“MyANGKASA MEMPUNYAI SASARAN YANG REALISTIK DALAM BIDANG PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA INI. KAMI MENSASARKAN SEKURANG-KURANGNYA 25 PERATUS RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM AKAN MENDAPAT KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN WASIAT DI MASA AKAN DATANG DAN MEMILIH MYANGKASA AMANAH BERHAD SEBAGAI PELINDUNG HARTA PUSAKA MEREKA DI MASA AKAN DATANG”.
MyANGKASA Amanah dijangka akan melancarkan kempen kesedaran berwasiat pada bulan Ramadhan tahun ini dengan tema ‘Wasiat Demi Keharmonian Keluarga’, sejajar dengan bulan mensucikan diri dan mengharmonikan keluarga. Program turun padang akan dijalankan bagi melantik koperasi-koperasi berminat untuk menjadi agen MyANGKASA Amanah di setiap negeri. Setakat ini baru ada 14 koperasi yang menjadi agen MyANGKASA Amanah Berhad dan majoritinya adalah koperasi di negeri Johor. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya lima koperasi menjadi agen MyANGKASA Amanah Berhad di setiap negeri. Kami juga telah bekerjasama dengan Islamic Banking Financing Institute (IBFI) untuk mengendalikan latihan kepada agen-agen yang dilantik nanti. Usaha ini akan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada agen untuk menjalankan perkhidmatan dengan lebih teratur. Dalam tempoh empat tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2014, MyANGKASA telah menguruskan 24 ribu wasiat dan 98 pusaka (statistik 2017). Daripada jumlah itu, 54 peratus daripadanya ialah insitusi kewangan, 44 peratus syarikat korporat dan dua peratus terdiri daripada rakan koperasi. Antara institusi kewangan yang bekerjasama dengan MyANGKASA Amanah Berhad setakat ini adalah Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad dan Co- opbank Persatuan Malaysia Berhad. Syarikat korporat pula antaranya ialah Pos Malaysia Berhad, Permodalan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB), TEKUN Nasional, Pelaburan MARA Berhad, FELCRA Berhad, ZSA Jaya Sdn. Bhd., SMF Management Service and Consultancy, Zafran Angkasa Resources dan banyak lagi. Mulai tahun ini, kami komited untuk memberi fokus dan menambah bilangan koperasi yang bekerjasama kerana peratusannya yang terlalu kecil di dalam MyANGKASA Amanah Berhad. Selain itu, kami juga berharap MyANGKASA Amanah Berhad dapat melebarkan sayap ke rantau Asia Tenggara melalui Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) di masa hadapan. Usaha tersebut akan dimulakan dengan mengadakan konvensyen di peringkat ASEAN dan meninjau serta membuat perbandingan dengan institusi-institus amanah di negara lain. Selepas itu barulah kerjasama akan dijalankan dengan Majlis-Majlis Agama Islam di negara tersebut. Kami juga akan mengadakan lawatan penanda aras ke Singapura dalam masa terdekat dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura untuk meninjau sistem pengamanahan di sana. Akhir kata, MyANGKASA mempunyai sasaran yang realistik dalam bidang pengurusan dan pentadbiran harta pusaka ini. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 25 peratus rakyat Malaysia berbilang kaum akan mendapat kesedaran tentang kepentingan wasiat di masa akan datang dan memilih MyANGKASA Amanah Berhad sebagai pelindung harta pusaka mereka di masa akan datang.
Mei 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease