Bahagian Antarabangsa (BA) ANGKASA berfungsi sebagai gerbang utama gerakan koperasi Malaysia ke persada global dengan mandat strategik untuk meningkatkan imej gerakan koperasi Malaysia ke peringkat antarabangsa, membina kapasiti kepimpinan koperasi yang glokal dan mewujudkan jaringan antarabangsa. PERANAN BAHAGIAN ANTARABANGSA ANGKASA MEMPERKASA GERAKAN KOPERASI NASIONAL
Bahagian ini beroperasi melalui tiga seksyen utama iaitu : 1. Seksyen Perhubungan Antarabangsa (SPA) yang menyelaras komunikasi dan penganjuran program antarabangsa dengan pihak ICA dan organisasi antarabangsa. 2. Seksyen Malaysian Business Office (MBO) yang bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Perniagaan & Perdagangan ICA-Asia Pasifik untuk fasilitasi kerjasama perdagangan antara koperasi di rantau tersebut dan promosi model-model koperasi Malaysia di peringkat antarabangsa. 3. Seksyen Pembangunan Perniagaan Antarabangsa & ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang berperanan sebagai Sekretariat Tetap ACO yang menjadi platform strategik koperasi kepada pembangunan dan advokasi gerakan koperasi di peringkat ASEAN.
20 Transformasi ANGKASA
PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online