Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) ( Corruption Free Pledge ) Saya sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa sepanjang perkhidmatan saya dengan Koperasi yang saya sertai. • Saya mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan salah guna kuasa; • Saya membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa; • Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama ada secara langsung dan tidak langsung dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan Koperasi yang kami sertai; • Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di bawah seliaan kami tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan Koperasi kami sertai; dan Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.

Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

44 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease