Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

INFO SEMASA

5

Wadah

NOVEMBER 2025

ANGKASA Sumbang Van Jenazah kepada Masjid Senaling

yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Program itu juga mencerminkan keprihatinan gerakan koperasi terhadap kebajikan masyarakat dan tanggungjawab sosial yang menjadi asas perjuangan ANGKASA,” katanya. Menurut data Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga Disember 2024, terdapat 578 koperasi masjid di seluruh negara dengan keanggotaan hampir 48 ribu orang dan aset berjumlah RM41.1 juta. Di Negeri Sembilan sahaja, terdapat 51 koperasi masjid yang berdaftar. Pertumbuhan itu menunjukkan potensi besar koperasi dalam memperkukuh ekonomi dan kebajikan ummah meskipun berdepan cabaran pengurusan dan sumber kewangan. ANGKASA terus komited membantu koperasi masjid melalui latihan, khidmat rundingan dan bantuan teknikal bagi memastikan tadbir urus yang cekap dan berintegriti. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyeru agar kariah Masjid Senaling menubuhkan Koperasi Kariah Masjid sebagai langkah memperkukuh ekonomi komuniti. Beliau berkata, penubuhan koperasi itu bukan sahaja dapat melahirkan penyumbang aktif dalam kalangan anggota kariah, malah mampu meningkatkan ekonomi serta pendapatan mereka melalui aktiviti keusahawanan dan pengurusan

kewangan yang tersusun.

Beliau yakin koperasi masjid bukan sahaja menjana pendapatan untuk masjid, bahkan juga membina masyarakat yang bersatu dan prihatin. ANGKASA akan terus memperkukuh hubungan dengan institusi masjid dan komuniti demi kesejahteraan umat Islam di Negeri Sembilan dan seluruh negara. Pengerusi Masjid Senaling, Haji Harun Md Nor dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ANGKASA atas sumbangan van jenazah kepada masjid tersebut Beliau menyifatkan sumbangan itu sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dan menunjukkan keprihatinan ANGKASA terhadap kebajikan masyarakat setempat. Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja memudahkan urusan pengurusan jenazah, malah menjadi simbol kepedulian sosial dan semangat kerjasama antara institusi masjid dengan gerakan koperasi. Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Raizalani Mohd Rais, Timbalan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Ustaz Muhammad Abdul Hadi Ismut dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Kariah Koperasi Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman. Pengurus Kanan ANGKASA Negeri Sarawak, Encik George Aiman Milin, Pengurus Seksyen Pemulihan (SejaTi MADANI), Encik Abdul Wahab Haji Alias dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kapit Sarawak, Puan Mina anak Sat. Koperasi merancang untuk memulakan penternakan sebanyak 1,000 ekor ayam kampung kacuk di kawasan tanah perkampungan Rumah Panjang Nanga Engkuah pada bulan Disember 2025. Projek itu dijangka akan menjadi sumber pendapatan baharu kepada koperasi serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada anggota dan komuniti setempat. ANGKASA komited untuk terus memberikan sokongan dan bimbingan berterusan kepada koperasi bagi memastikan projek tersebut dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan masyarakat luar bandar di Sarawak.

Majlis penyerahan sumbangan sebuah van jenazah kepada Masjid Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah pada 8 Oktober 2025 turut disaksikan oleh Exco Pendidikan dan Modal Insan merangkap ADUN Senaling, YB Dato’ Haji Ismail Haji Lasim (lima dari kiri) dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tiga dari kiri).

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

menguruskan jenazah selain dapat menjadikan usaha tersebut sebagai amal jariah yang berterusan untuk masyarakat setempat. Katanya lagi, ANGKASA sentiasa komited dalam usaha untuk terus memperkasakan institusi masjid melalui penubuhan koperasi masjid bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi kariah setempat. "Koperasi boleh menjadi platform ekonomi untuk kariah bagi menjana pendapatan, mengurus perniagaan kecil dan melaksanakan aktiviti kebajikan dengan lebih tersusun. Menerusinya juga, akan menggalakkan ahli kariah berganding tenaga dan kepakaran untuk melaksanakan projek

Semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial ANGKASA terus disemarakkan melalui sumbangan sebuah van jenazah kepada Masjid Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2025. Majlis penyerahan tersebut yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut disaksikan oleh Exco Pendidikan dan Modal Insan merangkap ADUN Senaling, YB Dato’ Haji Ismail Haji Lasim. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, sumbangan van tersebut diharap dapat membantu pihak masjid dalam

Presiden ANGKASA Lihat Persediaan Projek Ayam Kampung Koperasi Nanga Engkuah

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Koperasi Nanga Engkuah Kapit Sarawak Berhad bermula 11 Oktober 2025. Tujuan utama lawatan adalah untuk melihat status pelaksanaan dan perkembangan projek ternakan ayam di bawah inisiatif Projek SejaTi MADANI untuk sektor koperasi yang dikawal selia oleh ANGKASA. Selain mendengar secara langsung cabaran yang dihadapi serta berkongsi pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan kejayaan projek tersebut. Lawatan tersebut turut diiringi Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Pertanian dan Perladangan ANGKASA, Encik Muhammad Zuhid Jamaluddin,

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai lawatan ANGKASA ke Koperasi Nanga Engkuah Kapit Sarawak Berhad selama dua hari bermula 11 Oktober 2025.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease