Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

ANJAKAN PELAN TINDAKAN

Anjakan Pelan Tindakan bagi pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA telah dibahagikan kepada 3 tahap jangka masa iaitu Pelan Jangka Pendek (2017- 2020), Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) dan Pelan Jangka Panjang (2031- 2050). ANGKASA kini telah melangkah kepada Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’. Pelan Strategik ini diperkukuh melalui Rancangan ANGKASA (2021-2030) dengan menggariskan Fokus Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap 5 tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap tonggak tercapai. ANGKASA juga telah mengenal pasti fokus keutamaan yang perlu dilaksanakan bawah Rancangan ANGKASA setiap 5 tahun bagi memastikan pelan tindakan yang disusun lebih komprehensif.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

10

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease