Buku Transformasi ANGKASA - 2026

ANGKASA : TINGKATKAN KUALITI PENGURUSAN KOPERASI ANGKASA merangka pelbagai pendekatan strategik yang menyasarkan kepada kepentingan tadbir urus baik koperasi. Objektif utamanya adalah untuk memastikan halatuju pengurusan koperasi sentiasa berada di landasan yang tepat selain menepati matlamat seperti yang telah dirancang.

Sejajar dengan fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, pembentukan dan pelaksanaan pelan strategik yang bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan perniagaan koperasi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) kini giat digerakkan. Antaranya memastikan pelaksanaan 11 Fokus Gerakan dan 7 Fokus ANGKASA yang terkandung dalam Rancangan ANGKASA 2026 - 2030 dapat direalisasikan dengan berkesan sekali gus berjaya mencapai sasaran objektifnya. Selain itu, pelbagai inisiatif dan kerjasama yang dijalankan hasil komitmen bersepadu ANGKASA bersama agensi kerajaan serta swasta diharap bukan sahaja dapat meningkatkan lagi standard perniagaan koperasi, malah tadbir urus berkesan yang dijalankan akan dapat membantu melancarkan lagi pelaksanaan operasi sekali gus mencapai sasaran objektif. ANGKASA melalui perkhidmatan yang disediakan ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat dan imej gerakan koperasi. Sokongan daripada semua pihak dalam menjayakan agenda pemerkasaan koperasi amat dialu-alukan demi kelestarian koperasi dan manfaat untuk anggota serta masyarakat. Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Naib Presiden ANGKASA

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

15

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online