ANGKASA - MEMPERKUKUHKAN SINERGI PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KOPERASI Sinergi pembangunan dan kecemerlangan koperasi merupakan elemen penting dalam memastikan koperasi berupaya meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan anggotanya. Sehubungan itu, ANGKASA telah mempelbagaikan program bagi memastikan kepimpinan koperasi tidak mengabaikannya. Berdasarkan kepada perhatian dan penekanan terhadap perkara ini, kepimpinan koperasi boleh melakukan transformasi terhadap pendekatan yang diamalkan. Antaranya adalah:
i. Meningkatkan kebertanggungjawaban selaras dengan peruntukan dalam perundangan koperasi; ii. Menggubal prosedur bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam tata kelola; iii. Mempelbagaikan aktiviti dan kegiatan bagi memastikan peningkatan sosioekonomi anggotanya; dan iv. Membudayakan elemen keusahawanan dalam koperasi. Transformasi ini sesuai dengan usaha membentuk kecemerlangan koperasi. Apabila dilaksanakan secara berperingkat- peringkat, koperasi bukan sahaja boleh mengangkat ‘budaya berkoperasi’ malah juga mengetengahkan falsafah ‘Bekerja Bersama- sama Demi Manfaat Bersama’. Komitmen dan kesungguhan dalam mencapai misi dan visi koperasi juga akan semakin jelas dan berupaya menyumbang kepada kecemerlangan koperasi itu sendiri.
Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi.
Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI
22
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease