Buku Transformasi ANGKASA - 2026

DALAM MEMPERKASA GERAKAN KOPERASI NASIONAL PERANAN DAN PERKHIDMATAN MALAYSIAN BUSINESS OFFICE (MBO)

Penubuhan Malaysian Busi- ness Office (MBO) pada tahun 2013 merupakan satu penca- paian penting dalam mem- perkukuh agenda perdagan-

gan koperasi di rantau Asia Pasifik. Penubuhan MBO bermula dengan kelulusan yang diperoleh semasa Perhimpunan Serantau ICA-AP di Kobe, Jepun pada tahun 2012. MBO diwujudkan sebagai pusat penyelarasan dan pelaksanaan aktiviti di per - ingkat Asia Pasifik yang berperanan untuk menggerakkan inisiatif perdagangan dan perniagaan koperasi. Dengan penglibatan aktif daripada All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC), Japanese Consumers’ Co-opera - tive Union (JCCU), National Agricultural Cooperative Federation (NACF) Korea dan ANGKASA Malaysia, MBO berkembang sebagai hab yang aktif dalam menganjur- kan misi perdagangan, bengkel, pameran, ekspo produk dan perkhidmatan koper- asi dan dialog perniagaan koperasi. Sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan (Trade and Business Committee) ICA-AP, MBO masih lagi dipertanggungjawabkan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara koperasi, menyelaras pelbagai program pembangunan perniagaan, serta memperluas peluang pasaran di peringkat ser- antau. Mandat ini juga menjadikan MBO sebagai pemangkin kepada perkongsian pengetahuan, inovasi dan kolaborasi strategik antara koperasi, seiring dengan us -

aha meletakkan gerakan koperasi sebagai pemacu utama dalam pembangunan ekonomi dan perdagangan berteraskan perniagaan koperasi di rantau Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut mengenai perkh- idmatan ini, sila hubungi Pejabat Sekretari- at MBO di: mboicaap@gmail.com . 22 Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

Bahagian Antarabangsa Angkasa Suite 307, Blok A Glomac Business Centre Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor +603 – 7803 0109 / +603 – 7884 6736 (Setiausaha) international@angkasa.coop mboicaap@gmail.com

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online