Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Taburan keanggotaan daripada negeri- negeri memberi gambaran bahawa Gerakan Koperasi menerima baik akan Visi dan Misi KOPSYA. KOPSYA dianggotai oleh koperasi yang mewakili pelbagai bidang fungsi dengan nilai taburan saham setiap fungsi. Menjelang akhir April 2018, nilai saham KOPSYA dijangka akan melepasi nilai RM50 juta. Angka ini penting untuk melayakkan KOPSYA dikelaskan sebagai Koperasi Induk Gabungan. Pelbagai usaha telah dan sedang diaturkan bagi meningkatkan keanggotaan KOPSYA. Ini termasuk usaha merangkaikan Koperasi Anggota melalui Sistem Simpanan Sepadu. Sistem Simpanan Sepadu (3S) ini akan membolehkan koperasi menawarkan pelbagai kemudahan kepada anggota koperasi meliputi Tabungan Simpanan, Pelaburan, Perkhidmatan Bayaran Setempat, Bayaran Zakat dan Sadaqah, Belian Emas KOPSYA, dan sebagainya. Sehingga 28 Februari 2018, jumlah keseluruhan Deposit Anggota berjumlah RM67.45 juta. Keperluan pembiayaan kian berkembang. Sehingga Februari 2018, sejumlah RM348.56 juta pembiayaan telah dikeluarkan. Sumber dana dalaman daripada Saham dan Pelbagai Deposit juga turut berkembang. Sistem 3S akan mengimarahkan budaya Tabungan dalam kalangan anggota. Di samping itu, KOPSYA juga akan mengusahakan perolehan sumber daripada Pasaran Wang & Modal.

Keanggotaan KOPSYA - Berasaskan Fungsi

BIL FUNGSI

KOOP

% SAHAM 26.4 28,672,809

%

1 Perkhidmatan

297 204 186 180 143

59.32

2 Pengguna – Dewasa

18.2

1,779,775

3.68

3 Kredit

16.6 13,611,774

28.16

4 Pertanian

16.0 12.7

1,177,982

2.44 1.08 4.48 0.34 0.40 0.10

5 Pengguna – Sekolah

521,510

6 Perumahan 7 Pengangkutan 8 Perindustrian 9 Pembinaan

42 38 17 16

3.7 3.4 1.5 1.4

2,163,463

165,589 193,682 46,671

JUMLAH (28 MAC 2018)

1,123

100.0 48,333,255

100.0

Pembiayaan KOPSYA - Berasaskan Fungsi

BIL

FUNGSI

KOOP

%

1 Perkhidmatan

21 21 32 10

21

2 Pengguna – Dewasa

21.4 32.7 10.2

3 Kredit

4 Pertanian

5 Pengguna – Sekolah

3 5 4 2

3.1 5.1 4.1 2.0

6 Perumahan 7 Pengangkutan 8 Perindustrian

JUMLAH (28 FEBRUARI 2018)

98

100.0

Untuk keterangan lanjut berkaitan keanggotaan, skim-skim pembiayaan dan deposit pelaburan KOPSYA Untuk makluman , Mesyuarat Agung KOPSYA 2018 diadakan pada 22 Mei lalu di Hotel Aliya dengan kehadiran 587 perwakilan. Sebuah koperasi anggota KOPSYA juga akan melancarkan Skim Tabungan minima RM139 sebulan dengan Pakej Umra h untuk anggota mereka yang mempunyai kemudahan potongan gaji di mana sebahagian besar tabungan anggotanya akan didepositkan kepada KOPSYA dan urusan potongan gaji adalah melalui SPGA . Tawaran pembiayaan daripada ACORD-Agensi PBB kepada KOPSYA untuk (i) Projek Perumahan Istimewa; (ii) Projek Nursing Home - Rumah Kebajikan, dan (iii) Projek Pembinaan Hospital dan (iv) Institusi Pendidikan. Kos Projek akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ACORD. Alhamdulillah, bergerak ke hadapan, pelbagai projek akan dilaksanakan secara berkelompok di bawah bimbingan pakar dan organisasi yang bertauliah untuk menanggani risiko dari segi teknikal, kepakaran, pasaran dan kelangsungan projek jangka panjang. Keanggotaan KOPSYA dan ANGKASA yang ramai seharusnya diterjemahkan kepada pemuafakatan bersama secara berkoperasi untuk menjayakan mana-mana inisiatif. Insha- Allah, usaha-usaha “Ta’awuun” ini akan diberkati Allah SWT. Pendanaan bagi meraikan keperluan Kredit Peribadi melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA berjalan lancar. Usaha kini tertumpu bagi meraikan keperluan kredit koperasi untuk pelbagai projek meliputi pertanian (ternakan, perikanan, tanaman), pembangunan hartanah, pendidikan, hospitaliti dan kesihatan, kebajikan dan pembangunan komuniti. Keperluan kredit ini seiringan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Sektor Utama (Lead Sectors). Untuk ini, gerakan koperasi perlu menyediakan prasarana sumber manusia dan pengurusan, pendanaan, institusi/organisasi, teknologi dan pasaran. ANGKASA sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Negara telah pun menyediakan Pelan Strategik dan Kepimpinan KOPSYA juga akan berperanan bagi mendokong keperluan pendanaan yang besar melalui produk dan perkhidmatan berasaskan syariah.

Sila hubungi : +603-780301214 Laman Web : www.kopsya.coop

Mesyuarat pertama KOPSYA dengan Jawatankuasa Sektor Utama dan Agensi berkaitan di bawah ANGKASA diadakan pada 15 Mac lalu dan beberapa perbincangan susulan diadakan.

Mei 2018 PELANCAR Mei 2018

55

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease