Advetorial
PERANAN PENGERUSI DAN ALK DALAM MENENTU HALA TUJU SESEBUAH KOPERASI
KOPERASI YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD
Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (KYGMB), Dato’ Haji Kamarudin Ismail merangkap Naib Presiden ANGKASA bersama Anggota Lembaga Koperasi (ALK) telah melakukan satu perubahan baru bagi KYGMB supaya lebih maju dan berdaya saing di antara koperasi yang lain. Oleh itu, dengan konsep hala tuju baru yang dibawa ini, beliau telah menerapkan beberapa perkara baru dalam koperasi bagi menceburi dalam beberapa sektor seperti sektor hartanah, pelancongan dan insurans selain dari fokus terhadap aktiviti utama koperasi iaitu kredit pembiayaan peribadi kepada anggota. Selain itu, banyak usahasama Koperasi YGMB yang telah dijalankan bersama beberapa
Oleh yang demikian, atas usaha sama dan hala tuju yang baru ini, KYGMB dapat mempelbagaikan aktiviti dan perkhidmatan kepada anggota serta dapat meningkatkan lagi pendapatan Koperasi selain hanya pendapatan dari aktiviti pembiayaan. Sementara itu, Pengerusi Koperasi Dato’ Haji Kamarudin juga telah dilantik oleh badan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) sebagai perwakilan dari Malaysia dalam persada antarabangsa melibatkan beberapa buah negara yang lain. Di atas kejayaan beliau ini, beliau dapat mengambil pengalaman dan rujukan dari beberapa buah koperasi di luar negara yang telah maju supaya dapat diserapkan dan digunakan oleh koperasi di Malaysia khususnya KYGMB.
koperasi, agensi dan syarikat seperti ANGKASA Bina Sdn Bhd dalam sektor hartanah, Koperasi KOPETRO Travel dalam Sektor Pelancongan dan Takaful Malaysia dalam Sektor Insurans.
Pengerusi
: YBhg. Dato’ Haji Kamarudin bin Ismail
(Naib Presiden ANGKASA) Naib Pengerusi
: YBhg. Dato’ Dr Haji Abdul Rahman bin Daud : Haji Hashim bin Mohd Yusof (PPN, PPT, PJK)
Setiausaha
Penolong Setiausaha
: Haji Abas @ Dawam bin Kahat
Bendahari : YBhg. Datuk Haji Ruslan bin Madon Anggota Lembaga Koperasi : Dato’ Shahulhamid bin Mydin Shah : Dato’ Haji Zulkifly bin Mohd Wazir : Dato’ Amran bin Ghani : Dr Kamaruddin bin Yaakob : Haji Mohamed Shofi bin Osman : Haji Suhaimi bin Sabran : Hajah Rohaini binti Ibrahim
LATAR BELAKANG KOPERASI TARIKH PENUBUHAN: 10 JULAI 2010 ALAMAT : WISMA YGMB, LOT 301 & 302, LORONG SELANGOR, PUSAT BANDAR TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR.
Jumlah Anggota : 2,550 Anggota
» Pengerusi, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (duduk tengah) bersama barisan kepimpinan ALK dan perwakilan KYGMB serta Pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (duduk empat dari kiri) semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi kali ke-6 tahun 2017.
Keanggotaan KYGMB terdiri dari Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia, pensyarah dan tenaga pengajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Aktiviti Utama Aktiviti Utama Koperasi YGMB ialah menjalankan aktiviti kredit dengan memberikan pinjaman peribadi kepada anggota sehingga berjumlah RM50,000 seorang dengan kadar pinjaman hanya serendah 4.9 peratus.
Setakat ini, koperasi telah mengeluarkan pinjaman kepada anggota berjumlah RM8.5 juta kepada anggota seluruh Malaysia. Selain itu, KYGMB juga ada menjalankan aktiviti dalam bidang pelancongan dengan kerjasama Koperasi Kopetro Travel untuk mempromosi pakej umrah dan juga pakej percutian dalam dan luar negara yang disediakan oleh pihak KOPETRO Travel.
64 PELANCAR Mei 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease