Buku Transformasi ANGKASA - 2026

ANGKASA : TINGKATKAN SINERGI PEMBANGUNAN KOPERASI ANGKASA sentiasa berusaha untuk meningkatkan sinergi pembangunan koperasi menerusi kepelbagaian aktiviti dan sokongan melibatkan pelbagai jenis gerak kerja. Menerusinya, strategi dan pelan tindakan komprehensif dilaksana bersesuaian dengan keperluan semasa dan sentiasa ditambah nilai dari semasa ke semasa.

Peranan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA sentiasa konsisten dalam membantu koperasi untuk menelusuri perjalanannya secara profesional dan terjamin. Menerusi program pembangunan yang dilaksanakan, ANGKASA boleh membantu dalam mengumpulkan data, mengenal tahap kebolehpasaran dan menilai keupayaan anggota. Selain itu, kepimpinan koperasi juga masih mempunyai ruang bagi melakukan perubahan signifikan berasaskan keperluan dan kemampuan seperti : Transformasi yang digerakkan bagi membentuk kecemerlangan koperasi secara tidak langsung dapat mengangkat budaya berkoperasi. Kita juga berharap agar usaha yang dijalankan secara berjemaah ini boleh menyumbang kepada kelestarian dan kecemerlangan sosioekonomi anggota serta masyarakat.  Menggubal prosedur bagi mengelak berlakunya kesilapan dan tata kelola.  Mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan yang sesuai.  Membudayakan elemen keusahawanan dalam koperasi.  Meningkatkan kebertanggungjawaban selaras dengan peruntukan dan perundangan koperasi.

Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 29

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online