Buku Transformasi ANGKASA Pemangkin Kelestarian Koperasi

ANGKASA SEBAGAI WAKIL AMIL KOPERASI

Koperasi adalah sebuah pertubuhan yang menjalankan pelbagai aktiviti bagi memenuhi keperluan anggota dan masyarakat. Aktiviti tersebut dijalankan dengan menggunakan dana daripada anggotanya dan sumber lain. Atas dasar ada pemilikan dan menjalankan pelbagai aktiviti berorientasikan pendapatan, koperasi mempunyai aset dan menepati syarat-syarat wajib zakat. Justeru, apabila perjalanan koperasi melewati satu tahun, koperasi wajib mengeluarkan zakat atas aset yang menepati syarat-syarat zakat. HARTA DIZAKATKAN Apa yang diniatkan untuk diperniagakan. Harta barang niaga bersih dari hutang perdagangan. Harta yang halal dan milik sempurna. Harta yang belum dizakatkan. Harta semasa bersih dan liabiliti operasi. Cukup haul dan melepasi nisab. ASAS PENILAIAN: Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori perniagaan sedia ada.

GERAK KERJA PERKHIDMATAN ZAKAT OLEH ANGKASA

Rundingan

Taksiran Zakat

Surat Rasmi Hasil Taksiran

Temujanji Kutipan Zakat Koperasi

Serahan Zakat

kepada Majlis Agama Islam Negeri

Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Zakat Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C, Glomac Business Centre, No. 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 03-7884 6689 / 6675

Transformasi ANGKASA PEMANGKIN KELESTARIAN KOPERASI

25

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease