Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

PRAKATA Sebagai sebuah badan Puncak pergerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA menyediakan pelbagai perkhidmatan yang relevan untuk koperasi. Semua inisiatif yang dilaksanakan adalah bagi memastikan perjalanan koperasi sentiasa berada pada landasan yang terbaik. Impak yang disasarkan diharap bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi tadbir urus baik koperasi, malah berupaya memberi kesan lebih positif terhadap sosioekonomi anggota dan masyarakat.

Usaha bagi memastikan istiqomah dalam pengurusan koperasi sebenarnya memerlukan komitmen serta jatidiri tinggi daripada seluruh anggota. Justeru, perkhidmatan yang disalurkan melalui ANGKASA mencakupi pelbagai aspek selaras dengan keperluan semasa dan ANGKASA amat berharap agar koperasi mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan. ANGKASA juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas segala bentuk bantuan serta sokongan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia yang sentiasa bersama-sama ANGKASA membantu melestari dan membina masa depan koperasi yang lebih baik.

Semoga penerbitan edisi khas WADAH PELANCAR ini bermanfaat kepada semua dan boleh menjadi rujukan sekali gus membantu koperasi untuk memberi perkhidmatan sokongan yang lebih baik kepada anggota dan masyarakat.

‘BEKERJA BERSAMA-SAMA, DEMI MANFAAT BERSAMA”

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO)

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

3

TRANSFORMASI ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

3 6

Prakata Presiden

Sidang Pengarang ANGKASA – Fungsi dan Peranan 9 Misi dan Visi ANGKASA 10 Anjakan Pelan Tindakan 11 PESAN50 : Matlamat dan Harapan 12 15 Fokus Keutamaan PESAN50 14-15 Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan 16 Peranan Utama ANGKASA Negeri 17-18 Pejabat ANGKASA Negeri 19 13 Peranan ANGKASA Peringkat Antarabangsa ANGKASA : Penglibatan Peringkat Antarabangsa ANGKASA – Memperkukuhkan Sinergi Pembangunan dan kecemerlangan Koperasi 23 Faedah Menjadi Koperasi Anggota ANGKASA 24 Perkhidmatan Pematuhan Syariah 25 ANGKASA sebagai Wakil Amil Koperasi 26 Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA 27 Program Seminar Pencerahan (Penggunaan dan Kepentingan Kecerdasan Buatan) 28 Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) 20

Bengkel Digitalisasi Koperasi (Pembangunan Laman Web & Penggunaan Media Sosial) Student Leadership in Cooperative Enterprise (SLiCE) Cooperative Leadership Programme (CLP) Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Program SejaTi MADANI – Koperasi Luar Bandar Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA COOP ISTAC Kursus Pemantapan Jati Diri ARC (Perkhidmatan Perakaunan) ARC (Perkhidmatan Setiausaha Syarikat)

29

30 31 32 33

34

35 36 37 38

39 ARC (Perundingan e-Invoice) 40 ARC (Perkhidmatan Cukai) 41 ARC (ANGKASA Training) 42 ARC (ANGKASA Takaful) ANGKASA – Memperkasakan Rantaian Ekosistem Kredit Koperasi 45

Sistem Pelaporan Kredit ANGASA & Experian (SPeKAR) 4 Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

Isi kandungan 46 Maklumat Kredit Pemberi Pinjaman Bukan Bank (NLCI) 47 Sistem Tawarruq ANGKASA 48 Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) 49 Sistem e-Semakan SPGA 50 e-SPGA 51 Tabung Umrah ANGKASA 52 Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS) 53 TAKAFUL ANGKASA 54 Pakej Telco RedONE 55 KOPSYA (Keanggotaan) 56 KOSPYA (Perkhidmatan Dagangan Komoditi Tawarruq) ANGKASA – Arus Perdana Pembangunan Perniagaan Koperasi 59 Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 60 Program Peruncitan dan Pemborongan Barang Asas (BA100) 61 ANGKASAMart 62 COOPUMRAH 63 Tanjong Waterfront Harbour Cruise (TWHC) 64 Diskaun Istimewa untuk Warga Koperasi @ MAAR Langkawi 65 Pelan Pembangunan Ekosistem Industri Koko 66 MyANGKASA Dialisis (Kerjasama Perniagaan Bersama Koperasi) 67 MyANGKASA Dialisis (Perkhidmatan Rawatan Dialisis) 68 Program Pembangunan Produk (Rekabentuk Pembungkusan) 69 Program Pembangunan Produk (Pensijilan Halal) 70 Pemadanan / Rantaian Perniagaan Konsortium Koperasi 71 Rakan Niaga Premium Koperasi MAAB 72 MyVilla by MyANGKASA Bina ANGKASA – Prihatin Masyarakat 75 Pusat Jagaan Darul Sakinah 76 Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA 77 CoopCare ANGKASA 78 Yayasan Infaq ANGKASA 80 Kempen Pokok Angkat

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

5

Sidang Pengarang

Sadik, Amanah, Telus merupakan slogan yang menjadi teras kepada tadbir urus ANGKASA sebagai badan puncak pergerakan koperasi Malaysia. Amanah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui Warta Kerajaan pada 1996 perlu digalas sebaik mungkin bagi menjaga reputasi organisasi. Transformasi ANGKASA dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan kelestarian ANGKASA melaksanakan peranan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 8, Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Penerapan tadbir urus korporat yang berintegriti adalah penting memandangkan pemegang taruh koperasi adalah daripada pelbagai peringkat dan lapisan. Sistem penyeliaan dan kawalan rapi aktiviti organisasi dengan menggunakan pelbagai kaedah terkini, telah dilaksanakan secara tuntas. Tatanan ini akan menjadi model terbaik yang boleh dicontohi oleh koperasi anggota dalam menerapkan tadbir urus korporat terbaik koperasi. Pergerakan sosioekonomi dunia yang pantas dan kompleks perlu diadaptasi dengan cepat dan sistematik. Sumber daya manusia digembleng supaya sentiasa bersedia menerima perubahan drastik semasa. Pendekatan transformasi korporat ANGKASA tidak terkecuali.

Tuntutan untuk meningkatkan perolehan perlu diseimbangi dengan tuntutan Perkara 8 UUK, Garis Panduan dan Akta 502. Penyelarasan perlu sentiasa dibuat manakala seliaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan tadbir urus haruslah berlandaskan pematuhan integriti menyeluruh. ANGKASA kini berada pada landasan terbaik untuk mencipta kejayaan demi

kejayaan sama ada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sumbangan sektor koperasi kepada KDNK yang meningkat setiap tahun menggambarkan sektor koperasi adalah wadah terbaik pembangunan ekonomi berasaskan kesatuan manusia

Halim Haji Ibrahim Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal

Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya

Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi

Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir

Dicetak Oleh ROZFA GROUP SDN BHD (202101022034 (1422334W)) A-G-13, Jalan 16B, Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

6

ANGKASA FUNGSI DAN PERANAN

ANGKASA – Fungsi dan Peranan Sebagai sebuah badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mewakili pergerakan koperasi di negara ini, fungsi dan peranan ANGKASA begitu signifikan kepada pembangunan koperasi. Selaras dengan persetujuan Aspirasi Koperasi Malaysia (ASKOM), penyelarasan fungsi dan peranan tiga institusi utama iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA yang menerajui pembangunan koperasi telah ditetapkan. Dalam konteks pembangunan perniagaan koperasi, ANGKASA telah merangka dan memperkenalkan beberapa strategi pemerkasaan projek untuk meningkatkan keupayaan perniagaan koperasi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50). Projek Pemerkasaan Koperasi (CEP) dibahagikan kepada tiga model utama iaitu CEP1 iaitu projek yang diterokai dan diusahakan sendiri oleh ANGKASA sebelum dilibatkan koperasi untuk menyertainya. CEP2 memberi penekanan kepada meningkatkan kerjasama antara koperasi dalam perniagaan.

ANGKASA memainkan peranan sebagai pemudahcara dengan menubuhkan konsortium dan menyediakan model perniagaan untuk terlibat dalam perniagaan berskala besar dan berdaya saing tinggi. CEP3 pula meningkatkan perniagaan sesebuah koperasi dengan mempelbagaikan peluang perniagaan. Berdasarkan Statistik Keanggotaan ANGKASA yang diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga ANGKASA Bil. 10/2025 (Kewangan dan Perniagaan) pada 28 Mei 2025, sebanyak 11,619 buah koperasi telah berdaftar. Beberapa strategi telah dibangunkan untuk mencapai sasaran tersebut dan ANGKASA kini sedang bekerjasama dengan SKM untuk memastikan koperasi yang berdaftar pada tahun semasa mulai 2026 semuanya menjadi anggota ANGKASA.

Dr. Mohd Azlan Yahya Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Hubungan Strategik

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

8

PEMACU UNGGUL KELESTARIAN SOSIOEKONOMI GERAKAN KOPERASI

VISI MISI

ANGKASA komited untuk menjadi pemangkin kecemerlangan sosioekonomi gerakan koperasi ke arah globalisasi dengan: 1. Mempelopori dan memperkasakan jaringan serta rantaian nilai sektor ekonomi koperasi. 2. Membudayakan keusahawanan dalam koperasi. 3. Memperkukuhkan pengamalan tadbir urus berdasarkan jati diri koperasi. 4. Mentransformasikan landskap ekonomi koperasi selaras dengan perkembangan inovasi dan teknologi.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

9

ANJAKAN PELAN TINDAKAN

Anjakan Pelan Tindakan bagi pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA telah dibahagikan kepada 3 tahap jangka masa iaitu Pelan Jangka Pendek (2017- 2020), Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) dan Pelan Jangka Panjang (2031- 2050). ANGKASA kini telah melangkah kepada Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’. Pelan Strategik ini diperkukuh melalui Rancangan ANGKASA (2021-2030) dengan menggariskan Fokus Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap 5 tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap tonggak tercapai. ANGKASA juga telah mengenal pasti fokus keutamaan yang perlu dilaksanakan bawah Rancangan ANGKASA setiap 5 tahun bagi memastikan pelan tindakan yang disusun lebih komprehensif.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

10

Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) adalah inisiatif penting yang dirangka oleh ANGKASA untuk memajukan gerakan koperasi negara menjelang tahun 2050. PESAN50: MATLAMAT DAN HARAPAN

Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA

Sebagai badan puncak koperasi di Malaysia, ANGKASA memainkan peranan utama dalam memperkasakan pembangunan dan perniagaan koperasi supaya memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara. PESAN50 memberi fokus kepada beberapa teras strategik yang merangkumi pengukuhan ekosistem koperasi, peningkatan tadbir urus, pemerkasaan inovasi, pembangunan modal insan, pengembangan perniagaan serta pengukuhan jaringan kerjasama dalam negara hingga kepada peringkat antarabangsa. Salah satu matlamat utama dalam pelan ini adalah untuk menjadikan gerakan koperasi di Malaysia lebih berdaya saing, progresif dan inovatif di pentas global. Antara aspek terpenting yang ditekankan dalam PESAN50 adalah inovasi. ANGKASA berusaha memimpin gerakan koperasi melalui penyelidikan dan pembangunan inisiatif yang berinovasi tinggi. Kerjasama sesama koperasi serta kolaborasi dengan sektor swasta turut digalakkan untuk meningkatkan daya saing koperasi Malaysia. Melalui pelan ini, ANGKASA berhasrat untuk memperkenalkan teknologi dan pendekatan baharu yang mampu membawa gerakan koperasi di Malaysia kepada tahap yang lebih tinggi. PESANS0 juga adalah selaras dengan inspirasi beberapa dasar negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Dengan keserasian ini, ANGKASA berhasrat untuk memastikan gerakan koperasi negara bergerak seiring dengan matlamat pembangunan sosioekonomi negara, memberikan kesan positif kepada sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan ekonomi negara. ANGKASA juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan. Program latihan dan pembangunan kemahiran untuk anggota koperasi seluruh Malaysia adalah salah satu fokus utama dalam PESANS0. Menerusi pelaksanaan program ini, ANGKASA berhasrat untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam kalangan anggota koperasi agar mereka dapat bersama-sama menyumbang melalui koperasi. Berpandukan kepada inisiatif ini, ANGKASA berharap dapat membantu mengukuhkan peranan koperasi sebagai agen perubahan sosial dan ekonomi. ANGKASA juga bertekad untuk memastikan koperasi di Malaysia menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan profesional, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

11

PELAN STRATEGIK ANGKASA 2050 (PESAN50)

Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) mempunyai visi yang jelas iaitu menjadikan ANGKASA ‘Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi’ visi ini berteraskan empat (4) Tonggak Strategik utama iaitu Tonggak Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi. Bagi setiap tonggak, dua (2) Teras Strategik ditetapkan dengan memberi penekanan kepada Fokus ANGKASA (untuk memperkukuh infrastruktur organisasi ANGKASA) dan Fokus Gerakan (untuk melestarikan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA) Anjakan Pelan Tindakan bagi pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA telah dibahagikan kepada tiga (3) tahap jangka masa iaitu Pelan Jangka Pendek (2017- 2020), Pelan Jangka Sederhana (2021- 2030) dan Pelan Jangka Panjang (2031- 2050). ANGKASA kini telah melangkah ke Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’. Pelan Strategik ini diperkukuh melalui Rancangan ANGKASA (2021-2030) dengan menggariskan Fokus Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap lima (5) tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap tonggak dicapai.

VISI dan MISI

TONGGAK EKONOMI

TONGGAK EKOSISTEM TONGGAK TADBIR URUS

TONGGAK INOVASI

Melestarikan Sistem Pentadbiran, Keupayaan Sumber Manusia dan Keberkesanan Komunikasi ANGKASA yang Berinovasi dan Cekap Memacu Pewujudan Dasar serta Panduan Berkaitan Sumber Manusia, Pasaran, Modal, Undang-undang, Kemahiran Teknikal dan Teknologi bagi Memastikan Pembangunan Sosial, Ekonomi dan Budaya Masyarakat melalui Koperasi Kepercayaan dan Keyakinan Terhadap Gerakan Koperasi yang Kompeten, Progresif dan Profesional

Memperkukuh Rangka Kerja Tadbir Urus Korporat dan Perniagaan serta Pembangunan Modal Insan yang Kompeten Memantapkan Pembangunan Koperasi melalui Pemerkasaan Modal Insan, Rangka Kerja Tadbir Urus dan Perniagaan Warga Koperasi yang Berkaliber, Profesional dan Kompeten sebagai Penggerak Utama Aspirasi ANGKASA ke Arah Globalisasi

Gerakan Koperasi Progresif dan Berpotensi dengan Daya Saing Tinggi ke Arah Globalisasi

HASIL STRATEGI

Gerakan Koperasi sebagai Penyumbang Berkesan Kepada Ekonomi Negara

Merangsang Pembangunan dan Daya Saing Ekonomi Gerakan Koperasi Berdasarkan Ekonomi Kolaboratif bagi Mencapai Sasaran KDNK Negara

Memperkasakan Daya Saing Koperasi yang Berinovasi dan Progresif melalui Jalinan Simbolik Industri

TERAS STRATEGIK (FOKUS GERAKAN) TERAS STRATEGIK (FOKUS ANGKASA)

Membangunkan ANGKASA sebagai Pusat Kecemerlangan Melalui Inisiatif Penyelidikan dan Pembangunan

Membangunkan Apeks yang Berdaya Kewangan dan Mapan

2017-2020 Pelan Jangka Pendek

2031-2050 Pelan Jangka Panjang Tema: Koperasi Sebagai Gaya Hidup

2021-2030 Pelan Jangka Sederhana Tema: Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan

Tema: Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi

PELAN TINDAKAN

RANCANGAN ANGKASA (2026-2030)

RANCANGAN ANGKASA (2021-2025)

RANCANGAN ANGKASA (2017-2020)

RANCANGAN ANGKASA (2031-2050)

FOKUS KEUTAMAAN DAN PELAN TINDAKAN

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

12

Sektor peneraju sebagai Pemacu Perniagaan Koperasi.

Pembangunan Koperasi Bersasar

Penubuhan gabungan koperasi mengikut kegiatan ekonomi utama

2

3

1

4

5

6

Menyatu dan mewakili koperasi bagi meningkatkan sosioekonomi.

Membangunkan jaringan dan rantaian nilai perniagaan produk dan perkhidmatan koperasi.

ANGKASA sebagai Pusat Rujukan Kecemerlangan Perniagaan Koperasi yang berimpak tinggi.

15 FOKUS KEUTAMAAN PESAN50

Perluasan akses koperasi setara PKS.

Mengantarabangsakan gerakan koperasi

Undang-undang yang mesra koperasi.

8

9

7

10

11

12

Meningkatkan kefahaman dan pengalaman nilai dan prinsip koperasi.

Mendorong dan memastikan koperasi mendapat pengiktirafan dan pensijilan melalui badan-badan bertauliah serta Maqasid Syariah.

Pematuhan tadbir urus koperasi dan amalan integriti

13

14

15

Meningkatkan keyakinan masyarakat kepada kepimpinan koperasi yang berintegriti, berkaliber dan profesional.

Meningkatkan dan pemerkasaan daya saing perniagaan dan perkhidmatan koperasi dengan

Memacu keusahawanan / perusahaan koperasi berasaskan inovasi.

penggunaan teknologi selaras dengan revolusi industri 4.0

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

13

Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan

PRESIDEN

DATUK SERI DR. ABDUL FATTAH ABDULLAH

TIMBALAN PRESIDEN

DR. MOHD AZLAN YAHYA

NAIB PRESIDEN

NAIB PRESIDEN

NAIB PRESIDEN

NAIB PRESIDEN

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN

DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL

DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA

PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK

WAKIL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (KUSKOP)

WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)

AZIZUL ALIAS

EZLEEZAN OTHMAN

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

14

Nota : Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden akan dijemput hadir Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan secara mengikut giliran.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

15

ANGKASA mempunyai 16 buah Pejabat ANGKASA Negeri di seluruh negara yang disokong oleh Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) serta sejumlah kakitangan bagi menyalurkan maklumat, kemudahan serta akses secara lebih dekat kepada Koperasi Anggota ANGKASA.

1

2

Merancang dan melaksana aktiviti

Menjadi penghubung antara ANGKASA Pusat dan koperasi di negeri. Berperanan menyelaras maklumat, dasar dan program dari ANGKASA pusat kepada koperasi anggota di peringkat negeri.

pembangunan koperasi. Menyediakan perancangan strategik, latihan serta program pembangunan untuk memperkukuhkan gerakan koperasi di negeri masing- masing.

Peranan utama ANGKASA Negeri

Mewakili suara koperasi negeri di peringkat nasional. Mengangkat isu, cabaran dan keperluan koperasi negeri ke peringkat lebih tinggi melalui mesyuarat, forum dan saluran rasmi ANGKASA.

Menggalakkan penyertaan koperasi sebagai anggota ANGKASA.

Mempromosi faedah keanggotaan

ANGKASA dan memudah cara pendaftaran koperasi baharu menjadi sebahagian daripada gerakan koperasi di peringkat kebangsaan.

3

4

Seksyen Hal Ehwal Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN), Keanggotaan dan Pengurusan Mesyuarat, Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset, Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran,

INFO LANJUT, HUBUNGI:

Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7454 8255 keanggotaan.angkasa@gmail.com

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

16

PEJABAT ANGKASA NEGERI

SELANGOR Pejabat ANGKASA Negeri Selangor No.105 C, Block C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

PAHANG TIMUR Pejabat ANGKASA Negeri Pahang Timur B268 Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

03-7880 7270 jpn_selangor@angkasa.coop

09-513 0246 jpn_pahang1@angkasa.coop

JOHOR Pejabat ANGKASA Negeri Johor No. 19, Tingkat 4, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

TERENGGANU Pejabat ANGKASA Negeri Terengganu 1A, Tingkat 1, Wisma KOKITAB Kuala Nerus, Jalan Semarak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

09-666 8085 / 09-666 8062 jpn_terengganu@angkasa.coop

07-238 4457 jpn_johor@angkasa.coop

NEGERI SEMBILAN Pejabat ANGKASA Negeri Sembilan No. 21, Tingkat 1, Jalan PPP3, Pusat Perdagangan Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

KEDAH Pejabat ANGKASA Negeri Kedah No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

04-730 0378 jpn_kedah@angkasa.coop

06-761 3247 jpn_nsembilan@angkasa.coop

PAHANG BARAT Pejabat ANGKASA Negeri Pahang Barat P20, Tingkat 1, Bangunan ANGKASA, Taman Bentong Prima, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

SARAWAK Pejabat ANGKASA Negeri Sarawak Tingkat 2, Bangunan ANGKASA, Seksyen 65, KTLD, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

082-536 092 jpn_sarawak@angkasa.coop

09-223 4062 / 223 5062 jpn_pahang3@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

17

PEJABAT ANGKASA NEGERI

PULAU PINANG Pejabat ANGKASA Negeri Pulau Pinang No. 29-1 & 31-1, Jalan Dagangan 11, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

SABAH Pejabat ANGKASA Negeri Sabah Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jalan Pantai Sembulan, 88100 Kota Kinabalu Sabah.

04-575 2931 jpn_ppinang@angkasa.coop

088-250 277 (ext. 4590) jpn_sabah@angkasa.coop

KELANTAN Pejabat ANGKASA Negeri Kelantan Lot 321, Tingkat 1, Seksyen 12, Jalan Tok Guru, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

WILAYAH PERSEKUTUAN Pejabat ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan No.16, Jalan Lumut Off Jalan Ipoh, 50400 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

09-747 5472 jpn_kelantan@angkasa.coop

03-4043 1995 jpn_wp@angkasa.coop

PERLIS Pejabat ANGKASA Negeri Perlis No. 17 & 19, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah, Jalan Kangar – Alor Setar,01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan.

PAHANG TENGAH Pejabat ANGKASA Negeri Pahang Tengah No. 2, Tingkat 1, Jalan Pak Sako 2, Bandar Seri Semantan, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

09-296 5524 / 09-296 5525 jpn_pahang2@angkasa.coop

04-979 9004 jpn_perlis@angkasa.coop

MELAKA Pejabat ANGKASA Negeri Melaka No. 48-1, Jalan KF 4, Kota Fesyen,

PERAK Pejabat ANGKASA Negeri Perak No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2 Medan Meru Bestari (Zon 5), Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

06-234 4682 jpn_melaka@angkasa.coop

05-527 5589 jpn_perak@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

18

PERANAN ANGKASA PERINGKAT ANTARABANGSA

Sebagai badan apeks koperasi negara, ANGKASA giat memperkenalkan model koperasi Malaysia ke persada dunia. ANGKASA telah menjadi ahli kepada Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), iaitu pertubuhan tertinggi koperasi dunia sejak April 1972. Melalui penglibatan aktif dalam ICA dan ICA-Asia Pasifik (ICA-AP), ANGKASA bertindak sebagai suara koperasi Malaysia dalam pelbagai program dan aktiviti antarabangsa, termasuk membangkitkan isu-isu berkaitan pembangunan koperasi. ANGKASA turut memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama entiti koperasi antarabangsa untuk membolehkan koperasi di Malaysia mengakses pasaran baharu, teknologi moden dan amalan terbaik dunia. Kerjasama itu menyumbang kepada pembangunan kapasiti, inovasi dan daya saing koperasi negara.

Bahagian Antarabangsa

Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7884 6737 international@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

19

ANGKASA PENGLIBATAN PERINGKAT ANTARABANGSA

Presiden ANGKASA

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah  Naib Presiden, International Cooperative Alliance – Asia and Pacific (ICA-AP)  Pengerusi, ICA-AP Malaysia Business Office (MBO) Council  Pengerusi, ICA-AP Trade & Business Committee  Presiden, ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Timbalan Presiden ANGKASA

Naib Presiden ANGKASA

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan  Ahli Lembaga, Cooperative Housing International (CHI)  Wakil, ICA-AP Committee on Cooperative Research (ICCR)

Dr. Mohd Azlan Yahya  Bendahari, ASEAN Co- operative Organization (ACO)

Naib Presiden ANGKASA

Naib Presiden ANGKASA

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa  Naib Pengerusi, ICA-AP Credit and Banking Committee  Wakil, International Cooperative Banking Association (ICBA)

Dato’ Haji Kamarudin Ismail  Ahli Lembaga, International Cooperative Alliance (ICA)  Naib Presiden, Consumer Co-operative Worldwide (CCW)

 Ahli Lembaga Eksekutif, International Cooperative Agriculture Organisation (ICAO)  Naib Pengerusi, ICA-AP Committee on Cooperatives in Educational Institution (ICEI)  Wakil, ICA-AP Trade & Business Committee  Setiausaha Agung, ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Naib Presiden ANGKASA

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik  Pemangku Pengerusi, ICA-AP Committee on Agriculture and Environment

 Naib Pengerusi, ICA-AP Committee on Consumer Cooperation  Wakil, ICA-AP Committee on Human Resources Development

20 Transformasi ANGKASA

PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

ANGKASA MEMPERKUKUHKAN SINERGI PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KOPERASI

ANGKASA - MEMPERKUKUHKAN SINERGI PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KOPERASI Sinergi pembangunan dan kecemerlangan koperasi merupakan elemen penting dalam memastikan koperasi berupaya meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan anggotanya. Sehubungan itu, ANGKASA telah mempelbagaikan program bagi memastikan kepimpinan koperasi tidak mengabaikannya. Berdasarkan kepada perhatian dan penekanan terhadap perkara ini, kepimpinan koperasi boleh melakukan transformasi terhadap pendekatan yang diamalkan. Antaranya adalah:

i. Meningkatkan kebertanggungjawaban selaras dengan peruntukan dalam perundangan koperasi; ii. Menggubal prosedur bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam tata kelola; iii. Mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan bagi memastikan peningkatan sosioekonomi anggotanya; dan iv. Membudayakan elemen keusahawanan dalam koperasi. Transformasi ini sesuai dengan usaha membentuk kecemerlangan koperasi. Apabila dilaksanakan secara berperingkat- peringkat, koperasi bukan sahaja boleh mengangkat ‘budaya berkoperasi’ malah juga mengetengahkan falsafah ‘Bekerja Bersama- sama Demi Manfaat Bersama’. Komitmen dan kesungguhan dalam mencapai misi dan visi koperasi juga akan semakin jelas dan berupaya menyumbang kepada kecemerlangan koperasi itu sendiri.

Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

22

ANGKASA telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai Badan Apeks Gerakan Koperasi Malaysia yang mewakili pergerakan koperasi di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada 23 Mei 1996. SUDAH BERDAFTAR SEBAGAI KOPERASI ANGGOTA ANGKASA?

Faedah Menjadi Koperasi Anggota ANGKASA

Meningkatkan jaringan kerjasama koperasi pada Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perniagaan dan pembangunan koperasi.

Menambahkan ilmu pengetahuan serta pengukuhan jati diri koperasi melalui usahasama dan penerangan. Berpeluang untuk memainkan peranan dalam penglibatan sebagai perwakilan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA.

Menyertai pelbagai program seperti aktiviti bengkel, seminar dan konvensyen.

Layari portal rasmi kami di www.angkasa.coop untuk mendaftar sebagai koperasi anggota atau bertemu dengan wakil kami. Maklumat lanjut sila hubungi 03-7800 7897 / 7841 keanggotaan.angkasa@gmail.com Atau hadir ke Pejabat ANGKASA Negeri yang terdekat.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

23

PERKHIDMATAN PEMATUHAN SYARIAH Koperasi boleh mendapatkan perkhidmatan Pematuhan Syariah sejajar dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Maqasid Syariah dalam tadbir urus koperasi. Selaras dengan ‘GP28: Garis Panduan Tadbir Urus Syariah’, koperasi yang mematuhi prinsip syariah mempunyai kelebihan seperti boleh meningkatkan

keyakinan anggota dan masyarakat. Perkhidmatan yang disediakan :

1.

2.

3.

Rundingan dan bimbingan

Sijil Pematuhan Syariah

Audit Pematuhan Syariah

Mengadakan perbincangan dan latihan serta semakan terhadap dokumentasi koperasi.

Memberikan pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah berdasarkan produk koperasi yang patuh syariah.

Audit syariah enam (6) bulan sekali dalam tempoh dua (2) tahun.

Gerak Kerja Pematuhan Syariah

Pembentangan di mesyuarat Jawatankuassa Syariah ANGKASA

Perbincanngan dan konsultansi

Semakan dan cadangan kemaskini

Audit Pematuhan Syariah

Permohonan

Fi Sijil Pematuhan Syariah ANGKASA BIL. KATEGORI

FI

1.

Permohonan Baharu

RM2,000.00 RM1,000.00

2.

Pembaharuan Sijil (setiap 2 tahun)

Seksyen Pematuhan Syariah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7884 6673 / 6718 / 6616 / 6614 syariahangkasa@gmail.com

SILA HUBUNGI KAMI DI :

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

24

ANGKASA SEBAGAI WAKIL AMIL KOPERASI

Koperasi adalah sebuah pertubuhan yang menjalankan pelbagai aktiviti bagi memenuhi keperluan anggota dan masyarakat. Aktiviti tersebut dijalankan dengan menggunakan dana daripada anggotanya dan sumber lain. Atas dasar ada pemilikan dan menjalankan pelbagai aktiviti berorientasikan pendapatan, koperasi mempunyai aset dan menepati syarat-syarat wajib zakat. Justeru, apabila perjalanan koperasi melewati satu tahun, koperasi wajib mengeluarkan zakat atas aset yang menepati syarat-syarat zakat. HARTA DIZAKATKAN Apa yang diniatkan untuk diperniagakan. Harta barang niaga bersih dari hutang perdagangan. Harta yang halal dan milik sempurna. Harta yang belum dizakatkan. Harta semasa bersih dan liabiliti operasi. Cukup haul dan melepasi nisab. ASAS PENILAIAN: Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori perniagaan sedia ada.

GERAK KERJA PERKHIDMATAN ZAKAT OLEH ANGKASA

Rundingan

Taksiran Zakat

Surat Rasmi Hasil Taksiran

Temujanji Kutipan Zakat Koperasi

Serahan Zakat

kepada Majlis Agama Islam Negeri

Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Zakat Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C, Glomac Business Centre, No. 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7884 6689 / 6675

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

25

SISTEM KIRAAN Undi Digital ANGKASA

KELEBIHAN KEPADA KOPERASI :

Sistem Kiraan Undi Digital ANGKASA adalah Sistem berkomputer yang dibangunkan oleh ANGKASA bertujuan untuk menguruskan proses pengiraan undi yang tepat dan cepat. Sangat bersesuaian digunakan bagi tujuan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Lembaga Pengarah sesebuah organisasi, pertubuhan dan NGO serta pemilihan perwakilan dalam skala besar untuk mesyuarat ataupun persidangan yang lebih besar. Sistem ini berfungsi dengan telus dan mampu mengelakkan kesulitan yang biasa terjadi dalam pengiraan undi manual.

Sistem ini sangat efektif digunakan bagi mengelak pembaziran masa untuk pengiraan undi dalam skala besar di samping menjamin ketepatan, akauntabiliti serta ketelusan pengiraan dengan tidak melibatkan bilangan tenaga kerja yang ramai. Kesilapan yang biasanya disebabkan oleh manusia seperti kelalaian, kecuaian, sikap memihak dan unsur-unsur penipuan lain semasa proses pengiraan undi dapat dielakkan . ANGKASA mengenakan caj sewaan berpatutan kepada koperasi yang berminat.

Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tingkat 4, Wisma Ungku A.Aziz Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan 03-7884 6517 btm@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

26

PROGRAM SEMINAR PENCERAHAN PENGGUNAAN DAN KEPENTINGAN KECERDASAN BUATAN (AI)

Program Kepentingan Penggunaan Artificial Intelligence Dalam Pengurusan dan Perniagaan Koperasi merupakan sebuah program yang diadakan kepada seluruh koperasi ahli ANGKASA bawah kelolaan Unit Digitalisasi. Seminar Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada koperasi khususnya Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurus Koperasi meningkatkan literasi digital dan adaptasi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) koperasi. Peserta akan didedahkan secara hands on tentang penggunaan teknologi AI bagi memudahkan mereka menjalankan tugasan berkaitan pengurusan dan aktiviti perniagaan dalam koperasi. Antara pengisian program melibatkan aspek asas digital seperti pengenalan kepada peralatan, sistem dan rangkaian secara asas dan bagaimana AI dapat membantu perniagaan koperasi. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan teknik penggunaan ChatGPT, Napkin dan Microsoft Co-Pilot.

Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tingkat 4, Wisma Ungku A.Aziz Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan 03-7884 6517 btm@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 27

PEMBANGUNAN LAMAN WEB & PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL Bengkel Digitalisasi Koperasi

Program Bengkel Digitalisasi Koperasi Pembangunan Laman Web dan Penggunaan Media Sosial merupakan antara inisiatif ANGKASA kepada anggota koperasi . Program yang dijalankan secara percuma ini dikembangkan selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) dan Dasar Digitalisasi Koperasi dalam teras utama yang memberi penekanan kepada manfaat Teknologi ICT bagi memacu kemajuan sosioekonomi sektor koperasi. Program ini memberi penekanan ke arah kemajuan koperasi ahli bagi mencipta imej global dan meningkatkan kefahaman untuk memanfaatkan kemudahan laman web. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi : 1. Tapak sesawang ( web hosting ). 2. Nama pautan ( sub domain ). 3. Perkhidmatan pembangunan laman web koperasi untuk kali pertama sahaja. 4. Khidmat bengkel dan latihan pembangunan serta pengemaskinian laman web koperasi. 5. Penyenaraian alamat (URL) laman web yang telah siap. Proses pengurusan dan kemaskini laman web akan diserahkan sepenuhnya kepada pentadbir yang dilantik (kakitangan) oleh koperasi setelah semua kriteria di atas dilaksanakan. Program ‘Bengkel Adaptasi Digital Sosial Media TikTok Koperasi’ pula merupakan

sebuah program yang diadakan kepada koperasi ahli ANGKASA. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada sosial media TikTok yang dapat membantu koperasi dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan koperasi serta menggalakkan penggunaannya dalam kalangan koperator.

Bahagian Teknologi Maklumat ANGKASA Tingkat 4, Wisma Ungku A.Aziz Jln SS6/1, 47301 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan 03-7884 6517 btm@angkasa.coop

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

28

STUDENT LEADERSHIP IN COOPERATIVE ENTERPRISE (SLiCE)

SLiCE merupakan Program Pembangunan Kepimpinan dan Keusahawanan Muda Koperasi yang dibangunkan khusus oleh ANGKASA untuk memberikan peluang kepada pelajar tahun akhir universiti di Malaysia menjalani latihan industri pada koperasi terpilih dan mempelajari secara langsung pengurusan dan pentadbiran serta

keusahawanan dan perniagaan koperasi. Program ini membolehkan pelajar mendapat Kemahiran pekerjaan sebenar bagi mempertingkatkan kebolehpasaran mereka.

Seksyen Kecemerlangan Koperasi Pusat Kecemerlangan ANGKASA Kumpulan Hubungan Strategik Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Puan Safinah Saufi (011-10525752) Encik Md Shukri Hussain (012-3991282) KELEBIHAN PROGRAM * Elaun disediakan. * Lokasi boleh ditentukan pelajar. * Program berteraskan modul dan projek. * Pengiktirafan pensijilan daripada badan bertauliah. * Persekitaran yang kondusif. * Potensi penawaran pekerjaan.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 29

COOPERATIVE LEADERSHIP PROGRAMME (CLP)

Cooperative Leadership Programme (CLP) adalah satu inisiaif yang dirangka oleh ANGKASA bagi memperkukuh kepakaran peserta dalam bidang pengurusan projek kepimpinan, keusahawan, inovasi agrobisnes dan pengurusan koperasi. Sepanjang program, peserta akan mengikuti sesi pembelajaran bersama pakar, lawatan ke tapak koperasi serta perbincangan bersama pemimpin dari Malaysia dan antarabangsa. Program yang ditawarkan: Bil. Institusi Latihan / Universiti Fokus Program Lawatan Industri 1. Universiti Utara Malaysia Pengurusan Projek Selatan Thailand

(koperasi-koperasi berjaya, teknologi/ inovasi baharu, universiti, pusat-pusat perniagaan) Batam (Pemadanan perniagaan, promosi produk, pusat-pusat perniagaan, dll) Bogor (koperasi-koperasi berjaya, teknologi/ inovasi baharu, universiti, pusat-pusat perniagaan)

2.

Universiti Teknologi Malaysia

Perniagaan

3.

Universiti Pertanian Bogor

Kepimpinan dan Teknologi Pertanian

Dalam Negara (fizikal/online) Dalam Negara (fizikal/online)

4.

Universiti Malaysia Kelantan

Keusahawanan

5.

Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA- UKM)

Siri Syarahan/ Webinar/ Roundtable Discussion

Objektif Aktiviti: * Memperkasakan pemimpin koperasi Malaysia dengan kemahiran keusahawanan dan strategik yang disesuaikan dengan cabaran tempatan, memupuk modal perniagaan yang inovatif dan berdaya tahan yang menyokong pertumbuhan sosioekonomi Malaysia dan matlamat pemerkasaan komuniti. * Membentuk pemimpin koperasi Malaysia dengan kemahiran kritikal dalam pengurusan kewangan, analisis risiko dan integrasi digital, menyelaraskan koperasi dengan misi nasional untuk meningkatkan kemampanan dan daya saing sektor.

Seksyen Kecemerlangan Koperasi Pusat Kecemerlangan ANGKASA Kumpulan Hubungan Strategik Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Puan Safinah Saufi (011-10525752) Encik Md Shukri Hussain (012-3991282)

* Membina

hubungan dalam kalangan pemimpin koperasi Malaysia dan pakar industri antarabangsa dan serantau di samping mewujudkan rangkaian yang menyokong kemajuan koperasi dan keterangkuman ekonomi dalam komuniti luar bandar dan bandar. baik

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

30

Program Pelancongan Koperasi Sekolah yang dikenali sebagai COOP ISTAC bertujuan untuk memberi peluang kepada murid belajar merancang, mengurus dan melaksanakan projek pelancongan khususnya dalam aspek keusahawanan koperasi dengan sokongan dan galakan daripada Pengetua, guru koperasi dan ibu bapa serta bimbingan dan latihan ANGKASA. Menerusinya, murid dapat mengetahui perancangan sesuatu program melalui penyediaan kertas kerja, pengurusan kewangan program, perancangan pelan tugas serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, pengalaman langsung menerusi kerja-kerja mengurus dan melaksanakan program juga dapat membantu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan. KONSEP HOS DAN TAMU HOS akan bertindak sebagai tuan rumah atau penyedia pakej kepada TAMU atau pelanggan. PERANCANG + PENYELARAS + PENGANJUR + PELAKSANA = PROJEK ISTAC Transformasi ANGKASA

Seksyen Pendidikan dan Pemulihan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com

31

PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

Bahagian dan pemulihan ANGKASA menawarkan kursus yang bersesuaian Pendidikan KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI Kursus yang ditawarkan : UKS 1 (Guru) Pemantapan Jati Diri dan Transfor- masi Perniagaan Koperasi Sekolah.

mengikut keperluan semasa dan kepentingannya memperkasakan jati diri koperasi dalam aktiviti perniagaan koperasi sekolah, IPT dan belia. Kos pelaksanaan ditanggung sepenuhnya oleh ANGKASA (Terhad kepada maksimum penyertaan seramai 35 orang). Penganjur juga boleh mencadangkan tarikh dan tempat kursus dan permohonan perlulah dikemukakan selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh kursus dijalankan. Seksyen Pendidikan dan Pemulhan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Seksyen Pendidikan dan Pemulhan ANGKASA Kumpulan Pembangunan Koperasi Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com

UKS 2 (Murid Pemantapan Jati Diri, Keusaha - wanan dan Kepimpinan Koperasi Sekolah. UKS 3 (Murid) HOS: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi Sekolah. UKS 4 (Murid) TAMU: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi.

Pemantapan Jati Diri dan Transfor- masi Perniagaan Koperasi IPT dan Belia. HOS: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi. TAMU: Pemantapan Jatidiri Dalam Pelancongan Koperasi.

KIPT 1

KIPT 2

KIPT 3

NOTA: Penganjur dikehendaki mendahulukan segala perbelanjaan berkaitan dan mengemukakan tuntutan perbelanjaan ke Bahagian Pendidikan ANGKASA dengan menggunakan Borang KEW:1/6/08 (9/08) Pind. 09/23.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

32

Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS)

ANGKASA Pendidikan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) sebagai bentuk pengiktirafan kepada koperasi sekolah terbaik peringkat negeri dan kebangsaan. melalui Bahagian Anugerah tersebut merupakan acara penting dalam usaha ANGKASA mengiktiraf gerakan koperasi sekolah, melibatkan penyertaan pelajar dan guru yang mewakili koperasi sekolah seluruh negara. Antaranya adalah ‘Anugerah Ikon Muda Koperator Sekolah’ yang diberikan kepada koperator (pelajar) yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam aktiviti koperasi sekolah. AKKS bukan sekadar sebuah majlis penghargaan, malah juga satu inisiatif penting untuk melahirkan generasi koperasi yang kreatif, inovatif dan berdikari. Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah juga menjadi antara pengisian AKKS bagi koperasi sekolah seluruh negara mempamerkan kreativiti, inovasi dan semangat keusahawanan dalam menghasilkan produk kreatif yang berdaya saing.

Seksyen Pendidikan Bahagian Pendidikan dan Pemullihan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-78846606 / 6607 edu.angkasa@gmail.com

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

33

PROGRAM SEJATI MADANI - KOPERASI LUAR BANDAR

Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang berada bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah menyediakan peruntukan geran sehingga RM100 ribu untuk membangunkan perniagaan koperasi luar bandar. Koperasi yang terpilih diberi kebebasan untuk bermusyawarah dan memutuskan sektor tumpuan pilihan mereka, manakala ANGKASA akan menguruskan pembangunan projek tersebut di samping menjalankan tugas-tugas pemantauan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Tawaran kepada koperasi untuk Program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar akan ditentukan oleh ICU JPM berdasarkan kepada program Kampung Angkat MADANI (KAM).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA

Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7800 7895

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

34

PERPUSTAKAAN KOPERASI MALAYSIA ANGKASA

Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA merupakan salah satu perkhidmatan sokongan penting yang disediakan oleh ANGKASA kepada warga kerja, para penyelidik dan anggota koperasi di seluruh negara serta masyarakat umum. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan : • Perkhidmatan Rujukan – menyediakan bahan rujukan dan maklumat mengenai koperasi dan yang berkaitan; • Perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan bahan rujukan; • Perkhidmatan Antara Perpustakaan (Sistem Pembekalan Penerbitan) – peminjaman bahan daripada perpustakaan lain melalui Perpustakaan Koperasi Malaysia ANGKASA; • Akses Perpustakaan Digital – Akses dalam talian kepada bahan bacaan terbitan ANGKASA; • Komputer untuk membuat carian bahan bacaan yang diperlukan; • Ruang bacaan yang selesa dan kondusif serta ruang berinternet (melalui wifi) untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.

Portal Perpustakaan boleh dilawati di sesawang berikut : https://sola.my/angkasalibrary Waktu Perkhidmatan : Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 5.00 petang Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) Sehingga Mei 2025, perpustakaan mempunyai bahan bacaan dan rujukan terkumpul sejumlah 16,069 bahan dan 1,034 bahan rujukan digital. Antara yang tersedia termasuklah Koleksi Monograf, Koleksi Rujukan Digital, Buku Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan Mesyuarat Agung Negeri, Koleksi Terbitan Bersiri, Koleksi Kertas Persidangan International Cooperative Alliance (ICA) di peringkat Asia Pasifik dan Global, Kertas Kerja Seminar, Koleksi Laporan Tahunan dan Undang- undang Kecil Koperasi serta buku-buku ilmiah dan rujukan.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

35

Muzium Koperasi Malaysia ANGKASA yang bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor merupakan satu-satunya muzium koperasi yang terdapat dalam negara. Sehingga Disember 2024, sebanyak 1,023 dokumen dan artifak terkumpul dipulihara demi kelestarian sejarah gerakan koperasi negara. Segmen bersejarah yang menarik untuk dilawati antaranya : • Sejarah Gerakan Koperasi Dunia. • Cetusan koperasi Tanah Melayu. • Kronologi Gerakan Koperasi. • Kementerian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia. • Penubuhan ANGKASA. • Kepimpinan ANGKASA. • Pak Ungku Wira Koperasi Negara. • Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA. • Baju Batik Rasmi ANGKASA. • Majalah PELANCAR. • Sejarah Awal Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia. • Biro Perkhidmatan ANGKASA. • Dokumen Koperasi. • Petanq Sukan Rasmi ANGKASA • Artifak dan Peralatan Koperasi • Pameran Bertema. MUZIUM KOPERASI MALAYSIA ANGKASA

WAKTU LAWATAN : I snin – Khamis :

9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat :

9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari 2.30 petang hingga 5.00 petang (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

36

PERKHIDMATAN CUKAI ANGKASA RESOURCES & CONSULTANCY SDN BHD (ARC) PERKHIDMATAN CUKAI ANGKASA Resources & Consultancy Sdn. Bhd. (ARC) Menyediakan perkhidmatan rundingan cukai dan pematuhan mengikut keperluan pelanggan.

ANGKASA Resources & Consultancy Sdn. Bhd. No. Pendaftaran: 201801041546 (1303578-M) Suite C504, Blok C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Dengan pengalaman yang dimiliki dalam pengurusan cukai koperasi dan anak syarikat koperasi, ARC menawarkan perkhidmatan seperti berikut :- Menyediakan perkhidmatan cukai dan pematuhan mengikut keperluan pelanggan.

Pematuhan Cukai: Berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki dalam pengurusan cukai koperasi dan anak syarikat koperasi, ARC menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

Penyediaan Borang EA dan Penghantaran Borang E Penyediaan Borang EA dan Penghantaran Borang E PEMATUHAN CUKAI

Penyediaan Pengiraan Cukai dan Penghantaran Borang - C1 Penyediaan Pengiraan Cukai dan Penghantaran Borang - C1

Penyediaan dan Penghantaran Anggaran Cukai - CP204 Penyediaan dan Penghantaran Anggaran Cukai - CP204

Pengiraan Perubahan Anggaran - CP204A

Pengiraan Perubahan Anggaran - CP204A

Perundingan Cukai:

PERUNDINGAN CUKAI

Khidmat Nasihat dalam Pertikaian Cukai Khidmat Nasihat dan Pertikaian Cukai

Rayuan Cukai dan Rayuan Cukai dan Tuntutan Bayaran Balik Tuntutan Bayaran Balik

Khidmat Nasihat kepada Khidmat Nasihat kepada Penemuan Audit LHDN Penemuan Audit LHDN

Taklimat Percukaian Taklimat Percukaian

Perancangan Cukai

Perancangan Cukai

Latihan Percukaian/Bengkel Cukai: LATIHAN PERCUKAIAN / BENGKEL CUKAI

Penyediaan dan Pengisian Borang CP204 Penyediaan dan Pengisian Borang CP204

Pengenalan dan Pematuhan Cukai Koperasi

Pengiraan Cukai Koperasi Pengisian Borang C1

Pengiraan lain-lain yang berkaitan Pengiraan lain-lain yang berlkaitan

Pengenalan dan Pematuhan Cukai Koperasi

Pengiraan Cukai Koperasi dan Pengisian Borang C1

Pengiraan Elaun Modal Pengiraan Elaun Modal

Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan cukai, boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu (En Rahman: 012 354 6028) atau (En Syakir: 019 668 1129). Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan cukai, boleh menghubungi pegawai bertugas : 019-333 3691 (Encik Rahman) atau 019-668 1129 (Encik Syakir).

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI 37

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68 Page 69 Page 70 Page 71 Page 72 Page 73 Page 74 Page 75 Page 76 Page 77 Page 78 Page 79 Page 80 Page 81 Page 82

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease