Wadah PELANCAR Edisi Mei 2018

Bagi meningkatkan perhubungan strategik di peringkat antarabangsa selaras dengan visi yang mahu dipenuhi oleh ANGKASA sendiri iaitu untuk menjadi badan apeks pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang 2020, pergerakan koperasi negara-negara ASEAN kini boleh menggunakan saluran ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang kini diterajui Malaysia. Menerusinya, ACO bertanggungjawab dan berperanan dalam melaksanakan pelbagai program transformasi koperasi bagi kepentingan pergerakan koperasi Negara- Negara ASEAN selain bertanggungjawab mengenal pasti isu-isu yang dihadapi koperasi di samping bertindak sebagai entiti yang mewakili koperasi. Fasa baharu pengantarabangsaan

» Monique F. Leroux meninjau produk ‘100 Product Champion’ yang dipamerkan pada MACCOPS 2017

koperasi negara terus diperkukuh menerusi pembukaan pejabat perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia Pasifik (ICA- AP) di Kuala Lumpur pada Ogos 2013. Melaluinya, ‘Malaysia Business Office’ atau MBO kini menjadi hub bagi pengumpulan dan pengedaran produk-produk koperasi, selain menjadi medan bagi mesyuarat dan seminar ICA Asia Pasifik. Keanggotaan 25 buah negara anggota ICA-AP bukan sahaja dapat menggalakkan jaringan perniagaan secara lebih terbuka, malah manfaat penting yang mahu diraih daripada kewujudan pejabat perniagaan tersebut adalah untuk memastikan produk-produk koperasi negara memiliki peluang lebih cerah untuk mendapatkan akses pasaran secara lebih meluas. Seiring dengan perkembangan tersebut juga, buat pertama kalinya sebanyak 25 produk koperasi di bawah program ‘100 Product Champion’ ANGKASA telah dipamerkan di Sidang Kemuncak Koperasi Antarabangsa 2014 di Quebec City Kanada pada Oktober 20l4. Produk-produk yang menerima sentuhan teknikal oleh SIRIM Berhad itu telah berjaya meraih perhatian yang sangat menggalakkan daripada beberapa perwakilan koperasi antarabangsa yang menunjukkan minat untuk membuat tempahan. Susulan kejayaan di Kanada telah menyemarakkan lagi usaha ANGKASA untuk membangun dan merangsang sektor- sektor perniagaan koperasi melalui penganjuran Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) buat julung kalinya pada tahun 2015 yang turut menghimpunkan pempamer koperasi daripada negara-negara ASEAN. Kemuncak pengiktirafan antabangsa terhadap gerakan koperasi negara mula tercipta apabila Malaysia secara rasminya dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran Persidangan ICA Global 2017. Perjalanan persidangan yang dihadiri lebih seribu perwakilan daripada lebih 100 buah negara itu turut disusuli dengan penganjuran MACCOPS 2017 yang dirasmikan sendiri oleh Presiden ICA, Monique F. Leroux.

Pencapaian demi pencapaian berjaya diraih termasuk perlantikan bersejarah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sebagai Ahlli Lembaga ICA Global selain rekod jualan MACCOPS 2017 yang mencecah lebih RM180 juta. WAKIL ANGKASA DI PERINGKAT ANTARABANGSA Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO) & Ahli Lembaga ICA-AP Dato’ Haji Kamarudin Ismail Ahli Lembaga ICA Global & Ahli Jawatankuasa ‘International Co-operative Agricultural Organisation’ (ICAO) Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Ahli Lembaga ‘ICA Co-operative Housing International’ (CHI) Dr. Mohd Azlan Yahya Pengerusi Jawatankuasa ‘ICA Committee on University / Campus Co-operatives for Asia and Pacific’ (ICUC). Menerusi perlantikan wakil-wakil ANGKASA di peringkat peringkat global itu, sumbangan ANGKASA secara lebih signifikan dapat terus dipertingkat dan diperkasa dalam usaha untuk membina landasan lebih kukuh bagi mengantarabangsakan gerakan koperasi negara. Inisiatif saling melengkapi antara ANGKASA dan koperasi diharap mampu mencipta kejayaan dan kemajuan tadbir urus korporat dengan lebih baik selain mampu meraih kejayaan dalam membawa perniagaan koperasi negara di persada antarabangsa.

Mei 2018 PELANCAR

5

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease