Cetakan Pertama, 2025 C Hak Cipta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ANGKASA terlebih dahulu. :
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia ISBN 978-983-3216-74-1 Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia ISBN 978-983-3216-74-1
Penerbit : Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47031 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Produksi : Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA Tel : 03-78846491 e-mel : penerbitan@angkasa.coop Dicetak oleh : Rozfa Group Sdn. Bhd. (1422334-W) A-G-13, Jalan 16B, Desa Permai, Taman Dato’ Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Nota : Buku yang diterbitkan adalah kompilasi maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh ANGKASA termasuk anak syarikat sebagai panduan serta rujukan koperasi anggota. Fakta yang ditulis tertakluk kepada perkembangan semasa dan pindaan oleh pihak yang terlibat dari semasa ke semasa.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
TERBITAN KHAS
Isi kandungan TRANSFORMASI ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi
6 7 8 9
Prakata Presiden Sidang Pengarang Misi dan Visi ANGKASA Faedah Menjadi Koperasi Anggota ANGKASA
Programme (CLP)
27
Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA ANGKASA : Tingkatkan Sinergi Pembangunan Koperasi Inter School Tourism Cooperative (COOP ISTAC) Kursus Pemantapan Jatidiri Koperasi Sekolah Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Tanjong Waterfront Harbour Cruise Rasa Melaka by ANGKASA Program SejaTi MADANI – Koperasi Luar Bandar Bengkel Pemantapan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid Peluang Perniagaan Dobi Layan Diri ANGKASA – Memperkasakan Rantaian Ekosistem Kredit Koperasi Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) TAKAFUL ANGKASA Pakej Telco RedONE Tabung Umrah ANGKASA e-SPGA
28
10-11 Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan 12-13 Pejabat ANGKASA Negeri 14 Peranan Utama ANGKASA Negeri 15
29
30
31
ANGKASA – Tingkatkan Kualiti Pengurusan Koperasi Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) 11 Fokus Gerakan (PESAN50) 7 Fokus ANGKASA (PESAN50)
32
16
33
17 18 19
34 35
PESAN50 : Matlamat dan Harapan 20-21 Peranan ANGKASA di Peringkat Antarabangsa 22 Malaysian Business Office (MBO) 23
36
37
ASEAN Co-operative Organization (ACO)
24
38
Khidmat Latihan ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) Student Leadership in Cooperative Enterprise (SliCE) Cooperative Leadership
25
39 40
26
41 42 43
44
Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA Program Seminar Pencerahan Penggunaan dan kepentingan AI Pembangunan laman Web & Penggunaan Media Sosial ANGKASA – Perkasa Ekonomi Koperasi Melalui Sokongan Perniagaan Program Peruncitan dan Pemborongan Barang Asas (BA100) Peluang Perniagaan Produk ‘Funway’ Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ANGKASAMart Program Pembangunan Produk (Pensijilan Halal) Program Pembangunan Produk (Rekabentuk Pembungkusan) Diskaun Istimewa untuk Warga Koperasi @ MAAR Langkawi Pelan Pembangunan Ekosistem Industri Koko Rakan Niaga Premium Koperasi (RNPK) MAAB Peluang Kerjasama Projek Ternakan Lembu Tenusu & Heifers Park MyVilla by MyANGKASA Bina Peluang Perniagaan Bersama
Projek Ternakan Kelulut Moden ARC (Perkhidmatan Cukai) ARC (Perkhidmatan Perakaunan) ARC (Perkhidmatan Setiausaha Syarikat) ARC (Perundingan e-Invoice) ARC (ANGKASA Training) ARC (ANGKASA Takaful) Sistem Pelaporan Kredit ANGASA & Experian (SPeKAR) Maklumat Kredit Pemberi Pinjaman Bukan Bank (NLCI) Sistem Tawarruq ANGKASA KOPSYA (Keanggotaan) MyANGKASA Dialisis (Kerjasama Perniagaan Bersama Koperasi) MyANGKASA Dialisis (Perkhidmatan Rawatan Dialisis) ANGKASA : Cakna Tadbir Urus Baik dan Kemaslahatan Koperasi Perkhidmatan Pematuhan Syariah KOPSYA (Tawarruq) ANGKASA Sebagai Wakil Amil Koperasi Pusat Jagaan Darul Sakinah Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA Yayasan Infaq ANGKASA Kempen Pokok Angkat dan Pensijilan Konservasi Hutan CoopCare ANGKASA Facebook AngkasaCoop
60 61 62 63 64 65 66
45
46
47
48
67
68 69 70 71
49
50 51
72
52
73
53
74
54
75
55
76 77 78 79 80 81
56
57
58 59
PRAKATA Sebagai sebuah badan Puncak pergerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA menyediakan pelbagai perkhidmatan yang relevan untuk koperasi. Semua inisiatif yang dilaksanakan adalah bagi memastikan perjalanan koperasi sentiasa berada pada landasan yang terbaik. Impak yang disasarkan diharap bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi tadbir urus baik koperasi, malah berupaya memberi kesan lebih positif terhadap sosioekonomi anggota dan masyarakat. Usaha bagi memastikan istiqomah dalam pengurusan koperasi sebenarnya memerlukan komitmen serta jatidiri tinggi daripada seluruh anggota. Justeru, perkhidmatan yang disalurkan melalui ANGKASA mencakupi pelbagai aspek selaras dengan keperluan semasa dan ANGKASA amat berharap agar koperasi mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan.
ANGKASA juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas segala bentuk bantuan serta sokongan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia yang sentiasa bersama-sama ANGKASA membantu melestari dan membina masa depan koperasi yang lebih baik. Semoga penerbitan edisi khas WADAH PELANCAR ini bermanfaat kepada semua dan boleh menjadi rujukan sekali gus membantu koperasi untuk memberi perkhidmatan sokongan yang lebih baik kepada anggota dan masyarakat.
‘BEKERJA BERSAMA-SAMA, DEMI MANFAAT BERSAMA”
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO)
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
6
Sidang Pengarang
Sadik, Amanah, Telus merupakan slogan yang menjadi teras kepada tadbir urus ANGKASA sebagai badan puncak pergerakan koperasi Malaysia. Amanah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui Warta Kerajaan pada 1996 perlu digalas sebaik mungkin bagi menjaga reputasi organisasi. Transformasi ANGKASA dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan kelestarian ANGKASA melaksanakan peranan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 8, Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Penerapan tadbir urus korporat yang berintegriti adalah penting memandangkan pemegang taruh koperasi adalah daripada pelbagai peringkat dan lapisan. Sistem penyeliaan dan kawalan rapi aktiviti organisasi dengan menggunakan pelbagai kaedah terkini, telah dilaksanakan secara tuntas. Tatanan ini akan menjadi model terbaik yang boleh dicontohi oleh koperasi anggota dalam menerapkan tadbir urus korporat terbaik koperasi. Pergerakan sosioekonomi dunia yang pantas dan kompleks perlu diadaptasi dengan cepat dan sistematik. Sumber daya manusia digembleng supaya sentiasa bersedia menerima perubahan drastik semasa. Pendekatan transformasi korporat ANGKASA tidak terkecuali.
Tuntutan untuk meningkatkan perolehan perlu diseimbangi dengan tuntutan Perkara 8 UUK, Garis Panduan dan Akta 502. Penyelarasan perlu sentiasa dibuat manakala seliaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan tadbir urus haruslah berlandaskan pematuhan integriti menyeluruh. ANGKASA kini berada pada landasan terbaik untuk mencipta kejayaan demi
kejayaan sama ada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sumbangan sektor koperasi kepada KDNK yang meningkat setiap tahun menggambarkan sektor koperasi adalah wadah terbaik pembangunan ekonomi berasaskan kesatuan manusia
Halim Haji Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Sidang Pengarang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal
Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh ROZFA GROUP SDN BHD (202101022034 (1422334W)) A-G-13, Jalan 16B, Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi
Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir
Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor • Sanusi Abu Kassim
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
7
PEMACU UNGGUL KELESTARIAN SOSIOEKONOMI GERAKAN KOPERASI
VISI MISI
ANGKASA komited untuk menjadi pemangkin kecemerlangan sosioekonomi gerakan koperasi ke arah globalisasi dengan: 1. Mempelopori dan memperkasakan jaringan serta rantaian nilai sektor ekonomi koperasi. 2. Membudayakan keusahawanan dalam koperasi. 3. Memperkukuhkan pengamalan tadbir urus berdasarkan jati diri koperasi. 4. Mentransformasikan landskap ekonomi koperasi selaras dengan perkembangan inovasi dan teknologi.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
8
ANGKASA telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi Malaysia yang mewakili pergerakan koperasi di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada 23 Mei 1996. SUDAH BERDAFTAR SEBAGAI KOPERASI ANGGOTA ANGKASA?
Faedah Menjadi Koperasi Anggota ANGKASA
Meningkatkan jaringan kerjasama koperasi pada Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perniagaan dan pembangunan koperasi.
Menambahkan ilmu pengetahuan serta pengukuhan jati diri koperasi melalui usahasama dan penerangan. Berpeluang untuk memainkan peranan dalam penglibatan sebagai perwakilan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA.
Menyertai pelbagai program seperti aktiviti bengkel, seminar dan konvensyen.
Layari portal rasmi kami di www.angkasa.coop untuk mendaftar sebagai koperasi anggota atau bertemu dengan wakil kami. Maklumat lanjut sila hubungi 03-7800 7897 / 7841 keanggotaan.angkasa@gmail.com Atau hadir ke Pejabat ANGKASA Negeri yang terdekat.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
9
Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan
PRESIDEN
DATUK SERI DR. ABDUL FATTAH ABDULLAH
TIMBALAN PRESIDEN
PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK
NAIB PRESIDEN
NAIB PRESIDEN
NAIB PRESIDEN
NAIB PRESIDEN
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL
DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA
DATO’ HAJI IBRAHIM HAJI ABDULLAH
WAKIL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (KUSKOP)
WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)
AZIZUL ALIAS
EZLEEZAN OTHMAN
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
10
Nota : Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden akan dijemput hadir Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan secara mengikut giliran.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
11
PEJABAT ANGKASA NEGERI
SELANGOR Pejabat ANGKASA Negeri Selangor No.105 C, Block C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
PAHANG TIMUR Pejabat ANGKASA Negeri Pahang Timur B268 Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
03-7880 7270 jpn_selangor@angkasa.coop
09-513 0246 jpn_pahang1@angkasa.coop
JOHOR Pejabat ANGKASA Negeri Johor No. 19, Tingkat 4, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
TERENGGANU Pejabat ANGKASA Negeri Terengganu 1A, Tingkat 1, Wisma KOKITAB Kuala Nerus, Jalan Semarak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
09-666 8085 / 09-666 8062 jpn_terengganu@angkasa.coop
07-238 4457 jpn_johor@angkasa.coop
NEGERI SEMBILAN Pejabat ANGKASA Negeri Sembilan No. 21, Tingkat 1, Jalan PPP3, Pusat Perdagangan Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
KEDAH Pejabat ANGKASA Negeri Kedah No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
04-730 0378 jpn_kedah@angkasa.coop
06-761 3247 jpn_nsembilan@angkasa.coop
PAHANG BARAT Pejabat ANGKASA Negeri Pahang Barat P20, Tingkat 1, Bangunan ANGKASA, Taman Bentong Prima, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.
SARAWAK Pejabat ANGKASA Negeri Sarawak Tingkat 2, Bangunan ANGKASA, Seksyen 65, KTLD, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
082-536 092 jpn_sarawak@angkasa.coop
09-223 4062 / 223 5062 jpn_pahang3@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
12
PEJABAT ANGKASA NEGERI
PULAU PINANG Pejabat ANGKASA Negeri Pulau Pinang No. 29-1 & 31-1, Jalan Dagangan 11, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
SABAH Pejabat ANGKASA Negeri Sabah Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jalan Pantai Sembulan, 88100 Kota Kinabalu Sabah.
04-575 2931 jpn_ppinang@angkasa.coop
088-250 277 (ext. 4590) jpn_sabah@angkasa.coop
KELANTAN Pejabat ANGKASA Negeri Kelantan Lot 321, Tingkat 1, Seksyen 12, Jalan Tok Guru, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
WILAYAH PERSEKUTUAN Pejabat ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan No.16, Jalan Lumut Off Jalan Ipoh, 50400 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
09-747 5472 jpn_kelantan@angkasa.coop
03-4043 1995 jpn_wp@angkasa.coop
PERLIS Pejabat ANGKASA Negeri Perlis No. 17 & 19, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar – Alor Setar,01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan.
PAHANG TENGAH Pejabat ANGKASA Negeri Pahang Tengah No. 2, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2, Bandar Seri Semantan, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
09-296 5524 / 09-296 5525 jpn_pahang2@angkasa.coop
04-979 9004 jpn_perlis@angkasa.coop
MELAKA Pejabat ANGKASA Negeri Melaka No. 48-1, Jalan KF 4, Kota Fesyen,
PERAK Pejabat ANGKASA Negeri Perak No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2 Medan Meru Bestari (Zon 5), Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
06-234 4682 jpn_melaka@angkasa.coop
05-527 5589 jpn_perak@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
13
ANGKASA mempunyai 16 buah Pejabat ANGKASA Negeri di seluruh negara yang disokong oleh Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) serta sejumlah kakitangan bagi menyalurkan maklumat, kemudahan serta akses secara lebih dekat kepada Koperasi Anggota ANGKASA.
1
2
Merancang dan melaksana aktiviti
Menjadi penghubung antara ANGKASA Pusat dan koperasi di negeri. Berperanan menyelaras maklumat, dasar dan program dari ANGKASA pusat kepada koperasi anggota di peringkat negeri.
pembangunan koperasi. Menyediakan perancangan strategik, latihan serta program pembangunan untuk memperkukuhkan gerakan koperasi di negeri masing- masing.
Peranan utama ANGKASA Negeri
Mewakili suara koperasi negeri di peringkat nasional. Mengangkat isu, cabaran dan keperluan koperasi negeri ke peringkat lebih tinggi melalui mesyuarat, forum dan saluran rasmi ANGKASA.
Menggalakkan penyertaan koperasi sebagai anggota ANGKASA.
Mempromosi faedah keanggotaan
ANGKASA dan memudah cara pendaftaran koperasi baharu menjadi sebahagian daripada gerakan koperasi di peringkat kebangsaan.
3
4
Seksyen Hal Ehwal Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN), Keanggotaan dan Pengurusan Mesyuarat, Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset, Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran,
INFO LANJUT, HUBUNGI:
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7454 8255 keanggotaan.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
14
ANGKASA : TINGKATKAN KUALITI PENGURUSAN KOPERASI ANGKASA merangka pelbagai pendekatan strategik yang menyasarkan kepada kepentingan tadbir urus baik koperasi. Objektif utamanya adalah untuk memastikan halatuju pengurusan koperasi sentiasa berada di landasan yang tepat selain menepati matlamat seperti yang telah dirancang.
Sejajar dengan fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, pembentukan dan pelaksanaan pelan strategik yang bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan perniagaan koperasi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) kini giat digerakkan. Antaranya memastikan pelaksanaan 11 Fokus Gerakan dan 7 Fokus ANGKASA yang terkandung dalam Rancangan ANGKASA 2026 - 2030 dapat direalisasikan dengan berkesan sekali gus berjaya mencapai sasaran objektifnya. Selain itu, pelbagai inisiatif dan kerjasama yang dijalankan hasil komitmen bersepadu ANGKASA bersama agensi kerajaan serta swasta diharap bukan sahaja dapat meningkatkan lagi standard perniagaan koperasi, malah tadbir urus berkesan yang dijalankan akan dapat membantu melancarkan lagi pelaksanaan operasi sekali gus mencapai sasaran objektif. ANGKASA melalui perkhidmatan yang disediakan ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat dan imej gerakan koperasi. Sokongan daripada semua pihak dalam menjayakan agenda pemerkasaan koperasi amat dialu-alukan demi kelestarian koperasi dan manfaat untuk anggota serta masyarakat. Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Naib Presiden ANGKASA
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
15
PELAN STRATEGIK ANGKASA 2050 (PESAN50)
Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) mempunyai visi yang jelas iaitu menjadikan ANGKASA ‘Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi’ visi ini berteraskan empat (4) Tonggak Strategik utama iaitu Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi. Bagi setiap tonggak, dua (2) Teras Strategik ditetapkan dengan memberi penekanan kepada Fokus ANGKASA (untuk memperkukuh infrastruktur organisasi ANGKASA) dan Fokus Gerakan (untuk melestarikan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA) Anjakan Pelan Tindakan bagi pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA telah dibahagikan kepada tiga (3) tahap jangka masa iaitu Pelan Jangka Pendek (2017- 2020), Pelan Jangka Sederhana (2021- 2030) dan Pelan Jangka Panjang (2031- 2050). ANGKASA kini telah melangkah ke Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’. Pelan Strategik ini diperkukuh melalui Rancangan ANGKASA (2021-2030) dengan menggariskan Fokus Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap lima (5) tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap tonggak dicapai.
VISI dan MISI
TONGGAK EKONOMI
TONGGAK EKOSISTEM TONGGAK TADBIR URUS
TONGGAK INOVASI
Melestarikan Sistem Pentadbiran, Keupayaan Sumber Manusia dan Keberkesanan Komunikasi ANGKASA yang Berinovasi dan Cekap Memacu Pewujudan Dasar serta Panduan Berkaitan Sumber Manusia, Pasaran, Modal, Undang-undang, Kemahiran Teknikal dan Teknologi bagi Memastikan Pembangunan Sosial, Ekonomi dan Budaya Masyarakat melalui Koperasi Kepercayaan dan Keyakinan Terhadap Gerakan Koperasi yang Kompeten, Progresif dan Profesional
Memperkukuh Rangka Kerja Tadbir Urus Korporat dan Perniagaan serta Pembangunan Modal Insan yang Kompeten Memantapkan Pembangunan Koperasi melalui Pemerkasaan Modal Insan, Rangka Kerja Tadbir Urus dan Perniagaan Warga Koperasi yang Berkaliber, Profesional dan Kompeten sebagai Penggerak Utama Aspirasi ANGKASA ke Arah Globalisasi
Gerakan Koperasi Progresif dan Berpotensi dengan Daya Saing Tinggi ke Arah Globalisasi
HASIL STRATEGI
Gerakan Koperasi sebagai Penyumbang Berkesan Kepada Ekonomi Negara
Merangsang Pembangunan dan Daya Saing Ekonomi Gerakan Koperasi Berdasarkan Ekonomi Kolaboratif bagi Mencapai Sasaran KDNK Negara
Memperkasakan Daya Saing Koperasi yang Berinovasi dan Progresif melalui Jalinan Simbolik Industri
TERAS STRATEGIK (FOKUS GERAKAN) TERAS STRATEGIK (FOKUS ANGKASA)
Membangunkan ANGKASA sebagai Pusat Kecemerlangan Melalui Inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan
Membangunkan Apeks yang Berdaya Kewangan dan Mapan
2017-2020 Pelan Jangka Pendek
2031-2050 Pelan Jangka Panjang Tema: Koperasi Sebagai Gaya Hidup
2021-2030 Pelan Jangka Sederhana Tema: Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan
Tema: Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi
PELAN TINDAKAN
RANCANGAN ANGKASA (2026-2030)
RANCANGAN ANGKASA (2021-2025)
RANCANGAN ANGKASA (2017-2020)
RANCANGAN ANGKASA (2031-2050)
FOKUS KEUTAMAAN DAN PELAN TINDAKAN
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
16
11 FOKUS KEUTAMAAN GERAKAN Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN 50) Rancangan ANGKASA 2026 – 2030
01
Menyatu dan mewakili koperasi bagi meningkatkan sosioekonomi.
02
Pengukuhan koperasi mengikut kegiatan ekonomi utama dan kumpulan sasar.
03
Peningkatan sumbangan ekonomi gerakan koperasi kepada KDNK Negara.
04
Mengantarabangsakan gerakan koperasi.
05
Memperkasakan pusat inkubasi perniagaan koperasi.
06
Mentransformasikan ekosistem keusahawanan koperasi.
Penguasaan jaringan dan rantaian nilai perniagaan produk dan perkhidmatan koperasi.
07
08
Gerakan koperasi yang profesional ke arah globalisasi.
09
Melestari tadbir urus koperasi selaras dengan jati diri dan nilai-nilai koperasi.
Meningkatkan keberkesanan koperasi sebagai pendorong pencapaian matlamat SDG.
10
11
Meningkatkan nilai gerakan koperasi melalui penguasaan digitalisasi dan kecerdasan buatan.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
17
7 FOKUS KEUTAMAAN ANGKASA Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN 50) Rancangan ANGKASA 2026 – 2030
01
Melestarikan perniagaan dan kewangan ANGKASA.
02
Transformasi pembangunan dan perniagaan ANGKASA.
03
Pendigitalan dan inovasi ANGKASA.
04
Pemerkasaan tadbir urus dan akauntabiliti.
05
Perluasan rangkaian strategik dan kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa.
06
Pemerkasaan modal insan dan kepimpinan ANGKASA.
Peningkatan imej dan keyakinan pelanggan / stakeholder terhadap produk dan perkhidmatan ANGKASA.
07
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
18
Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) adalah inisiatif penting yang dirangka oleh ANGKASA untuk memajukan gerakan koperasi negara menjelang tahun 2050. PESAN50: MATLAMAT DAN HARAPAN
Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA
Sebagai badan puncak koperasi di Malaysia, ANGKASA memainkan peranan utama dalam memperkasakan pembangunan dan perniagaan koperasi supaya memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara. PESAN50 memberi fokus kepada beberapa teras strategik yang merangkumi pengukuhan ekosistem koperasi, peningkatan tadbir urus, pemerkasaan inovasi, pembangunan modal insan, pengembangan perniagaan serta pengukuhan jaringan kerjasama dalam negara hingga kepada peringkat antarabangsa. Salah satu matlamat utama dalam pelan ini adalah untuk menjadikan gerakan koperasi di Malaysia lebih berdaya saing, progresif dan inovatif di pentas global. Antara aspek terpenting yang ditekankan dalam PESAN50 adalah inovasi. ANGKASA berusaha memimpin gerakan koperasi melalui penyelidikan dan pembangunan inisiatif yang berinovasi tinggi. Kerjasama sesama koperasi serta kolaborasi dengan sektor swasta turut digalakkan untuk meningkatkan daya saing koperasi Malaysia. Melalui pelan ini, ANGKASA berhasrat untuk memperkenalkan teknologi dan pendekatan baharu yang mampu membawa gerakan koperasi di Malaysia kepada tahap yang lebih tinggi. PESANS0 juga adalah selaras dengan inspirasi beberapa dasar negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Dengan keserasian ini, ANGKASA berhasrat untuk memastikan gerakan koperasi negara bergerak seiring dengan matlamat pembangunan sosioekonomi negara, memberikan kesan positif kepada sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan ekonomi negara. ANGKASA juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan. Program latihan dan pembangunan kemahiran untuk anggota koperasi seluruh Malaysia adalah salah satu fokus utama dalam PESANS0. Menerusi pelaksanaan program ini, ANGKASA berhasrat untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam kalangan anggota koperasi agar mereka dapat bersama-sama menyumbang melalui koperasi. Berpandukan kepada inisiatif ini, ANGKASA berharap dapat membantu mengukuhkan peranan koperasi sebagai agen perubahan sosial dan ekonomi. ANGKASA juga bertekad untuk memastikan koperasi di Malaysia menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan profesional, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
19
Bahagian Antarabangsa (BA) ANGKASA berfungsi sebagai gerbang utama gerakan koperasi Malaysia ke persada global dengan mandat strategik untuk meningkatkan imej gerakan koperasi Malaysia ke peringkat antarabangsa, membina kapasiti kepimpinan koperasi yang glokal dan mewujudkan jaringan antarabangsa. PERANAN BAHAGIAN ANTARABANGSA ANGKASA MEMPERKASA GERAKAN KOPERASI NASIONAL
Bahagian ini beroperasi melalui tiga seksyen utama iaitu : 1. Seksyen Perhubungan Antarabangsa (SPA) yang menyelaras komunikasi dan penganjuran program antarabangsa dengan pihak ICA dan organisasi antarabangsa. 2. Seksyen Malaysian Business Office (MBO) yang bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Perniagaan & Perdagangan ICA-Asia Pasifik untuk fasilitasi kerjasama perdagangan antara koperasi di rantau tersebut dan promosi model-model koperasi Malaysia di peringkat antarabangsa. 3. Seksyen Pembangunan Perniagaan Antarabangsa & ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang berperanan sebagai Sekretariat Tetap ACO yang menjadi platform strategik koperasi kepada pembangunan dan advokasi gerakan koperasi di peringkat ASEAN.
20 Transformasi ANGKASA
PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
Melalui sinergi ketiga-tiga seksyen ini, bahagian ini menyediakan perkhidmatan yang komprehensif kepada gerakan koperasi Malaysia dalam memudah cara usaha sama rentas sempadan di antara gerakan koperasi tempatan dan koperasi- koperasi di seluruh dunia. Perkhidmatan yang disediakan oleh BA termasuklah penyelarasan lawatan penanda aras (benchmarking visit) ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia, menyediakan platform dan jaringan strategik bagi tujuan promosi produk serta perkhidmatan koperasi ke peringkat antarabangsa. BA juga menyediakan program- program pembangunan kapasiti dengan kerjasama rakan strategik antarabangsa yang khusus dirangka untuk koperasi ahli ANGKASA yang melibatkan pemindahan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan teknologi serta menggalakkan pembangunan modal insan dalam kalangan anggota perintis koperasi. Selain itu, bahagian ini juga menawarkan khidmat nasihat kepakaran dan perundingan dalam aspek perancangan serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
Bahagian Antarabangsa Suite 307, Blok A
Glomac Business Centre Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor +603 – 7884 6736 (Setiausaha) international@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
21
DALAM MEMPERKASA GERAKAN KOPERASI NASIONAL PERANAN DAN PERKHIDMATAN MALAYSIAN BUSINESS OFFICE (MBO)
Penubuhan Malaysian Busi- ness Office (MBO) pada tahun 2013 merupakan satu penca- paian penting dalam mem- perkukuh agenda perdagan-
gan koperasi di rantau Asia Pasifik. Penubuhan MBO bermula dengan kelulusan yang diperoleh semasa Perhimpunan Serantau ICA-AP di Kobe, Jepun pada tahun 2012. MBO diwujudkan sebagai pusat penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti di per - ingkat Asia Pasifik yang berperanan untuk menggerakkan inisiatif perdagangan dan perniagaan koperasi. Dengan penglibatan aktif daripada All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC), Japanese Consumers’ Co-opera - tive Union (JCCU), National Agricultural Cooperative Federation (NACF) Korea dan ANGKASA Malaysia, MBO berkembang sebagai hab yang aktif dalam menganjur- kan misi perdagangan, bengkel, pameran, ekspo produk dan perkhidmatan koper- asi dan dialog perniagaan koperasi. Sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan (Trade and Business Committee) ICA-AP, MBO masih lagi dipertanggungjawabkan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara koperasi, menyelaras pelbagai program pembangunan perniagaan, serta memperluas peluang pasaran di peringkat ser- antau. Mandat ini juga menjadikan MBO sebagai pemangkin kepada perkongsian pengetahuan, inovasi dan kolaborasi strategik antara koperasi, seiring dengan us -
aha meletakkan gerakan koperasi sebagai pemacu utama dalam pembangunan ekonomi dan perdagangan berteraskan perniagaan koperasi di rantau Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut mengenai perkh- idmatan ini, sila hubungi Pejabat Sekretari- at MBO di: mboicaap@gmail.com . 22 Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
Bahagian Antarabangsa Angkasa Suite 307, Blok A Glomac Business Centre Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor +603 – 7803 0109 / +603 – 7884 6736 (Setiausaha) international@angkasa.coop mboicaap@gmail.com
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO) KEPADA GERAKAN KOPERASI MALAYSIA
ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang ditubuhkan melalui deklarasi bersa - ma gerakan koperasi ASEAN pada Disember 1977 berfungsi sebagai badan penyatu dan platform strategik utama bagi gerakan koperasi di rantau ASEAN. ACO mewaki - li suara kolektif 347,599 buah koperasi dengan 66.6 juta anggota di seluruh negara anggota ASEAN. Peranan utamanya adalah untuk melaksanakan gerak kerja advokasi di pering - kat serantau bagi memastikan sektor koperasi diiktiraf secara rasmi sebagai pemacu utama ‘ekonomi kemanusiaan’ yang inklusif. ACO juga berperanan untuk menye - laras kerjasama di antara badan puncak, agensi dan kementerian berkaitan koper- asi di ASEAN melalui perkongsian data dan amalan terbaik serta memperjuangkan agenda pembangunan koperasi dalam kerangka kerja Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Bagi menyokong pembangunan koperasi secara langsung, Pejabat Sekretari- at ACO menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan teknikal. Ini termasuk menyelaras sesi padanan perniagaan (business matching) melalui pelbagai pro- gram lawatan penanda aras (benchmarking visit) bagi koperasi-koperasi Malaysia ke negara-negara ASEAN, Timor Leste, dan negara-negara Oceania.
ACO juga berperanan memudah cara kerjasama strategik dan usaha sama (joint ventures) antara koperasi Malaysia dengan koperasi di rantau ini. Selain itu, ACO giat membantu dalam latihan dan pemban- gunan kapasiti dengan menghubungkan ANGKASA serta koperasi serantau dengan pelbagai institusi pendidikan di rantau ASEAN. Perkara ini mampu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik ACO seperti ANGKASA-UMK Research Academy (AURA-UMK) dan Polytechnic University of Philippines (PUP Philippines). Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi Pejabat Sekretariat ACO melalui E-mel : secretaria - toffice.aco@gmail.com
Bahagian Antarabangsa Angkasa Suite 307, Blok A Glomac Business Centre Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor +603 – 7803 0109 / +603 – 7884 6736 (Setiausaha) international@angkasa.coop secretariatoffice.aco@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
23
KHIDMAT LATIHAN ANGKASA-UMK RESEARCH ACADEMY (AURA)
ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan kecemerlangan koperasi yang dimiliki bersama oleh ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan Bil.10/2024 (Kali Ke-82) secara rasmi mengiktiraf AURA sebagai Pusat Kecemerlangan (CoE), berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 dengan visi untuk ‘Menjadi Pusat Rujukan Kecemerlangan Tinggi Penyelidikan dan Keusahawanan Koperasi’. Memperkasakan AURA sebagai Pusat Kecemerla ngan Penyelidikan Tinggi Koperasi (HICOE) * Menjalankan kajian berimpak tinggi dan industri. * Memberi perkhidmatan perundingan kepada koperasi. * Memperkasakan jaringan strategik koperasi, universiti dan industri. * Pembangunan kapasiti keusahawanan, kepimpinan dan perniagaan koperasi. * Penggubalan dasar dan inovasi baharu yang memberi impak kepada kemajuan dan kelestarian koperasi.
AURA menawarkan penyelidikan, perundingan dan latihan keusahawanan koperasi dalam sektor-sektor seperti berikut: * Perbankan; * Kredit; * Pertanian; * Perumahan; * Perindustrian; * Pengguna; * Pembinaan; * Pengangkutan; dan * Perkhidmatan SIGNATURE PROGRAM AURA • RECoop ReEnergise Coop • CiSE Cooperative in Social Enterprizse Protege@UMK • Coop2U2i
ANGKASA-UMK Reearch Academy (AURA) ANGKASA-UMK Reearch Academy (AURA) Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan DR. NOOR RAIHANI ZAINOL (Pengarah) 013 982 8498 raihani@umk.edu.my
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
22 24
STUDENT LEADERSHIP IN COOPERATIVE ENTERPRISE (SLiCE)
SLiCE merupakan Program Pembangunan Kepimpinan dan Keusahawanan Muda Koperasi yang dibangunkan khusus oleh ANGKASA untuk memberikan peluang kepada pelajar tahun akhir universiti di Malaysia menjalani latihan industri pada koperasi terpilih dan mempelajari secara langsung pengurusan dan pentadbiran serta
keusahawanan dan perniagaan koperasi. Program ini membolehkan pelajar mendapat Kemahiran pekerjaan sebenar bagi mempertingkatkan kebolehpasaran mereka.
Seksyen Kecemerlangan Koperasi Pusat Kecemerlangan ANGKASA Kumpulan Hubungan Strategik Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Puan Safinah Saufi (011-10525752) Encik Md Shukri Hussain (012-3991282) KELEBIHAN PROGRAM * Elaun disediakan. * Lokasi boleh ditentukan pelajar. * Program berteraskan modul dan projek. * Pengiktirafan pensijilan daripada badan bertauliah. * Persekitaran yang kondusif. * Potensi penawaran pekerjaan.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
25
COOPERATIVE LEADERSHIP PROGRAMME (CLP)
Cooperative Leadership Programme (CLP) adalah satu inisiaif yang dirangka oleh ANGKASA bagi memperkukuh kepakaran peserta dalam bidang pengurusan projek kepimpinan, keusahawan, inovasi agrobisnes dan pengurusan koperasi. Sepanjang program, peserta akan mengikuti sesi pembelajaran bersama pakar, lawatan ke tapak koperasi serta perbincangan bersama pemimpin dari Malaysia dan antarabangsa. Program yang ditawarkan: Bil. Institusi Latihan / Universiti Fokus Program Lawatan Industri 1. Universiti Utara Malaysia Pengurusan Projek Selatan Thailand
(koperasi-koperasi berjaya, teknologi/ inovasi baharu, universiti, pusat-pusat perniagaan) Batam (Pemadanan perniagaan, promosi produk, pusat-pusat perniagaan, dll) Bogor (koperasi-koperasi berjaya, teknologi/ inovasi baharu, universiti, pusat-pusat perniagaan)
2.
Universiti Teknologi Malaysia
Perniagaan
3.
Universiti Pertanian Bogor
Kepimpinan dan Teknologi Pertanian
Dalam Negara (fizikal/online) Dalam Negara (fizikal/online)
4.
Universiti Malaysia Kelantan
Keusahawanan
5.
Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA- UKM)
Siri Syarahan/ Webinar/ Roundtable Discussion
Objektif Aktiviti: * Memperkasakan pemimpin koperasi Malaysia dengan kemahiran keusahawanan dan strategik yang disesuaikan dengan cabaran tempatan, memupuk modal perniagaan yang inovatif dan berdaya tahan yang menyokong pertumbuhan sosioekonomi Malaysia dan matlamat pemerkasaan komuniti. * Membentuk pemimpin koperasi Malaysia dengan kemahiran kritikal dalam pengurusan kewangan, analisis risiko dan integrasi digital, menyelaraskan koperasi dengan misi nasional untuk meningkatkan kemampanan dan daya saing sektor.
Seksyen Kecemerlangan Koperasi Pusat Kecemerlangan ANGKASA Kumpulan Hubungan Strategik Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Puan Safinah Saufi (011-10525752) Encik Md Shukri Hussain (012-3991282)
* Membina
hubungan dalam kalangan pemimpin koperasi Malaysia dan pakar industri antarabangsa dan serantau di samping mewujudkan rangkaian yang menyokong kemajuan koperasi dan keterangkuman ekonomi dalam komuniti luar bandar dan bandar. baik
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
26
PERPUSTAKAAN KOPERASI MALAYSIA ANGKASA
Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA merupakan salah satu perkhidmatan sokongan penting yang disediakan oleh ANGKASA kepada warga kerja, para penyelidik dan anggota koperasi di seluruh negara serta masyarakat umum. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan : • Perkhidmatan Rujukan – menyediakan bahan rujukan dan maklumat mengenai koperasi dan yang berkaitan; • Perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan bahan rujukan; • Perkhidmatan Antara Perpustakaan (Sistem Pembekalan Penerbitan) – peminjaman bahan daripada perpustakaan lain melalui Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA; • Akses Perpustakaan Digital – Akses dalam talian kepada bahan bacaan terbitan ANGKASA; • Komputer untuk membuat carian bahan bacaan yang diperlukan; • Ruang bacaan yang selesa dan kondusif serta ruang berinternet (melalui wifi) untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
Portal Perpustakaan boleh dilawati di sesawang berikut : https://sola.my/angkasalibrary Waktu Perkhidmatan : Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) Sehingga Mei 2025, perpustakaan mempunyai bahan bacaan dan rujukan terkumpul sejumlah 16,069 bahan dan 1,034 bahan rujukan digital. Antara yang tersedia termasuklah Koleksi Monograf, Koleksi Rujukan Digital, Buku Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan Mesyuarat Agung Negeri, Koleksi Terbitan Bersiri, Koleksi Kertas Persidangan International Cooperative Alliance (ICA) di peringkat Asia Pasifik dan Global, Kertas Kerja Seminar, Koleksi Laporan Tahunan dan Undang- undang Kecil Koperasi serta buku-buku ilmiah dan rujukan.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 27
Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA yang bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor merupakan satu-satunya muzium koperasi yang terdapat dalam negara. Sehingga Disember 2024, sebanyak 1,023 dokumen dan artifak terkumpul dipulihara demi kelestarian sejarah gerakan koperasi negara. Segmen bersejarah yang menarik untuk dilawati antaranya : • Sejarah Gerakan Koperasi Dunia. • Cetusan koperasi Tanah Melayu. • Kronologi Gerakan Koperasi. • Kementerian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia. • Penubuhan ANGKASA. • Kepimpinan ANGKASA. • Pak Ungku Wira Koperasi Negara. • Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA. • Baju Batik Rasmi ANGKASA. • Majalah PELANCAR. • Sejarah Awal Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia. • Biro Perkhidmatan ANGKASA. • Dokumen Koperasi. • Petanq Sukan Rasmi ANGKASA • Artifak dan Peralatan Koperasi • Pameran Bertema. MUZIUM KOPERASI MALAYSIA ANGKASA WAKTU LAWATAN : I snin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
28
ANGKASA : TINGKATKAN SINERGI PEMBANGUNAN KOPERASI ANGKASA sentiasa berusaha untuk meningkatkan sinergi pembangunan koperasi menerusi kepelbagaian aktiviti dan sokongan melibatkan pelbagai jenis gerak kerja. Menerusinya, strategi dan pelan tindakan komprehensif dilaksana bersesuaian dengan keperluan semasa dan sentiasa ditambah nilai dari semasa ke semasa.
Peranan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA sentiasa konsisten dalam membantu koperasi untuk menelusuri perjalanannya secara profesional dan terjamin. Menerusi program pembangunan yang dilaksanakan, ANGKASA boleh membantu dalam mengumpulkan data, mengenal tahap kebolehpasaran dan menilai keupayaan anggota. Selain itu, kepimpinan koperasi juga masih mempunyai ruang bagi melakukan perubahan signifikan berasaskan keperluan dan kemampuan seperti : Transformasi yang digerakkan bagi membentuk kecemerlangan koperasi secara tidak langsung dapat mengangkat budaya berkoperasi. Kita juga berharap agar usaha yang dijalankan secara berjemaah ini boleh menyumbang kepada kelestarian dan kecemerlangan sosioekonomi anggota serta masyarakat. Menggubal prosedur bagi mengelak berlakunya kesilapan dan tata kelola. Mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan yang sesuai. Membudayakan elemen keusahawanan dalam koperasi. Meningkatkan kebertanggungjawaban selaras dengan peruntukan dan perundangan koperasi.
Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 29
Program Pelancongan Koperasi Sekolah yang dikenali sebagai COOP ISTAC bertujuan untuk memberi peluang kepada murid belajar merancang, mengurus dan melaksanakan projek pelancongan khususnya dalam aspek keusahawanan koperasi dengan sokongan dan galakan daripada Pengetua, guru koperasi dan ibu bapa serta bimbingan dan latihan ANGKASA. Menerusinya, murid dapat mengetahui perancangan sesuatu program melalui penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan program, perancangan pelan tugas serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, pengalaman langsung menerusi kerja-kerja mengurus dan melaksanakan program juga dapat membantu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan. KONSEP HOS DAN TAMU HOS akan bertindak sebagai tuan rumah atau penyedia pakej kepada TAMU atau pelanggan. PERANCANG + PENYELARAS + PENGANJUR + PELAKSANA = PROJEK ISTAC
Seksyen Pendidikan dan Pemulihan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
30
Bahagian dan pemulihan ANGKASA menawarkan kursus yang bersesuaian KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI Kursus yang ditawarkan : UKS 1 (Guru) Pemantapan Jati Diri dan Transfor- masi Perniagaan Koperasi Sekolah. Pendidikan
mengikut keperluan semasa dan kepentingannya memperkasakan jati diri koperasi dalam aktiviti perniagaan koperasi sekolah, IPT dan belia. Kos pelaksanaan ditanggung sepenuhnya oleh ANGKASA (Terhad kepada maksimum penyertaan seramai 35 orang). Penganjur juga boleh mencadangkan tarikh dan tempat kursus dan permohonan perlulah dikemukakan selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh kursus dijalankan. Seksyen Pendidikan dan Pemulhan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Seksyen Pendidikan dan Pemulhan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi
Pemantapan Jati Diri, Keusaha- wanan dan Kepimpinan Koperasi Sekolah.
UKS 2 (Murid
UKS 3 (Murid) HOS: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi Sekolah. UKS 4 (Murid) TAMU: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi.
Pemantapan Jati Diri dan Transfor- masi Perniagaan Koperasi IPT dan Belia. HOS: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi. TAMU: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi.
KIPT 1
KIPT 2
KIPT 3
NOTA: Penganjur dikehendaki mendahulukan segala perbelanjaan berkaitan dan mengemukakan tuntutan perbelanjaan ke Bahagian Pendidikan ANGKASA dengan menggunakan Borang KEW:1/6/08 (9/08) Pind. 09/23.
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
31
Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS)
ANGKASA Pendidikan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) sebagai bentuk pengiktirafan kepada koperasi sekolah terbaik peringkat negeri dan kebangsaan. melalui Bahagian Anugerah tersebut merupakan acara penting dalam usaha ANGKASA mengiktiraf gerakan koperasi sekolah, melibatkan penyertaan pelajar dan guru yang mewakili koperasi sekolah seluruh negara. Antaranya adalah ‘Anugerah Ikon Muda Koperator Sekolah’ yang diberikan kepada koperator (pelajar) yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam aktiviti koperasi sekolah. AKKS bukan sekadar sebuah majlis penghargaan, malah juga satu inisiatif penting untuk melahirkan generasi koperasi yang kreatif, inovatif dan berdikari. Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah juga menjadi antara pengisian AKKS bagi koperasi sekolah seluruh negara mempamerkan kreativiti, inovasi dan semangat keusahawanan dalam menghasilkan produk kreatif yang berdaya saing.
Seksyen Pendidikan Bahagian Pendidikan dan Pemullihan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
32
Tanjong Waterfront Harbour Cruise (TWHC)
Projek Tanjong Waterfront Harbour Cruise (TWHC) memperkenalkan aktiviti perniagaan pelayaran dan perkhidmatan persiaran di persisiran pantai Pulau Pinang kepada pelancong melalui My Ancasa Travel Sdn. Bhd. (MATSB) dengan kerjasama rakan strategik Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dan Koperasi PERDASAMA Pulau Pinang Berhad.
ANGKASA melalui MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) yang merupakan syarikat pegangan pelaburan kepada ANGKASA dalam bidang perniagaan strategik koperasi akan terlibat dalam projek inkubator ini. TWHC berupaya: Menarik pelancong domestik
dan antarabangsa melalui pakej pelayaran bertema budaya dan santai. Menjana aliran tunai positif seawal tahun kedua dan mencapai ROI kompetitif dalam 5 ke 6 tahun. Mengukuhkan penjenamaan koperasi sebagai pemain industri pelancongan. Membuka ruang kerjasama strategik dengan agensi pelancongan, hotel dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ANGKASA akan memberi keutamaan kepada koperasi dalam pemilikan ekuiti di MATSB selaras dengan ‘Pelan Induk Strategi’ yang digariskan dalam PESAN 50.
Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Koperasi ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.. En. Raja Indrazaman Shah (011-5661 5661)
Cik Norlaili Mansor (018-375 2204) sppdk2020.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
33
RASA MELAKA BY ANGKASA
‘Rasa Melaka by ANGKASA’ menampilkan keunikan warisan kulinari, budaya dan sejarah Melayu Melaka. Lokasinya yang strategik di tapak Warisan Dunia UNESCO di Jalan Hang Kasturi, Jonker Walk, Melaka, ‘Rasa Melaka’ menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati keaslian rasa tradisi, keunikan budaya serta kreativiti usahawan koperasi. Melalui gabungan kafe, sewaan busana tradisional songket, serta ruang interaktif (live selling studio), ‘Rasa Melaka’ bukan sekadar tempat menjamu selera, malah sebuah pusat warisan moden yang menghidupkan kembali pesona Kesultanan Melayu Melaka.
• Kulinari Tradisi Melayu • Pengalaman Budaya & Busana • Pakej Beca Pelancongan • Ruang Kreatif & Interaktif
Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan / Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Bahagian Pelancongan, Kesihatan dan Pentadbiran, Pengurusan Bajet Kumpulan Pembangunan Koperasi No.59, Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka 03-7884 6664
sppdk2020angkasa@gmail.com / norlailibintimansor@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
34
PROGRAM SEJATI MADANI
KOPERASI LUAR BANDAR
Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang berada bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah menyediakan peruntukan geran sehingga RM100 ribu untuk membangunkan perniagaan koperasi luar bandar. Koperasi yang terpilih diberi kebebasan untuk bermusyawarah dan memutuskan sektor tumpuan pilihan mereka, manakala ANGKASA akan menguruskan
pembangunan projek tersebut di samping menjalankan tugas-tugas pemantauan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Tawaran kepada koperasi untuk Program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar akan ditentukan oleh ICU JPM berdasarkan kepada program Kampung Angkat MADANI (KAM).
Untuk Keterangan Lanjut: Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7800 7895
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
35
BENGKEL PEMANTAPAN PERNIAGAAN KOPERASI KARIAH MASJID
Bengkel Perniagaan Koperasi Kariah Masjid (KKM) dianjurkan oleh ANGKASA dengan objektif utamanya untuk : • Memantapkan pengetahuan Pemantapan dan kemahiran koperator dalam pengurusan serta pengendalian perniagaan koperasi. • Memberi pendedahan mengenai strategi pemasaran, kewangan dan tadbir urus yang efektif untuk meningkatkan daya saing KKM. • Menggalakkan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara KKM yang berjaya. • Meningkatkan keupayaan KKM dalam menjana pendapatan serta mengukuhkan ekonomi komuniti masjid. • Merangka inisiatif perniagaan berasaskan kerjasama dan inovasi bagi memastikan kelestarian operasi koperasi.
Sebarang maklumat mengenai bengkel dan penyertaan, hubungi : Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, 03-78849213 kariahmasjid.angkasa@gmail.com
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
36
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68 Page 69 Page 70 Page 71 Page 72 Page 73 Page 74 Page 75 Page 76 Page 77 Page 78 Page 79 Page 80 Page 81 Page 82Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online