Pusat Dialisis MyANGKASA (Temerloh)
Pusat Dialisis MyANGKASA (Alor Setar)
Pusat Dialisis MyANGKASA (PDMA) Temerloh telah mula beroperasi pada Disember 2012 dan telah dipindahkan kepada MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. pada bulan Mei 2013. Sepanjang beroperasi selama lima tahun, PDMA tersebut telah merekodkan perolehan sebanyak RM5,862,368.00. Seiring dengan perkembangan tersebut, MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. telah menyewa premis bersebelahan bagi tujuan untuk menambah jumlah mesin dialisis sekaligus dapat meningkatkan lagi perkhidmatan rawatan kepada pesakit. Premis tersebut setakat ini mempunyai sembilan buah mesin dialisis dan dijangka pada suku terakhir 2018, sebanyak tiga buah mesin akan ditambah dan pada suku pertama 2019, enam buah mesin lagi akan ditambah bagi melengkapkan jumlah keseluruhan mesin dialisis sebanyak 18 buah.
Pada Mei 2017, MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. telah membuka cawangan pusat dialisis baru di Kuala Kedah dengan kerjasama Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB). MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. memegang saham sebanyak 65 peratus manakala selebihnya dipegang oleh KGMKB. Kerjasama tersebut dijangka dapat memberi pulangan atas pelaburan kepada syarikat dalam jangkamasa tiga tahun dari tarikh operasi. Pusat itu yang kini sedang beroperasi dengan 12 buah mesin mampu menyediakan kemudahan mesin rawatan sehingga 17 buah mesin dialisis sekaligus berupaya memberi perkhidmatan rawatan dialisis sehingga 48 pesakit setiap minggu.
» Gambar Hiasan
Mei 2018 PELANCAR
63
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease