Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Oleh : RAHMAT MOHD DID Pupuk Kesedaran Berwasiat

Masyarakat Islam Malaysia khususnya anggota koperasi perlu diberi kesedaran tentang kepentingan menulis wasiat dan pentadbiran harta pusaka demi keharmonian keluarga di masa akan datang.

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad

Menurut statistik, jumlah keseluruhan wasiat di Malaysia adalah 1.5 juta dan disimpan oleh 44 institusi amanah. Dalam jumlah itu, 60 ribu daripadanya disimpan oleh MyANGKASA Amanah Berhad, anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dengan anggaran nilai kasar harta yang akan ditadbir sebanyak RM18 billion. Justeru, dengan adanya wasiat, pemilik harta akan dapat mengagihkan harta dengan adil dan saksama selari dengan kehendak syariah dan dapat mengelakkan pelbagai masalah seperti perebutan harta di antara keluarga dan pewaris selepas pewasiat meninggal dunia.

Saya selaku Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad mengalu-alukan kepada semua warga koperasi agar menguruskan harta bersama MyANGKASA Amanah Berhad yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding institusi amanah lain seperti harga wasiat mampu milik, bayaran sekali seumur hidup, pindaan percuma sehingga tiga kali setahun, semakan dan pindaan atas talian (online), mempercepatkan proses perundangan (Probate dan Sijil Faraid) melalui pelantikan MyANGKASA Amanah Berhad sebagai pentadbir/ Wasi bagi penyediaan, penyimpanan, pengurusan dan perlaksanaan wasiat, keselamatan dan kerahsiaan maklumat berkenaan wasiat dijamin sepanjang hayat, mematuhi sijil pematuhan syariah ANGKASA dan banyak lagi.

50 PELANCAR Mei 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease