Buku Transformasi ANGKASA - 2026

ANGKASA : CAKNA TADBIR URUS BAIK DAN KEMASLAHATAN KOPERASI Usaha untuk memastikan tadbir urus baik yang lebih terurus dan cekap bukan sahaja memerlukan semangat dan cakna yang lebih tinggi oleh kepimpinan koperasi semata-mata, malah semua pihak termasuk agensi kerajaan serta swasta perlu bersama-sama saling melengkapi menerusi pemantauan dan juga sokongan. ANGKASA melihat situasi tersebut sebagai satu tanggungjawab yang sangat penting demi kemaslahatan koperasi. Justeru, pelbagai jenis perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan tadbir urus baik koperasi telah dibangun dan diimplementasikan oleh ANGKASA. Semuanya demi memastikan koperasi mendapat menikmati semua kemudahan perkhidmatan sejajar dengan visi dan misi koperasi.

Antara yang diberi tumpuan adalah dengan menggerakkan usaha melestarikan prinsip dan kelangsungan koperasi khususnya dalam aspek kewangan dan kemanusiaan. Selain itu, pelbagai aktiviti dan program pemerkasaan serta tatakelola koperasi juga diatur dan dilaksanakan oleh ANGKASA dengan sokongan pelbagai agensi. Semuanya adalah demi merealisasikan prinsip yang dijunjung selain memberikan kemudahan, kesedaran, pendidikan dan keistimewaan selaras dengan visi dan misi yang dibawa. Kerjasama berpasukan akan terus dipertingkatkan selaras dengan keperluan dan permintaan semasa. Setiap anggota koperasi juga perlulah saling memahami dan bersama-sama memainkan peranan membantu koperasi menjayakan agenda pembangunan mampan sekali gus membina masa depan sosioekonomi yang lebih baik, terjamin dan inklusif.

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

73

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online