Wadah PELANCAR EDISI NOVEMBER 2025

INFO SEMASA

8

Wadah

NOVEMBER 2025

Kejohanan Golf Amal ANGKASA 2025: Platform Erat Hubungan Sesama Koperasi

Peserta Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 bergambar berkumpulan sebelum acara bermula di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada 15 November 2025.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada 15 November 2025 menjadi platform penting dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara koperasi, pihak korporat dan komuniti setempat. Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Sembilan bersama Yayasan ANGKASA juga merupakan salah satu usaha bagi mengangkat peranan koperasi sebagai pemacu sosial dan ekonomi negara. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sokongan padu yang diterima daripada peserta, termasuk wakil agensi kerajaan dan rakan korporat, membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi jambatan penyatuan masyarakat merentas sektor. Menurut beliau, penganjuran tahun ini juga mendapat suntikan dan sokongan besar daripada para penaja utama seperti Optimax Eye Specialist bagi kategori VVIP serta ANGKASA dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bagi kategori VIP. Turut menyumbang ialah Coshare Holding Berhad, KV Resources Sdn. Bhd, Fibra Marine Manufacture & Trading, MCCM Resources Sdn. Bhd. dan Real Data Matrix Sdn. Berhad (RDM). Sumbangan mereka bukan sahaja memeriahkan kejohanan, malah mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara koperasi dengan sektor swasta. Selain menjadi medan pertemuan pelbagai pihak, kejohanan ini juga memainkan peranan penting dalam menjana dana bagi Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA. Tabung itu memberi peluang kepada anak- anak anggota koperasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekali gus melahirkan modal insan berdaya saing untuk memimpin gerakan koperasi pada masa hadapan. Dana yang dikumpulkan telah membantu ramai

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama peserta kejohanan.

pelajar berpotensi mencapai impian pendidikan mereka. Para penyumbang juga menerima manfaat tambahan melalui kelayakan pelepasan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, menjadikan penyertaan mereka bukan sahaja bersifat kebajikan tetapi juga memberikan kelebihan dari sudut fiskal. Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa gerakan koperasi bukan sahaja terlibat dalam pembangunan ekonomi, malah turut mengutamakan tanggungjawab sosial dalam memperkasa masyarakat. Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 berjaya menyerlahkan imej koperasi sebagai gerakan progresif, inklusif dan berjiwa besar. Kejayaan penganjuran itu menjadi simbol bahawa apabila seluruh pihak berganding bahu, matlamat bersama mampu dicapai dengan cemerlang. Seramai 116 pemain menyertai kejohanan kali ini termasuk wakil dari sektor awam dan swasta. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut serta ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Naib Presiden ANGKASA, Anggota

Peserta menunjukkan kemahiran bermain golf.

Lembaga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan, Hajah Noorizan Abd Latif, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Kumpulan ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd. Sa'ad dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin. ANGKASA (Wakil

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease