Oleh : NADIAH KAMARUDIN ANGKASA GIAT USAHA BANTU MALAYSIA LAKSANA AGENDA GLOBAL ANGKASA giat mengadakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi membantu Malaysia mencapai agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pasca 2015 atau Agenda Global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menggantikan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) yang berakhir pada tahun 2015. Sidang kemuncak PBB yang berlangsung pada 25 September 2015 di New York, Amerika Syarikat telah menggariskan 17 matlamat dan 169 sasaran yang turut merangkumi pembasmian kemiskinan dan kebuluran yang ingin dicapai menjelang tahun 2030. Bagi mencapai matlamat tersebut, semua negara dan semua pihak berkepentingan; kerajaan, sektor swasta dan sektor koperasi serta masyarakat sivil mesti mengambil bahagian secara aktif dan kolektif demi masa depan lebih baik untuk semua.
» Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Haji Mohamad Azmi Omarudin mempromosi ‘100 Product Champion’ sewaktu penyertaan mereka dalam Consumer Co-operative Worldwide General Assembly .
Menyedari akan kepentingan mencapai matlamat- matlamat tersebut, ANGKASA, sebagai langkah permulaan telah menubuhkan lima anak syarikat bagi melibatkan diri dalam lapan sektor utama iaitu pembangunan hartanah,
perladangan, pertanian dan industri asas tani, pembangunan perkhidmatan kewangan, peruncitan dan pemborongan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, inovasi dan teknologi serta pembangunan komuniti.
Mei 2018 PELANCAR
47
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease