Buku Transformasi ANGKASA - 2026

PELUANG PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI

Perniagaan dobi layan diri boleh dijadikan sebagai antara aktiviti ekonomi terbaik bagi menjana perolehan baharu koperasi. Pengurusan perniagaan yang dijalankan secara kerjasama dengan ANGKASA bukan sahaja mudah, malah penyelenggaraannya akan diuruskan sepenuhnya oleh agensi yang telah dilantik iaitu CleanPro Express Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang menjalankan perniagaan francais dobi layan diri. Terdapat beberapa koperasi sekolah dan koperasi masjid telah menjalankan kedai dobi layan diri melalui kerjasama ini. Selain dilengkapi dengan kemudahan sistem pembayaran secara Paywave, CleanPro Express Sdn. Bhd. juga memiliki reputasi yang sangat baik dan berpengalaman selama lebih 11 tahun dalam perniagaan dobi layan diri serta mempunyai cawangan perniagaan di Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Untuk keterangan lanjut, hubungi : Bahagian Pendidikan dan Perniagaan, Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA. Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

37

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online