Peranan Pusat Dialisis MyANGKASA Rancak Berkembang
Oleh : ABDUL RAHIM PAIMIN Pengurus Besar MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd.
Kita sedia maklum bahawa setiap tahun pertambahan pesakit yang memerlukan rawatan buah pinggang dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat tinggi. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga tahun 2017 mendapati lebih 40 ribu pesakit dialisis kini sedang menjalani rawatan di seluruh Malaysia meliputi pelbagai lapisan umur dan bangsa.
Di Malaysia, terdapat lebih 700 buah pusat dialisis yang memberikan rawatan kepada pesakit. Jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung bilangan pesakit baru yang sentiasa meningkat saban tahun, Dengan mengambil kira faktor faktor tersebut, ANGKASA melalui anak syarikatnya iaitu MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif membuka pusat-pusat dialisis di seluruh negara untuk menampung keperluan terhadap rawatan tersebut. Di samping itu, ANGKASA juga telah menubuhkan satu jaringan coop dialisis yang dimiliki oleh koperasi. Sehingga kini, terdapat tujuh buah pusat dialisis yang bernaung di bawah jaringan tersebut yang memberi perkhidmatan rawatan kepada lebih 600 pesakit. ANGKASA melalui anak syarikatnya juga akan terus membantu koperasi yang berminat untuk menceburi bidang rawatan dialisis sebagai salah satu cabang perniagaan koperasi. Pada tahun ini, persediaan telah dibuat untuk melancarkan Pusat Dialisis MyANGKASA di Negeri Sabah dan Sarawak.
62 PELANCAR Mei 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease