Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Usaha mewujudkan lebih banyak lagi peluang perniagaan untuk koperasi terus dipergiat menerusi peranan ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang bergerak secara proaktif, selaras dengan matlamat penubuhannya untuk menyatukan koperasi negara-negara ASEAN melalui kerjasama strategik dan jaringan perniagaan. Sepanjang hampir empat tahun ACO berada di bawah kelolaan Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang juga merangkap Presiden ANGKASA, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sekaligus meningkatkan peluang perniagaan dan perolehan koperasi ASEAN. Pada Disember 2017, ACO telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengedar emas Quantum Metal (QM) Sdn Bhd bagi meluaskan rangkaian perniagaan emas dalam kalangan koperasi di peringkat ASEAN. Usaha ACO dalam merancakkan lagi kerjasama ini diteruskan dengan melantik anak syarikat milik ANGKASA, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd sebagai pengurus projek. Pada Mac 2018, ACO memperkenalkan ACO Gold Hub, salah satu kaedah akaun simpanan emas yang boleh dimanfaatkan oleh koperasi dan ACO Gold yang mempunyai ukiran bercirikan Islamik dan ditempah khas daripada pembekal bertauliah London Bullion Market Association (LBMA). ACO juga turut komited membantu pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang dengan meningkatkan perkhidmatan rawatan menerusi satu Perjanjian Persefahaman yang telah ditandatangani dengan sebuah syarikat pengeluar alat penapis buah pinggang atau Kidney Filters, Scientillence Sdn. Bhd. ACO BERGERAK PROAKTIF BANTU KOPERASI DI PERINGKAT ASEAN Oleh : NADIAH KAMARUDIN

DATO’ HAJI ABDUL FATTAH ABDULLAH Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) Dalam usaha untuk terus memperkasa gerakan koperasi di peringkat ASEAN melalui pendidikan, ACO telah menjalinkan kerjasama dengan Polytechnic University of the Philippines (PUP) pada September 2017. Kerjasama tersebut meliputi penerokaan potensi baharu yang berfokus kepada bidang penyelidikan, kajian dalam pelbagai bidang (koperasi, kebudayaan, sosial dan kemasyarakatan) dan program pembangunan modal insan. Sebagai sebuah entiti yang mewakili pergerakan koperasi di ASEAN, ACO berperanan untuk menggalakkan koperasi meneroka bidang perniagaan berimpak tinggi. Kerjasama strategik yang telah dimeterai antara ACO dengan Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MATA) membolehkan anggota koperasi dari seluruh ASEAN untuk mengikuti latihan yang disediakan oleh MATA, sekaligus melahirkan lebih ramai pakar daripada koperasi dalam industri penerbangan. Dato’ Abdul Fattah bersama Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta beberapa delegasi dari Malaysia telah menghadiri Sambutan Hari Koperasi Nasional (HARKOPNAS) Ke-70 di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ogos tahun lepas yang telah dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo. Beliau telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan bertajuk ‘Sinergi Koperasi ASEAN’ sewaktu Kongres Koperasi Ke-3 manakala Dato’ Haji Kamarudin pula telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘ National Development Cooperative Policy ’.

46 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease