Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

teori warna, pelabelan, fungsi pembungkusan terhadap kualiti produk dan juga penempatan produk di pasaran. SIRIM Berhad juga turut berperanan membantu usahawan koperasi melalui program pembangunan produk dan koperasi dengan memberi tumpuan terhadap empat aspek utama iaitu aktiviti berkaitan standard, kualiti, teknologi dan inovasi produk. Produk yang terpilih akan melalui proses saringan dan penilaian (Fasa Pertama) termasuk lawatan ke premis pemprosesan oleh SIRIM Berhad dan ANGKASA. Fasa Kedua kemudiannya akan menyaksikan koperasi dikehendaki mengikuti Sesi 1st Design Review yang merupakan sesi perbincangan dan semakan antara koperasi, SIRIM Berhad dan ANGKASA terhadap cadangan reka bentuk pembungkusan baru untuk produk terpilih.

» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pemborongan & Peruncitan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) menunjukkan contoh pembungkusan produk baharu di bawah Program ‘100 Product Champion’.

Melalui sesi tersebut, koperasi akan memilih salah satu reka bentuk pembungkusan yang telah dicadangkan oleh SIRIM Berhad dan penambahbaikan akan dilakukan mengikut permintaan koperasi berdasarkan kesesuaian dan keperluan sekiranya ada. Program ini adalah bermatlamat dalam membantu meningkatkan kualiti produk koperasi dari segi membangunkan pembungkusan dan pelabelan sekali gus memastikan produk koperasi mendapat tempat di pasaran tempatan mahu pun di luar negara. Ia selaras dengan Pelan Pembangunan (Blueprint) Sektor Pemborongan & Peruncitan Koperasi 2016-2020 yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu untuk membantu dan memperkasa sektor koperasi menerusi empat objektif utama: 1. Menguasai rantaian bekalan dan rantaian nilai dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan. 2. Mewujudkan hubungan timbal balik di antara pengeluar, pengedar dan pengguna. 3. Mewujudkan system perniagaan yang adil kepada semua pihak yang terlibat. 4. Membantu menangani isu kos sara hidup.

Program ‘100 Product Champion’ juga merupakan platform terbaik buat ANGKASA untuk koperasi meningkatkan kualiti produk sekaligus mampu bersaing dalam pasaran semasa di samping menjadi kayu pengukur kepada tahap pencapaian produk koperasi di pasaran. Menerusinya, pelan pemantauan dan pengujian terhadap produk-produk yang dibangunkan akan melalui tapisan dan proses naik taraf yang memenuhi kehendak kualiti dan keselamatan. Mengikut rekod, sehingga kini sebanyak 46 produk dengan 52 SKU daripada 19 buah koperasi telah menyertai Program 100 Product Champion ANGKASA serta menepati kriteria yang ditetapkan piawaian kualiti untuk dimasukkan ke dalam rangkaian kedai coop-runcit dan pasaraya-pasaraya utama di seluruh negara sebagai sebahagian dari produk runcit koperasi. Menerusi bengkel dan kursus yang dikendalikan ANGKASA dan khidmat nasihat Pusat Pembungkusan & Keselamatan Reka Bentuk SIRIM Berhad,

» Sebahagian produk yang dipasarkan dalam Program ‘100 Product Champion”

koperasi berpeluang untuk mendapat pendedahan dan penerangan mengenai jenis-jenis pembungkusan yang bersesuaian mengikut produk, peranan pembungkusan,

Mei 2018 PELANCAR Mei 2018 PELANCAR

57

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease