Melalui sinergi ketiga-tiga seksyen ini, bahagian ini menyediakan perkhidmatan yang komprehensif kepada gerakan koperasi Malaysia dalam memudah cara usaha sama rentas sempadan di antara gerakan koperasi tempatan dan koperasi- koperasi di seluruh dunia. Perkhidmatan yang disediakan oleh BA termasuklah penyelarasan lawatan penanda aras (benchmarking visit) ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia, menyediakan platform dan jaringan strategik bagi tujuan promosi produk serta perkhidmatan koperasi ke peringkat antarabangsa. BA juga menyediakan program- program pembangunan kapasiti dengan kerjasama rakan strategik antarabangsa yang khusus dirangka untuk koperasi ahli ANGKASA yang melibatkan pemindahan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan teknologi serta menggalakkan pembangunan modal insan dalam kalangan anggota perintis koperasi. Selain itu, bahagian ini juga menawarkan khidmat nasihat kepakaran dan perundingan dalam aspek perancangan serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
Bahagian Antarabangsa Suite 307, Blok A
Glomac Business Centre Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor +603 – 7884 6736 (Setiausaha) international@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
21
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online