Buku Transformasi ANGKASA - 2026

ANGKASA : PERKASA EKONOMI KOPERASI MELALUI SOKONGAN PERNIAGAAN ANGKASA terus komited dalam usaha untuk menjayakan program perniagaan di bawah Kumpulan Perniagaan Koperasi bagi membantu meningkatkan impak sosioekonomi koperasi dan anggotanya.

Usaha yang digerakkan melalui pelbagai bidang perniagaan terutamanya yang berimpak tinggi adalah bagi membentuk satu asas kekuatan dan rantaian nilai yang lebih konsisten sebelum dikongsikan bersama koperasi. Penerokaan bidang ekonomi baharu yang dikembangkan oleh ANGKASA secara bertahap sebenarnya akan melalui proses penilaian secara rapi terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada koperasi yang berminat menerusi peluang kerjasama. Semua aspek penilaian yang dibuat adalah penting supaya pelaburan yang dibuat oleh koperasi akan lebih terancang dan terjamin selain memastikan penyertaan tersebut dapat membantu perniagaan koperasi berdaya saing di pasaran. Proses untuk membina kekuatan dan memastikan kelestarian dalam sesebuah perniagaan bukan sahaja memerlukan kekuatan ilmu, semangat dan kesungguhan, malah, seluruh anggota koperasi perlu bersama-sama memberikan sokongan selaras dengan falsafah serta prinsip dalam koperasi itu sendiri. Justeru, kita amat berharap agar sokongan terhadap perniagaan yang dikembangkan oleh ANGKASA dapat menjadi wadah terbaik bagi memperkasakan ekonomi koperasi serta anggotanya.

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Timbalan Presiden ANGKASA

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 47

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online