Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

memiliki perniagaan automotif dengan modal berskala rendah khas untuk anggota koperasi yang berminat. • MIMM Travel & Tours yang merupakan sebuah ejen pelancongan yang berlesen dan diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, menyediakan produk pelancongan dalam dan luar negara, menguruskan tempahan tiket penerbangan dan visa, haji dan umrah dengan harga patut. • Royal Chesterfield Sofa Collection iaitu jenama kepada pemborong perabot yang menawarkan produk perabot gaya eksklusif kepada anggota koperasi.

» ACO Gold

» Royal Chesterfield Sofa Collection

» Suria Strategi Multimedia Sdn Bhd

• Suria Strategi Multimedia Sdn Bhd menyediakan tawaran telefon pintar pelbagai jenama kepada koperasi untuk menjadi rakan niaga selain pembelian atas talian. • Muslim Business Network (MBN) menyediakan perunding dan “ call centre ” sebagai ejen pemasaran yang mewakili pihak koperasi yang berminat, memberi platform pemasaran kepada koperasi, berkongsi database sedia ada khusus milik MBN, selain memberi latihan kepada individu pemasaran untuk produk Enagic. • Revolusi perniagaan e-constant, satu program ganjaran rujukan eksklusif untuk anggota dan koperasi yang berdaftar sebagai ejen dalam memperkenalkan kedai laman e-constant.

» Revolusi perniagaan e-constant

» Muslim Business Network (MBN)

Pada masa yang sama, Asean2U, bersama-sama rakan strategiknya, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. telah menjelajah ke semua negeri di Malaysia melalui Persidangan ANGKASA Negeri 2018. Asean2u kini mencari peniaga-peniaga tempatan yang berpotensi untuk mengembangkan produk-produk mereka ke luar negara, terutamanya ke negara-negara OBOR. Asean2u juga turut menyediakan peluang kepada mereka untuk berniaga menggunakan platform e-dagang A2U. Melalui bimbingan A2U, peniaga-peniaga tempatan boleh membawa produk-produk mereka ke pasaran antarabangsa. A2U juga akan membantu mencari pembeli-pembeli luar negara yang berpotensi untuk mengeksport produk-produk tempatan mereka.

Mei 2018 PELANCAR

59

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease