Penerimaan badan korporat dan orang awam khususnya warga koperasi terhadap Yayasan ANGKASA ternyata amat merangsangkan. Hal ini terbukti dengan jalinan yang terjalin melalui Persidangan ANGKASA Negeri-Negeri dan perjumpaan bersama Menteri- Menteri. Kini, Yayasan ANGKASA semakin dikenali sebagai satu badan yang menyediakan pembiayaan pendidikan kepada pelajar khususnya warga koperasi. Seluruh kakitangan Yayasan ANGKASA berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menaikkan nama Yayasan ANGKASA ke arah yang lebih tinggi bagi menyediakan lebih banyak peluang untuk pembiayaan pendidikan. Sumbangan daripada badan korporat dan warga koperasi melalui Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA turut sama membantu Yayasan ANGKASA membiaya lebih ramai pelajar. Hal ini kerana segala yang disalur ke dalam Yayasan ANGKASA bakal disalurkan kepada para pelajar yang memohon pembiayaan. Justeru, pihak Yayasan ANGKASA mahu menggalakkan lebih ramai penyumbang dalam Skim Dana Pendidikan bagi menaikkan taraf pendidikan anak-anak warga koperasi kerana anak-anak ini bakal mewarisi dalam mentadbir koperasi-koperasi di seluruh Malaysia yang telah dibangunkan dan dijaga oleh pemimpin-pemimpin koperasi yang terkini. DANA PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA ANAK KOPERASI INTELEKTUAL PEMANGKIN KEMAJUAN
HAJI MUTADHO BAHRI Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA
60 PELANCAR Mei 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease