Kredibiliti Yayasan ANGKASA Tingkat Pendidikan Warga Koperasi Skim Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA yang telah dilancarkan bakal diterima manfaatnya oleh anak-anak koperasi yang ingin melanjukan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Skim ini memberi peluang kepada Yayasan ANGKASA untuk membiaya lebih ramai pelajar yang memohon setiap tahun. Mengikut statistik Yayasan ANGKASA permohonan yang diterima setiap tahun dianggarkan lebih 300 orang namun yang terpilih hanya sekitar 100 orang disebabkan peruntukan yang terhad, Justeru, dengan adanya Skim Dana Pendidikan ini membantu dalam membiayai lebih ramai pelajar Yayasan ANGKASA. Kini, Yayasan ANGKASA menjadi rebutan utama para pelajar di seluruh Malaysia sebagai pilihan pembiayaan pelajaran disebabkanpelbagai manfaat yang diterima daripada Yayasan ANGKASA. Yayasan ANGKASA bukan sahaja membiaya pelajar bahkan menyediakan pelbagai program yang dapat meningkatkan jati diri setiap pelajarnya. Melalui program motivasi anjuran Yayasan ANGKASA setiap tahun.
» Pengerusi Yayasan ANGKASA yang juga merangkap Timbalan Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri bergambar bersama barisan jawatankuasa dan pelajar tajaan Yayasan ANGKASA dalam Program Kerjaya Pelajar Pembiayaan Yayasan ANGKASA 2018.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (hadapan lima dari kanan), barisan Ahli Lembaga Yayasan ANGKASA dan pengurusan tertinggi ANGKASA bergambar bersama mahasiswa dalam Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Dan Himpunan Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA di Auditorium ANGKASA
Selain itu, Yayasan ANGKASA juga menyediakan program kerjaya khusus buat pelajar tahun akhir Yayasan ANGKASA bagi membantu para pelajar ke arah persediaan dan melengkapkan diri untuk ke alam pekerjaan. Dalam program ini para pelajar dilatih cara mengendali tekanan kerja yang bakal dihadapi. Di samping itu, mereka juga dilatih mencipta resume yang lengkap dan menarik melalui pelatih yang berkaliber. Pelbagai teknik hadapi temu duga juga dapat dimanfaatkan oleh para pelajar melalui program ini. Memang tidak dinafikan lagi segala program anjuran Yayasan ANGKASA amat dinanti-nanti oleh pelajarnya setiap tahun. Selain kekuatan ukhuwah yang terjalin dalam setiap pelajar melalui program yang dijalankan mereka juga menerima pelbagai manfaat melalui setiap program yang dijalankan.
» Menteri di Jabatan Perdana Menteri. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (paling kanan) bergambar bersama barisan JawatankuasaTertinggi dan pengurusan ANGKASA sewaktu melawat gerai pameran Yayasan ANGKASA semasa persidangan ANGKASA Negeri Perlis di Kangar, baru-baru ini.
Mei 2018 PELANCAR
61
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease