Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

INFO SEMASA

6

Wadah

NOVEMBER 2025

KOBARA Jangka Tuai Hasil Sulung Cili Fertigasi 20 November 2025

Sebanyak 2,300 pokok cili jenis Kulai ditanam secara fertigasi oleh Koperasi Bakti Ramai Lenggong Berhad (KOBARA) atas tanah berkeluasan satu ekar.

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin (empat dari kanan) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Shafie Abd. Karim (lima dari kanan) bergambar bersama pengurusan koperasi dan ANGKASA di sekitar kawasan tanaman. Turut sama dalam gambar ialah Haji Mohd Shafie Abd. Karim (lima dari kanan).

Pengurus projek, Encik Mohamad Nor Ikhwan memberi penerangan tentang kaedah pengurusan tanaman cili fertigasi.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

penerangan ringkas mengenai proses penanaman selain dibawa meninjau beberapa infrastruktur seperti rumah pam air, rumah semaian anak benih dan tempat pengumpulan hasil. Beliau yang diiringi Pengerusi ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Shafie Abd. Karim dan Pengerusi KOBARA, Encik Shahrul Nazli Haji Abdul Jalil turut menyatakan rasa kagum dengan kesungguhan anggota koperasi yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia menjayakan aktiviti tanaman pertanian moden tersebut. Program SejaTi MADANI yang berada di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan peruntukan geran sebanyak RM2 juta kepada ANGKASA bagi memperkasakan kegiatan koperasi di perkampungan MADANI.

Koperasi Bakti Ramai Lenggong Berhad (KOBARA) dijangka akan memulakan kerja-kerja menuai hasil sulung tanaman cili fertigasi bermula 20 November 2025. Projek tanaman cili fertigasi jenis Kulai itu merupakan sebahagian daripada Program SejaTi MADANI – Koperasi Luar Bandar, di bawah bimbingan ANGKASA dan dilaksanakan bagi membantu menjana pendapatan KOBARA dan anggota koperasi melalui pertanian moden fertigasi. Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi yang juga Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail ketika melakukan lawatan ringkas ke tapak projek berkenaan yang terletak di Kampung Raban, Lenggong Perak pada 12 November 2025 telah diberi

Cili jenis Kulai yang menunggu masa untuk dituai.

Menerusi program tersebut, ANGKASA mahu supaya koperasi dapat menggerakkan aktiviti ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti dan bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat di samping memastikan manfaat daripada peruntukan tersebut dapat membantu koperasi mencapai matlamat yang sewajarnya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease