion. Halangan yang sering disuarakan oleh koperasi dalam pelaksanaan C2C adalah kos pengeluaran dan operasi yang tinggi, pasaran yang terhad, kualiti produk yang rendah, kekurangan modal di samping masalah kurang pengetahuan dan kepakaran berurus niaga merentas negara yang melibatkan perbezaan bahasa, perundangan dan lain-lain terma serta aturan perdagangan yang unik bagi sesetengah negara. Suatu masalah yang juga sering dihadapi oleh produk koperasi yang dipasarkan di peringkat antarabangsa adalah pengiktirafan. Pengguna yang tidak biasa dengan sesuatu produk hanya akan membuat pembelian apabila yakin produk tersebut memenuhi standard/piawaian yang diperakui oleh badan-badan yang mereka percayai. Setakat ini, produk koperasi belum mempunyai piawaiannya yang tersendiri selain dari standard yang dikeluarkan oleh badan-badan bukan koperasi. Dalam hal ini, usaha ILOCOOP mendapatkan persijilan ‘ Fairtrade ’ bagi produk khusus yang dikeluarkan oleh koperasi di Sri Lanka menerusi projek LEED (Local Empowerment Through Economic Development) seharusnya menjadi inspirasi kepada gerakan koperasi keseluruhannya. Produk koperasi juga memerlukan platform urus niaga digital yang beroperasi tanpa henti (24/7) dan menjadi lokasi perniagaan merentasi sempadan. Mymaya.asia yang dibangunkan oleh ANGKASA menerusi MyANGKASA Holdings seharusnya disokong sebagai platform utama urusniaga atas talian dalam kalangan koperasi. Harus juga difahami
bahawa asas kepada kejayaan C2C adalah
pembangunan kapasiti. Semua pemegang taruh, baik di peringkat kerajaan mahupun gerakan koperasi perlu berganding bahu jika C2C mahu dijayakan, sekaligus memastikan keperluan sosial dan ekonomi anggota-anggota koperasi terbela.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) dan Pengerusi NACF Korea Selatan, Kim Byeong Won (tiga dari kanan) menunjukkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani. Turut sama ialah Timbalan Pengerusi NACF Korea Selatan, Kim Young Soo (tiga dari kiri), Naib Presiden ANGKASA Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali) dan Pengarah Rantau ICA – Asia Pasifik, Balu G. Iyer (kiri sekali).
Mei 2018 PELANCAR
43
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease