Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Misi untuk membawa koperasi negara ke persada antarabangsa menjadi semakin nyata apabila Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail terpilih menganggotai barisan Ahli Lembaga ICA sesi 2017-2021 pada Perhimpunan Agung sempena Persidangan ICA Global di Kuala Lumpur, November lalu. PELANCAR berkesempatan menemu ramah beliau bagi mendapatkan pandangan berhubung hala tuju dan kelebihan yang boleh diraih oleh koperasi khususnya koperasi sekolah berhubung pemilihan beliau itu. Terlebih dahulu sekalung tahniah diucapkan atas pemilihan Dato’ sebagai Ahli Lembaga ICA. Boleh Dato’ memberi sedikit ulasan berhubung perlantikan tersebut dan kaitannya dengan misi yang mahu dibawa dalam gerakan koperasi sekolah di Malaysia. Terima kasih. Perlantikan saya sebagai Ahli Lembaga ICA adalah hasil sokongan dan kerjasama kuat daripada gerakan koperasi, ANGKASA khususnya Presiden ANGKASA sendiri, Dato’ Abdul Fattah Abdullah sendiri yang mahu supaya koperasi dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Pelantikan ini juga sangat kena pada masanya dan bertepatan dengan misi yang mahu perjuangkan selama semasa saya masih berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan di ANGKASA iaitu mahu meningkatkan prestasi sektor-sektor koperasi di semua peringkat termasuk koperasi sekolah. Pelantikan ini juga akan membantu memudahkan ANGKASA untuk memperkenalkan koperasi sekolah di semua negara selain mempelajari kejayaan Malaysia dalam membangunkan modal insan dalam kalangan koperator muda kerana saya amat yakin kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada pengurusan yang digilap dari peringkat sekolah. Boleh Dato’ ceritakan serba sedikit pengalaman semasa di Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan koperasi sekolah. Penglibatan secara aktif dalam bidang koperasi bermula sejak tahun 2000 semasa saya bertugas di Bahagian Sekolah dan Kokurikulum KPM. Saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan pada ketika itu, arwah Tan Sri Abdul Rafee Mahat dan seterusnya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang melantik saya mewakili KPM di dalam Jawatankuasa B4P ANGKASA. Perlantikan tersebut adalah satu penghormatan ANGKASA kepada KPM untuk mentransformasi WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA Merangkap Ahli Lembaga ICA

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah mengucapkan tahniah kepada Dato’ Haji Kamarudin Ismail sejurus selepas pengumuman perlantikannya sebagai Ahli Lembaga ICA

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama koperator sewaktu International Co-operative Agricultural Organisation (ICAO) di Ankara, Turki dari 5 - 7 April 2018

koperasi sekolah. Kerjasama yang diberikan oleh mantan Yang Dipertua ANGKASA, Prof. Diraja Ungku A. Aziz diikuti oleh arwah Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, arwah Dato’ Haji Mohd Ali Haji Baharum sehinggalah Presiden ANGKASA kini, Dato’ Abdul Fattah Abdullah banyak membantu saya dalam menjayakan misi pembangunan koperasi sekolah. Alhamdulillah, dengan sokongan gerakan koperasi sekolah dan koperasi dewasa, saya terpilih memegang jawatan Naib Presiden ANGKASA sejak tahun 2013 hingga sekarang.

Bagaimana Dato’ melihat koperasi sekolah boleh dijadikan sebagai sandaran ke arah pengantarabangsaan koperasi.

Kita lihat sendiri pencapaian lima koperasi sekolah yang telah berjaya meraih rekod perolehan tahunan sebanyak RM1 juta selain program pelancongan antarabangsa koperasi sekolah (ISTAC) yang semakin berjaya menerusi pakej-pakej pelancongannya yang menarik dan tersendiri. Melalui sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh ANGKASA juga, kita dapat memperkasa gerakan koperasi sekolah dan ini terbukti apabila jumlah perolehan koperasi sekolah setakat Jun 2017 berjumlah lebih RM250 juta dan nilai aset melebihi RM300 juta.

Mei 2018 PELANCAR

49

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease