Buku Transformasi ANGKASA - 2026

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH ASEAN CO-OPERATIVE ORGANIZATION (ACO) KEPADA GERAKAN KOPERASI MALAYSIA

ASEAN Co-operative Organization (ACO) yang ditubuhkan melalui deklarasi bersa - ma gerakan koperasi ASEAN pada Disember 1977 berfungsi sebagai badan penyatu dan platform strategik utama bagi gerakan koperasi di rantau ASEAN. ACO mewaki - li suara kolektif 347,599 buah koperasi dengan 66.6 juta anggota di seluruh negara anggota ASEAN. Peranan utamanya adalah untuk melaksanakan gerak kerja advokasi di pering - kat serantau bagi memastikan sektor koperasi diiktiraf secara rasmi sebagai pemacu utama ‘ekonomi kemanusiaan’ yang inklusif. ACO juga berperanan untuk menye - laras kerjasama di antara badan puncak, agensi dan kementerian berkaitan koper- asi di ASEAN melalui perkongsian data dan amalan terbaik serta memperjuangkan agenda pembangunan koperasi dalam kerangka kerja Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Bagi menyokong pembangunan koperasi secara langsung, Pejabat Sekretari- at ACO menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan teknikal. Ini termasuk menyelaras sesi padanan perniagaan (business matching) melalui pelbagai pro- gram lawatan penanda aras (benchmarking visit) bagi koperasi-koperasi Malaysia ke negara-negara ASEAN, Timor Leste, dan negara-negara Oceania.

ACO juga berperanan memudah cara kerjasama strategik dan usaha sama (joint ventures) antara koperasi Malaysia dengan koperasi di rantau ini. Selain itu, ACO giat membantu dalam latihan dan pemban- gunan kapasiti dengan menghubungkan ANGKASA serta koperasi serantau dengan pelbagai institusi pendidikan di rantau ASEAN. Perkara ini mampu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik ACO seperti ANGKASA-UMK Research Academy (AURA-UMK) dan Polytechnic University of Philippines (PUP Philippines). Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi Pejabat Sekretariat ACO melalui E-mel : secretaria - toffice.aco@gmail.com

Bahagian Antarabangsa Angkasa Suite 307, Blok A Glomac Business Centre Jalan SS6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor +603 – 7803 0109 / +603 – 7884 6736 (Setiausaha) international@angkasa.coop secretariatoffice.aco@gmail.com

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

23

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online