Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

» Presiden ICA, Ariel Guarco ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung ICA 2017.

Melalui Sektor Pembangunan Hartanah, ANGKASA dengan kerjasama Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sedang giat melaksanakan usaha bagi membangunkan CoopCity atau bandar koperasi yang pertama di Malaysia dan Asia yang terletak di Bandar Penawar, Johor. Projek bandar koperasi berkenaan yang sedang dibangunkan di atas tanah seluas 59.5 ekar akan mempunyai rumah kediaman, pusat perniagaan, hotel dan pusat beli belah serta dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2019. Konsep bandar koperasi yang memberi keutamaan kepada anggota koperasi untuk memiliki tempat kediaman secara tidak langsung dapat memastikan penempatan manusia yang lebih bersepadu, tersusun dan sistematik. Ladang solar ANGKASA yang dibangunkan menerusi anak syarikatnya, MyANGKASA Services Sdn. Bhd. di Sungai Tiang, Pendang, Kedah menunjukkan komitmen ANGKASA dalam usaha merealisasikan matlamat meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga global. ANGKASA komited dalam membantu Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 dan bersedia untuk menghulur kerjasama dengan mana- mana koperasi untuk membangunkan projek seumpama itu di masa akan datang dengan harapan penggunaan sumber tenaga yang bersih dapat diperluaskan lagi di seluruh negara. PBB mensasarkan penyertaan yang penuh dan berkesan daripada wanita serta peluang sama rata untuk kepimpinan di semua peringkat membuat

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyertai International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO) General Assembly.

keputusan dalam politik, ekonomi dan masyarakat menjelang tahun 2030. Penglibatan golongan wanita di peringkat kepimpinan koperasi mencecah sekitar dua peratus. Peratusan tersebut masih rendah memandangkan 40 peratus daripada hampir lapan juta ahli koperasi di Malaysia adalah wanita. ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Komuniti memperkasakan peranan wanita dalam masyarakat melalui koperasi dengan memberi pendedahan kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat serta peluang-peluang perniagaan. Walaupun kita mempunyai 12 tahun lagi menuju 2030, namun dunia masih jauh daripada mencapai matlamat yang paling utama iaitu membasmi kemiskinan dan kelaparan secara keseluruhan. PBB memberi pengiktirafan kepada Gerakan Koperasi Global sebagai pemain penting dalam sektor swasta untuk mencapai matlamat yang telah digariskan, membuka peluang untuk koperasi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai rakan kongsi dengan institusi global, nasional, serantau dan tempatan untuk mencapai pembangunan yang mampan. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana koperasi anda boleh mengambil peranna aktif dalam merealisasikan 17 Matlamat Pembangunan Lestari, sila layari www.coopfor2030.com.

48 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease