PERANAN ANGKASA PERINGKAT ANTARABANGSA
Sebagai badan apeks koperasi negara, ANGKASA giat memperkenalkan model koperasi Malaysia ke persada dunia. ANGKASA telah menjadi ahli kepada Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), iaitu pertubuhan tertinggi koperasi dunia sejak April 1972. Melalui penglibatan aktif dalam ICA dan ICA-Asia Pasifik (ICA-AP), ANGKASA bertindak sebagai suara koperasi Malaysia dalam pelbagai program dan aktiviti antarabangsa, termasuk membangkitkan isu-isu berkaitan pembangunan koperasi. ANGKASA turut memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama entiti koperasi antarabangsa untuk membolehkan koperasi di Malaysia mengakses pasaran baharu, teknologi moden dan amalan terbaik dunia. Kerjasama itu menyumbang kepada pembangunan kapasiti, inovasi dan daya saing koperasi negara.
Bahagian Antarabangsa
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7884 6737 international@angkasa.coop
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
19
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease