Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) adalah inisiatif penting yang dirangka oleh ANGKASA untuk memajukan gerakan koperasi negara menjelang tahun 2050. PESAN50: MATLAMAT DAN HARAPAN

Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA

Sebagai badan puncak koperasi di Malaysia, ANGKASA memainkan peranan utama dalam memperkasakan pembangunan dan perniagaan koperasi supaya memberi impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara. PESAN50 memberi fokus kepada beberapa teras strategik yang merangkumi pengukuhan ekosistem koperasi, peningkatan tadbir urus, pemerkasaan inovasi, pembangunan modal insan, pengembangan perniagaan serta pengukuhan jaringan kerjasama dalam negara hingga kepada peringkat antarabangsa. Salah satu matlamat utama dalam pelan ini adalah untuk menjadikan gerakan koperasi di Malaysia lebih berdaya saing, progresif dan inovatif di pentas global. Antara aspek terpenting yang ditekankan dalam PESAN50 adalah inovasi. ANGKASA berusaha memimpin gerakan koperasi melalui penyelidikan dan pembangunan inisiatif yang berinovasi tinggi. Kerjasama sesama koperasi serta kolaborasi dengan sektor swasta turut digalakkan untuk meningkatkan daya saing koperasi Malaysia. Melalui pelan ini, ANGKASA berhasrat untuk memperkenalkan teknologi dan pendekatan baharu yang mampu membawa gerakan koperasi di Malaysia kepada tahap yang lebih tinggi. PESANS0 juga adalah selaras dengan inspirasi beberapa dasar negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Dengan keserasian ini, ANGKASA berhasrat untuk memastikan gerakan koperasi negara bergerak seiring dengan matlamat pembangunan sosioekonomi negara, memberikan kesan positif kepada sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan ekonomi negara. ANGKASA juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan. Program latihan dan pembangunan kemahiran untuk anggota koperasi seluruh Malaysia adalah salah satu fokus utama dalam PESANS0. Menerusi pelaksanaan program ini, ANGKASA berhasrat untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam kalangan anggota koperasi agar mereka dapat bersama-sama menyumbang melalui koperasi. Berpandukan kepada inisiatif ini, ANGKASA berharap dapat membantu mengukuhkan peranan koperasi sebagai agen perubahan sosial dan ekonomi. ANGKASA juga bertekad untuk memastikan koperasi di Malaysia menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan profesional, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

11

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease