Buku Transformasi ANGKASA - 2026

ANGKASA : Memperkasakan Rantaian Ekosistem Kredit Koperasi ANGKASA telah mempertingkatkan fungsi kepelbagaian ekosistem kredit koperasi dalam satu rantaian sejajar dengan matlamat untuk lebih kompetitif selain meningkatkan tahap kebolehpasaran sektor kewangan koperasi kepada seluruh anggotanya. Usaha tersebut dijalankan sebagai langkah untuk merealisasikan ekosistem kewangan yang lebih realistik dan konsisten seiring dengan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia selain memelihara kepentingan koperasi ahli.

Persaingan ekonomi dan pasaran kewangan yang tidak menentu juga ditangani oleh ANGKASA secara lebih cekap dan berkesan. Semuanya demi mengekalkan kelestarian ekonomi koperasi agar terus rasional dan mampu memberikan daya saing yang lebih seimbang di pasaran. Justeru, ANGKASA dengan sokongan kerajaan dan pelbagai agensi berkaitan bersama-sama menggerakkan pelbagai inisiatif ekonomi sebagai langkah untuk terus menggiatkan ekonomi koperasi.

Penawaran pakej-pakej yang menarik diharap dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada koperasi dapat sekali gus merancak dan memperkasakan lagi rantaian ekosistem kredit koperasi di Malaysia. Pastinya, manfaat tersebut juga akan dapat dikongsi dan dinikmati oleh seluruh anggota koperasi.

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Naib Presiden ANGKASA

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

38

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online